
ISBN 978-967-2159-19-3
Heavy metal pollution in aquatic ecosystem is increasing and alarming with the increasing industrialization. Copper is the most extensively used metal among other heavy metals.
Sejak 1980-an, semakin banyak diperkatakan tentang proses pembangunan sejagat yang bersifat kontemporari, multidimensional dan berkontroversi. Proses pembangunan ini dikenali sebagai "globalisasi".
Dalam Siri Wacana Ilmu ini, satu teori pendidikan pemikiran dikemukakan dan perlu diterapkan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjong Malim. Institusi pengajian UPSI ini yang mempunyai sejarah, visi, misi, sistem pendidikan, fakulti-fakulti, aspirasi dan inspirasi dan keunggulan terulung, wajarlah mempunyai satu teori yang mantap.
Dahulu dipanggil Ilmu Alam, sekarang Geografi kerana seluruh dunia memanggilnya geografi. Di sekolah menengah atas daripada mata pelajaran teras, geografi dijadikan elektif menyebabkan semakin kurang pelajar diajar geografi. Sebaliknya di universiti, daripada sebuah 'rumah sembelihan' yang digeruni oleh kebanyakan pelajar dalm tahun-tahun 1960-an, Jabatan Geografi di Universiti Malaya dan di mana-mana universiti di Malaysia semenjak 1970-an telah bertukar menjadi semakin popular sehinggalah tahun 1990-an akibat pertukaran taraf kepada elektif di sekolah menengah atas.
ISBN 978-983-3759-12-5
kompilasi penyelidikan Universiti Pendidikan Sultan Idris tahun 2004
WACANA ILMU UPSI 2004
ISBN 983-2620-03-1
Poems, short stories and essays are normally used as text to teach reading comprehension and literature.
ISBN 978-983-3759-56-9
Cerpen dan puisi yang digabungkan dalam satu buku
ISBN 978-983-3759-68-2
Sebuah memoir Hasan Ali dalam "pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu
ISBN 983-2620-24-4
Menelesuri Akar Nurani: Catatan Kembara Sastera UPSI 2003 merupakan nukilan rasa dan sentuhan jiwa hasil pengembaraan dua puluh lima orang warga Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), TanjongMalim, Perak
ISBN 983-2620-40-6
Antologi ini mengandungi, cerpen-cerpen tentang psikologi kanak-kanak yang ditulis oleh para pengarang terkenal tanah air.Cerpen-cerpennya mengisahkan suka duka kanak-kanak dalam menghadapi ibu bapa, guru, rakan sebaya dan ahli-ahli masyarakat dalam kehidupan sehari-hari mereka.Buku ini amat baik untuk para guru pelatih, guru, ibu bapa, para pendidik, pegawai-pegawai pendidik dan para peminat bidang pendidikan. Adalah disarankan agar buku ini menjadi bahan dan kajian di fakulti-fakulti pendidikan dan maktab-maktab perguruan.
ISBN 978-983-3759-44-6
Written by an undoubted pioneer in modern Malay poetry Masuri S.N.
ISBN 983-2620-83X
Buku ini bertujuan berkongsi maklumat dalam bidang teknologi pendidikan, khususnya dalam domain penilaian. Domain penilaian ialah satu daripada lima domain yang terdapat dalam bidang teknologi pendidikan.
ISBN 978-983-3759-70-5
Modul Pentaksiran Alternatif Sains Sukan Tingkatan 4 diterbitkan hasil daripada penyelidikan yang dijalankan oleh kumpulan penyelidikan Fakukti Sains Sukan dan Kejurulatihan, Universiti Pendidikan Sultan Idris mengenai Reka Bentuk Pentaksiran Alternatif dalam Mata Pelajaran Sains Sukan Tingkatan empat di sekolah menengah di Malaysia.
ISBN 983-2620-38-4
This book has been organized with the Malaysian graduate and advanced undergraduate students in mind. While it emphasizes an understanding of research ideas and methods for economics and business, it is also meant to develop the discipline of the mind and the thinking skills necessary in decision making process and effective management.
ISBN 983-2620-41-4
Proses modenisasi dan globalisasi, telah mewujudkan trend dan fenomena baru dalam kehidupan semua golongan masyarakat di negara ini. Fenomena ini menjadi cabaran kepada proses kaunseling. Perkara ini memberikan implikasi dan cabaran besar kepada pengamal perkhidmatan kaunseling yang memerlukan anjakan paradigma yang menyeluruh bagi memanifestasikan ilmu pertolongan demi kesejahteraan masyarakat.
ISBN 983-2620-11-2
Tulisan pensyarah UPSI
ISBN 978-983-3759-37-8
Noor Shah Bin Haji Saad graduated with a Bachelor of Science degree majoring in Mathematics and Biology from Universiti Sains Malaysia and obtaining his teaching certificate Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang. Later, he obtained his Master of Education degree in mathematics curriculum development from Universiti Kebangsaan Malaysia and his Doctor of Philosophy degree specialising in pedadogical content knowledge & the teaching of mathematics from Universiti Pendidikan Sultan Idris. In the field of education, he has had experiences working as a secondary school teacher (1973-1985), lecturer in teacher training colleges (1986-1987) and as an assistant director in charge of mathematics curriculum at Teacher Education Division (1987-1998), Ministry of Education Malaysia. He was also given the opportunity to undergo courses in mathematics and science education at renowned National Institute of Education Research in Japan and at the University of Queensland in Brisbane, Australia. In 1996, he was assigned as the Education Attache at the Malaysian Embassy in Washington DC, USA for three years. Currently, he holds the post as an Associate Professor of Mathematics Education at the Faculty of Science & Technology, University Pendidikan Sultan Idris ( since January 1999).
ISBN 978-983-2620-34-1
Buku Kuasai Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu Melalui Latihan membicarakan hal tentang Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu yang telah dipersetujui bersama antara Malaysia dengan Indonesi pada tahun 1972. Buku ini memuatkan 12 bab Yang kandungannya membincangkan hal-hal tentang Sejarah Sistem Ejaan Bahasa Melayu, Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu, Sistem Keselarasan Huruf Vokal, Kesalahan Pengejaan Kata, Ejaan Kata Pinjaman, Rangkaian Kata dan Kata Majmuk.
ISBN 983-262-28-7
Pendidikan Seni Visual dan Muzik adalah himpunan esei pilihan karya pensyarah-pensyarah Fakulti seni dan Muzik. Esei terpilih ini hasil daripada kajian dan penyelidikan pelbagai bidang Seni Visual dan Muzik. Pendidikan Seni Visual dan Muzik bukan sahaja merupakan mata pelajaran yang mementingkan bakat dan minat tetapi juga sebagai sumber ilmu yang dapat menjana dan membentuk insan yang bersifat penyayang, lemah lembut dan sopan santun yang memahami nilai estetik dan busaya orang lain. Tanpa nilai-nilai ini, manusia sering berdepan dengan pelbagai masalah dan cabaran
ISBN 983-2620-26-0
Sesuai untuk pelajar-pelajar pengajian tinggi dalam bidang berkaitan
ISBN 983-2620-07-4
Pendidikan bestari dalam pendidikan fizik
ISBN 978-983-2620-01-5
Produk kesusasteraan klasik bangsa-bangsa di dunia mencerminkan citra manusia yang menghasilkannya. Oleh sebab itu, kita dapat melihat gelagat cita rasa, kepercayaan, pandangan hidup dan jati diri melayu yang terpancar dalam timbunan karya yang digelar kesusateraan melayu klasik.itu.
ISBN 983-2620-19-8
Genetik merupakan suatu cabang Biologi yang mencabar. Penyelesaian masalah dan pemahaman konsep amat ditekankan. Pengajaran dan pembelajaran yang betul menjadikan subjek ini amat menyeronokkan.Genetik:Konsep dan Masalah mengandungi huraian tentang konsep dan contoh-contoh soalan serta penyelesaiannya. Buku ini merangkumi tajuk-tajuk: Corak pewarisan/Prinsip Herediti, Statistik Peristiwa Genetik, Ubahsuaian Nisbah Mendel, Kacuk uji dan Kacuk balik, Kaitan gen, alel dan kromosom, Gen terangkai seks, Genetik Manusia, Genetik Populasi, Mutasi, Genetik Molekul dan Asas Kejuruteraan Genetik dan Bioteknologi.
ISBN 983-2620-32-5
Buku ini mengandungi kumpulan perbincangan yang merangkumi tema pembentukan kesusateraan Melayu moden. Di dalamnya termuat : pembinaan sastera, tradisi dan proses pemodenan serta penulisan dan institusi sastera. Dalam pembinaan sastera disentuh secara teori tentang pembentukan kesusasteraan Malaysia moden. Selanjutnya, dibincangkan proses pemodenan yang dilalui oleh kesusasteraan Melayu dan terakhir ditunjukkan peranan institusi kesusasteraan dan corak pelukisan yang timbul daripadanya.
ISBN 978-983-3759-22-4
Buku ini membantu pembaca mengikuti hujahan yang bersabit dengan aspek falsafah seperti eksistensialisme, retorik dan logik justeru memahami pemikiran dalam karya berkenaan.
ISBN 983-2620-04-X
Esei-esei yang terkumpul dalam buku ini terbahagi kepada tiga bidang pengajian, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan Kesusasteraan Melayu. Aspek-aspek yang disentuh termasuklah isu bahasa, pengajaran dan pembelajaran, kebudayaan dan pengteorian dalam kesusasteraan.
ISBN 978-983-3759-59-0
Konsep Ilmu Konten Pedagogi menyentuh peranan dan cara-cara memupuk seseorang pendidik dalam membina Ilmu Konten Pedagogi untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang bermakna dan berkesan. Bidang ilmu Pendidikan dihubungkaitkan bagi menjelaskan konsep Ilmu Konten Pedagogi berserta dengan contoh-contoh yang menfokuskan kepada objektif pembelajaran. Selain analisis Ilmu Konten Pedagogi, stail Jasmani dan Sains Sukan pengajaran pendidikan, kurikulum pendidikan, persediaan rancangan pelajaran, masalah pengajaran, masalah dan implikasi ilmu konten pedagogi dan kajian mengenai ilmu ini turut dibincang dalam buku ini.
ISBN 983-2620-75-9
In this book you will learn what a teacher should know about writing and the teaching of writing. There are three sections: writing in the classroom, paragraphing skills and specific writing skills.
ISBN 978-983-3759-47-7
Buku ini dapat memahatkan kenangan dan penghargaan kepada seorang ilmuwan - termasuk sasterawan - amatlah digalakkan. Dalam siri pertamanya, PENERBIT UPSI menghasilkan buku ini, memuatkan 23 buah esei yang disumbangkan oleh sebaris penulis yang berasal dari Malaysia, Singapura, Indonesia dan Perancis. Karya ini amatlah berfaedah bagi mereka yang meminati bidang sastera khususnya, di samping bahasa, kemanusiaan, dan pendidikan.
ISBN 983-2620-96-1
Buku ini mendedahkan guru-guru kepada pelbagai jenis media pendidikan, elektronik dan bukan elektronik, yang boleh digunakan untuk mempertingkat keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Ia dimulakan dengan perbincangan mengenai faedah penggunaan Pendekatan Bersistem dalam perancangan pengajaran guru.
ISBN 978-983-3759-67-5
مدخل ال
بلا در اسلوب ترجمة النصوص الأدبية
إلى اللغة العربية
هذا الكتاب دراسة لكيفية الترجمة الإبداعية تتناول فصوله الثمانية
الأولى ترجمة مختلف الأجناس الأدبية. أما الفصل التاسع فيعرض
فيه المؤلف منهجه في ترجمة النصوص الأدبية، و يورد في الكتاب
نماذج شتى من ترجمات النصوص الأدبية في العربية و الملايوية
والإنجليزية، و يقارن بينها مستندا إلى قواعد ضابطة مبتكرة. ومن
ثم فهذا الكتاب بحث فريد في علم جديد يقترحه المؤلف و هو
علم الترجمة المقارن‘‘.
ISBN 978-983-3759-30-9
Kaunseling Motivasi Berjaya ke Universiti menggabungkan pengetahuan, panduan dan aktiviti-aktiviti latihan kendiri yang sangat berguna, menarik dan praktikal untuk semua. Buku ini dihasilkan berdasarkan modul dan aktiviti kendiri bagaimana seseorang pelajar bertindak memotivasikan dirinya sendiri untuk berjaya dalam akademik dan kehidupan. Proses peningkatan kemahiran ini dipercayai sangat berkesan kerana ia selaras dengan kaedah bimbingan dan kaunseling. Modul Kaunseling Motivasi Berjaya ke Universiti dicipta berdasarkan pengetahuan, pengalaman dan penilaian penulis selama lebih 15 tahun dalam psikologi, kaunseling, pembangunan modul dan bimbingan pelajar cemerlang. Berdasarkan modul ini, pelajar akan dibimbing secara sistematik untuk meningkatkan motivasi dan berjaya ke Universiti.
ISBN 983-2620-09-0
Factors Associated with Mathematics Anxiety is a book designed for teachers, students, parents or anyone who will be involved with mathematics.
ISBN 983-2620-37-6
Setiap bangsa di dunia mempunyai kebudayaan masing-masing. Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup yang diamalkan secara berterusan oleh warga sesuatu bangsa. Amalan tersebut akan menyerlahkan jati diri bangsa itu. Bagi bangsa Melayu, mereka bertutur dalam bahasa Melayu; menganut agama Islam; mengamalkan gotong-royong; dan kaya dengan sopan santun. Kesemuanya terpancar jelas dalam karya-karya kesusasteraan yang merupakan sebahagian daripada budaya mereka. Oleh sebab itu, amat penting bagi umat Melayu melestarikan khazanah yang mendokumentasikan imej mereka yang cemerlang dan dikagumi suatu masa dahulu.