PELAKSANAAN PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN) FASA 1 TELAH BERMULA PADA 29 JUN 2021 SEHINGGA TARIKH DIBERITAHU KELAK. #STAYHOME #STAYSAFE
Sign Up Now and Get RM5.00 Voucher
RM25.00
PENDEKATAN TEKNIK DELPHI DALAM PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL
Price RM25.00
Size (L x W x H) 15.5 cm x 23 cm x 1 cm
Availability 38
Shipping Fee
Quantity
Description
Highlight

Buku ini sesuai dijagikan sebagai rujukan dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada pelajar serta penyelidik baharu yang masih mencari pendekatan yang boleh membantu penyelidikan mereka.

Buku ini mengupas mengenai kelebihan menggunakan teknik delphi dengan mencari persetujuan pakar untuk membina sebuah modul pembelajaran yang berkesan dan pembangunan sebuah model penyelidikan. Buku ini juga membantu penyelidik untuk menggunakan pendekatan delphi dalam proses menjalankan penyelidikan secara lebih sistematik bagi meneroka, menganalisis dan membetulkan fakta tentang tingkah laku manusia dan kehidupan sosial serta interaksi antara alam sekitar dan institusi sosial. Kaedah delphi mempunyai tiga sifat istimewa iaitu ketelusan, maklum balas terkawal dan analisis statistik berkumpulan. Buku ini terdiri daripada lima bab bermula dengan pengenalan, kelebihan teknik delphi dan diakhiri dengan beberapa contoh artikel yang menggunakan teknik Delphi dalam penyelidikan Sains Sosial. Dua teknik yang difokuskan dalam buku ini adalah teknik Delphi Terubah Suai dan teknik Fuzzy Delphi. Prosedur menjalankan kajian, interpretasi data, aplikasi pengiraan statistik yang bersesuaian bagi teknik ini dan analisis data juga dihuraikan secara terperinci. Buku ini sesuai dijagikan sebagai rujukan dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada pelajar serta penyelidik baharu yang masih mencari pendekatan yang boleh membantu penyelidikan mereka.