NIKMATI DISKAUN HEBAT DARI 20% SEHINGGA 95% BAGI BUKU TERPILIH.
Sign Up Now and Get RM5.00 Voucher
RM30.00
ENTELAH WARISAN DAN HUBUNGAN DENGAN KEPERCAYAAN MASYARAKAT IBAN
Price RM30.00
Brand UNIVERSITI MALAYSIA SABAH & UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
Size (L x W x H) 15 cm x 23 cm x 1 cm
Points Needed 600
Availability Out Of Stock
Shipping Fee
Description
Highlight

(ISBN :  978-967-2908-34-0)

Buku ini membincangkan tentang teka-teki atau entelah yang dimiliki oleh orang Iban di Sarawak dan hubungannya dengan kepercayaan masyarakat tersebut. Penulisan ini asalnya adalah kajian terhadap entelah di daerah Sebauh, Bakong dan Subis, di Miri yang dikutip secara kajian lapangan dan juga teka-teki yang diperolehi daripada Tun Jugah Foundation.

(ISBN :  978-967-2908-34-0) Masyarakat Iban di Sarawak mewarisi keagungan sastera lisan daripada kearifan lokal nenek moyang mereka. Salah satu sastera lisan yang sangat terkenal dan masih diwarisi sehingga kini ialah entelah. Entelah atau teka-teki masyarakat Iban memainkan peranan yang sangat penting termasuklah menjadi wadah dokumentasi sosiobudaya masyarakat Iban. Penelitian ini telah menyangkal tanggapan umum yang menganggap entelah merupakan sastera lisan berbentuk hiburan semata-mata. Kajian yang menggunakan teori semiotik Peirce telah berjaya merungkai tanda-tanda bermakna dalam entelah yang mengacukan penanda tertentu sehingga menginterpretasikan petanda-petanda penting yang berkaitan dengan kehidupan dan kepercayaan masyarakat Iban. Antara tanda dominan yang terdapat dalam entelah ialah tanda Dewi Kumang dan pokok tapang atau tualang. Semoga buku ini dapat memberi manfaat kepada pembaca dan peneliti folklor dan memberi maklumat tambahan berkenaan keunikan sastera lisan yang dimiliki peribumi khususnya masyarakat Iban yang jarang-jarang dilakukan oleh pengkaji sebelum ini.