
ISBN 978-967-0050-69-0
Buku Kajian Tindakan dalam Pendidikan Moral ditulis untuk menampung kekurangan buku berkaitan metodologi dalam penyelidikan Kajian Tindakan. Buku ini memberi tumpuan khusus dalam aspek pelaksanaan Kajian Tindakan secara praktikal dalam bidang Pendidikan Moral. Penulisan buku ini juga memuatkan metodologi pendekatan kuantitatif, kualitatif, pendekatan campuran dan reka bentuk penyelidikan secara ringkas untuk memberikan pemahaman awal tentang penyelidikan kepada para penyelidik novis.
ISBN 978-629-7524-11-5
Pendedahan awal konsep pedagogi dan pendidikan awal kanak-kanak, prinsip pengalaman pembelajaran dan pengajaran kanak-kanak yang bersesuaian dengan perkembangan berdasarkan Kurikulum PERMATA dan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.
ISBN 978-967-0050-65-2
Buku ini menyumbang kepada pengamalan teknik penjanaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam pengajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah. Buku ini amat sesuai dijadikan rujukan yang sangat bermanfaat kepada para pelajar dan mahasiswa pelbagai peringkat, ahli akademik serta para pengkaji dan masyarakat dalam usaha mereka memahami dan megaplikasikan KBAT dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa.
ISBN 978-967-2908-32-6
Buku ini adalah cernaan hasil penyelidikan dan kajian berkaitan dengan fenomena pendidikan Bahasa melayu dan Kesusasteraan Melayu. Oleh hal yang demikian, terdpat banyak pemikiran yang telah diketengahkan dalam buku ini untuk diperhalusi dan diterjemahkan dalam realiti iklim pendidikan negara.
ISBN 978-967-2908-35-7
Realisasi lsu atau Dinamika Kajian dalam bidang Bahasa, Sastera dan Budaya amatlah diperlukan untuk mengangkat martabat bidang-bidang ini agar selari dengan arus kemodenan dan teknologi masa kini. Para ahli akademik dan tokoh dalam ketiga-tiga bidang ini cuba mengangkat isu-isu sebenar ini agar perkembangan ilmu itu terpelihara untuk diwasilahkan kepada pengkaji, pensyarah, guru dan pelajar serta generasi alfa sekarang.
ISBN 978-967-2851-11-0
Antara bangsa utama yang mendukung perkembangan tamadun Islam (dari segi kronologi) adalah bangsa Arab, Parsi, Turki dan Melayu. Buku ini (Telaah Khazanah Sastera Turki) meninjau bagaimana bangsa Turki menyumbangkan khazanah persuratannya dalam peradaban Islam. Kebanyakan kandungannya - dalam bentuk artikel, esei, dan terjemahan karya kreatif - tertumpu kepada perihal sastera, baik yang klasik mahupunmoden. Turut disertakan dua artikel yang menyentuh bahasa Turki. Selain perbahasan tentang sastera Turki sepenuhnya, ada juga perbincangandalam konteks perbandingan dengan sastera-sastera Islami yang lain seperti sastera Arab, Parsi dan Melayu.
ISBN 978-967-005-063-8
Buku ini memberi pendedahan kepada pembaca tentang kajian tindakan sebagai penyelidikan asas di sekolah serta memperkenalkan kepada pembaca apa itu kajian tindakan, apa kepentingan dan bagaimana pelaksaannya. Selain itu, buku ini membantupembaca membuat refleksi sehingga mampu merancang penyelidikan tindakan bagi menambah baik pengurusan sekolah mahupun di dalam bilik darjah. Buku ini ditulis oleh penulis bepengalaman dan berlatar belakangkan pendidikan. Bahasa yang digunakan mudah difahami dengan gaya persembahan yang ringkas dan padat agar dapat meningkatkan tahap kefahaman dan minat pembaca terhadap kajian tindakan. Denagn itu, buku ini dapat menjadi rujukan utama, khususnya kepada pendidik yang ingin menjadi penyelidik kajian untuk menambah baik pengajaran sesuai dengan profesionalisme keguruan.
ISBN 978-967-2159-52-0
Perjalanan pengalaman Tan Sri Dr. Wan Mohd Zahid meniti denai ilmu di kampung di bandar, di ibu kota kemudian di negara asing. Kembali ke tanah air berkhidmat sebagai pendidik, pentadbir, kemudian perancang dan pemimpin tertinggi dalam sektor pendidikan. Semua ini dilakar dengan jelas dalam buku ini supaya pembaca dapat memahami dengan benar sebuah kehidupan manusia bernama Tan Sri Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin bergelumang mempelopori pembaharuan dalam pendidikan negara yang pada saat ini dan sampai bila-bila kekal dalam ingat kita akan baik budi, khidmat, jasa dan baktinya kepada agama, masyarakat dan negara.
ISBN 978-967-2799-58-0
Buku ini membahaskan Teori Etika dan Moral yang bertunjangkan pemahaman dan analisis akal. Tujuannya bagi merasionalkan teori dari pelbagai sudut yang boleh diaplikasikan.
ISBN 978-967-2851-71-4
The Dewa Pechil tale teaches we cannot succeed alone. The loyalty of Cemara Bermas and her followers are needed for Dewa Pecchil's revival.
ISBN 978-967-2799-81-8
Buku ini dihasilkan untuk kegunaan murid-murid Ijazah Sarjana Muda dan guru-guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani kerana kandungannya bolej dijadikan panduan serta menepati kaedah mengajardalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani.
ISBN 978-967-2851-70-7
Perjalanan pengalaman Tan Sri Dr. Wan Mohd Zahid meniti denai ilmu di kampung di bandar, di ibu kota kemudian di negara asing. Kembali ke tanah air berkhidmat sebagai pendidik, pentadbir kemudian perancang dan pemimpin tertinggi dalam sektor pendidikan.
ISBN 978-967-2851-69-1
Membuat sesuatu kajian atau penyelidikan bahasa akan menjadi lebih mudah dengan adanya buku ini. Kandungannya yang padat dengan panduan dan petunjuk langkah demi langkah, akan dapt memandu anada ke desinasi penyelidikan yang berimpak tinggi. Kepada para penyelidik, buku ini untuk anda.
Dato'Prof. Dr. Abdul Jalil Othman - Profesr Kehormat Universiti Malaya
ISBN 978-967-2799-78-9
Kemahiran literasi merujuk kepada kemahiran membaca dan mnulis yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak untuk digunakan dalam pembelajaran dan komunikasi harian. Namun begitu, kanak-kanak berkemungkinan mengalami masalah seperti lambat bercakap, pelat, malas membaca buku dan buta huruf.
ISBN 978-967-2799-80-1
Buku ini dihasilkan sebagai santapan minda, dan membukakesedaran pembaca untuk menyelami kehidupan manusia semasa dunia dilanda wabak tersebut, yang menyebabkan kebinasaan ekonomi dan kehilangan nyawa. Buku ini merupakan koleksi hasil karangan pemuisi berbakat yang pernah menyertai pertandingan puisi Covid-19.
ISBN 978-967-2799-23-8
Subjek Falsafah dan Isu Semasa dan Penghayatan Etika dan Peradaban adalah dua kursus wajib universiti yang diperkenalkan oleh mantan Menteri Pendidikan Malaysia, YB Dr. Maszlee Malik pada tahun 2019. Buku ini mengandungi 9 topik.
ISBN 978-967-2799-17-7
Buku ini membicarakan tentang prospek dan cabaran dalam sektor arkeopelancongan di malaysia, iaitu salah satu subsektor di dalam industri pelancongan. Perkembangan terkini menunjukkan industri pelancongan adalah sektor ekonomi yang bukan sahaja popular malahan ia semakin penting di Malaysia.
ISBN 978-967-2851-57-8
The Integrated Classical Guitar Method: Accelerated Learning was designed for beginners with zero or little background in classical guitar playing. Pedagogical considerations are well taken into account in the preparation of this method book. The content is systematically designed in the sense that the mastery of classical guitar competencies at each learning stage is well achieved before proceeding to the next stage.
ISBN 978-967-2799-25-2
Buku ini boleh dijadikan panduan asas kepada pengurus pasukan yang dilantik untuk memahami asas-asas penting yang perlu diketahui oleh seseorang pengurus pasukan termasuklah memahami peranan staf dalam pasukan, peranan dan tanggungjawab seorang Pengurus Pasukan, pelantikan staf dan lain-lain.
(ISBN 978-967-2799-16-0)
Naratif Filem : Satu Pengenalan dihasilkan sebagai buku teks bagi memberi panduan dan kefahaman asas kepada pembaca (pelajar, penulis skrip, pengkritik filem) untuk memahami naratif filem. Pemahaman ini membolehkan pembaca memahami pembentukan sesebuah cerita bagi tujuan apresiasi, kritikan dan penghasilan sesebuah skrip filem yang baik. Buku ini sesuai dijadikan rujukan bagi para pelajar insititut pengajian tinggi yang mengikuti kursus penulisan skrip, kritikan filem dan juga karya kreatif yang lain seperti novel dan cerpen. Selain itu, ia boleh digunakan oleh penyelidik yang mengkaji bidang perfileman kerana elemen dan struktur naratif adalah asas kepada pemahaman sebuah skrip dan filem.
(ISBN 978-967-2799-16-0)
Naratif Filem : Satu Pengenalan dihasilkan sebagai buku teks bagi memberi panduan dan kefahaman asas kepada pembaca (pelajar, penulis skrip, pengkritik filem) untuk memahami naratif filem. Pemahaman ini membolehkan pembaca memahami pembentukan sesebuah cerita bagi tujuan apresiasi, kritikan dan penghasilan sesebuah skrip filem yang baik. Buku ini sesuai dijadikan rujukan bagi para pelajar insititut pengajian tinggi yang mengikuti kursus penulisan skrip, kritikan filem dan juga karya kreatif yang lain seperti novel dan cerpen. Selain itu, ia boleh digunakan oleh penyelidik yang mengkaji bidang perfileman kerana elemen dan struktur naratif adalah asas kepada pemahaman sebuah skrip dan filem.
(ISBN : 978-967-2851-42-4)
Buku ini menjelaskan beberapa polemik yang muncul berkaitan dengan bidang arkeologi. Realitinya zaman prasejarah di Asia Tenggara seolah-olah tidak lengkap tanpa menyentuh tentang kebudayaan Dongson. Ini kerana kebudayaan Dongson adalah sebahagian daripada tema dalam urutan kebudayaan masyarakat zaman prasejarah di Asia Tenggara. Walau bagaimanapun pemahaman mengenai kebudayaan Dongson dalam kalangan orang awam dipercayai masih kabur dan tidak begitu meluas.
(ISBN : 978-967-2851-67-7)
Setiap muslim wajib mengikuti perintah Nabi SAW. Perintah ini perlu difahami dengan betul sebelum ia dilaksanakan. Oleh itu, amat penting bagi setiap muslim untuk berpegang dengan kaedah yang betul bagi memahami ssebuah hadis. Kaedah memahami hadis yang dimuatkan dalam buku ini dirumuskan daripada apa yang digariskan oleh ulama sepanjang zaman. ia disusun dengan contoh yang praktikal dari hadis dan komentar ulama.
(ISBN : 978-967-2851-44-8)
This early childhood curriculum book describes the importants aspects of the early childhood education that teachers and students must master when teaching innursery and kindergarten. This book aims to contribute knowledge about early childhood curriculum withthe main focus on exposing students and teachers to curricula in Malaysia and the internationalk level.
(ISBN : 978-967-2851-41-7)
Buku Pasukan F PDRM vs Komunis ini menyingkap kembali tentang strategi dan taktikal Parti Komunis Malaya 9PKM) dalam melancarkan pemberointakan bersenjata di Semenanjung Tanah Melayu. Selain itu, buku ini juga mengangkat Pasukan F sebagai pasukn kecil dengan motto "Hanya Yang Berani" tetapi dirahsiakan dari pengetahuan umum sejak mula ditubuhkan.
(ISBN : 978-967-2851-31-8) Exploring Physics in Daily Life: Mechanics and Matters is intended for students taking physics at the pre-university level such as STPM, diploma, matriculation, A-Level and foundations studies. It may also offer a suitable reference for undergraduate students option science asa an elective or minor subjects. The book covers the topic of kinematics and dynamics, matter and fluid mechanics which lay the foundation to the higher field of physics.
(ISBN : 978-967-2851-48-6) Isu kelemahan pelajar dalam mata pelajaran Kimia seringkali diperdebatkan. Di antara Konsep Kimia yang sukar dikuasaioleh pelajar adalah Konsep Tiga Aras Perwakilan Kimia ( aras perwakilan makroskopik, mikroskopik dan simbolik). Ketidakmampuan pelajar dalam menguasai konsep ini menyebabkan mereka tidak berupaya untuk mengaplikasi kemahiran penyelesaian masalah yang amatditekankan sebagai satu kemahiran abad ke-21.
(ISBN : 978-967-2851-04-2) Buku ini memberikan tumpuan kepada perbincangan tentang pembinaan soal selidik Rubrik Dua Lapis. Perbincangan dimulakan asas kepada pembinaan soal selidik ini iaitu berlatar Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Isu-isu berkaitan PBS disentuh bagi memberi gambaran kepada pembaca supaya pembacaan lebih terarah.
(ISBN : 978-967-2851-09-7) Buku ini mebekalkan ilmu pengetahuan, kemahiran, strategi dan teknik praktikal tentang pentaksiran formatif kepada para pendidik, ibu bapa dan para pelajar dalam meningkatkan pencapaian pelajar. Semua orang boleh menafsir tetapi untuk mentaksir supaya menjadi penghubung antara pengajaran dan pembelajaran bukan suatu yang mudah. Ia memerlukan ilmu pengetahuan dan latihan serta motivasi yang mampan dalam memahaminya.
ISBN 978-967-2163-39-8
Buku ini membawa pembaca untuk meneliti sejarah Tanjong Malim dari awal pembukaan dan perkembangannya sehingga kini. Untuk memberi lebih jelas gambaran mengenai sejarah Tanjong Malim, tujuh bab telah diketengahkan :- Sejarah awal, Ulu Bernam dan Tanjong Malim sejak 1870-1900, Pendudukdan perkembangan ekonomi, Sultan Idris Training College dan lain-lain.
(ISBN : 978-967-2908-97-5) This book seeks to provide quick references to both novice and experienced writers alike in carrying out citing and referencing efficiently and accurately. Features of the book such as user-friendly 'Quich-guides', common errors, examples, exercise and answer keys are included to help ensure that the two fundamental skills are acquired in a quick and effective manner.
(ISBN : 978-967-2908-37-1) This coffee table book is presented in pictorial manner with simple morphological characteristics descriptions of the collection of underwater photos taken in several Malaysia islands. It is aimed to share the wonders of Malaysian reef life, to entertain and inspire conversation as well as to contribute to fellow educators and underwater enthusiasts.
(ISBN : 978-967-2908-05-0) Pengajian Al-Qur'an telah berkembang dengan pesat setelah kewafatan baginda Rasulullah, hasil usaha para sahabat, tabi'in dan seterusnya sehinggalah hari ini. Kejayaan ini tidak akan berkembang dengan baik dan cemerlang menurut sejarahnya sekiranya tidak terdapat satu sistem pengajian yang rapi dan tersusun dilaksanakan untuk menjamin perkembangan ilmu Al-Qur'an hingga ke hari ini.
Wacana Teksologi Al-Qur'an ini merupakan satu usaha bagi membincangkan secara mendalam bagi pembaca awam, mahasiswa universiti dan pengkaji Al-Qur'an tentang beberapa tajuk pengajian AQur'an. Tajuk-tajuk utama yang dibincangkan ialah sejarah perkembangan penulisan teks al-Qur'an, Rasm 'Uthmani sebagai teks rasmi tulisan al-Qur'an, metodologi para mufassir dalam penafsiran teks Al-Qur'an, kisah-kisah israiliyat dalam penafsiran teks Al-Qur'an, peranan Al-Qira'at dalam pentafsiran teks Al-Qur'an dan tajuk terakhir metodologi.
(ISBN : 978-967-2851-37-0)
Buku Panduan Teknik Asas Memanah adalah sebuah buku bertujuan memberi bimbingan asas mengenai sukan memanah terutamanya bagi kategori recurve. Buku ini dapat menjadi rujukan kepada para pelajar, guru, atlet dan jurulatih yang telah lama dan juga yang baharu berkecimpung dalam bidang sukan ini. Penulisan ini ditujukan khas kepada pelajar di Institut Pengajian Tinggi yang mengikuti kursus kokurikulum sukan memanah, guru-guru, atlet, jurulatih dan semua peminat sukan memanah di Malaysia
(ISBN : 978-967-2851-00-4)
Buku Jurulatih Bola Sepak Berjaya : Informasi dan Panduan ini diterbitkan dengan harapan dapat dijadikan panduan dan rujukan kepada jurulatih, bakal jurulatih, yang bercita-cita menjadi jurulatih, guru-guru sukan serta penggiat bola sepak, dengan mengetahui apakah ilmu pengetahuan yang perlu oleh jurulatih bola sepak sebelum mereka boleh berjaya sebagai jurulatih. Kesemua aspek yang difikirkan perlu dikuasai oleh jurulatih pada peringka awal kerjaya jurulatih. Kesemua aspek yang difikirkan perlu dikuasai oleh jurulatih seperti teknikal, taktikal, kecergasan fizikal dan mental dimuatkan dalam buku ini.
ISBN 978-967-2908-10-4
Buku ini menunjukkan langkah demi langkah cara mudah dan cepat menggunakan aplikasi Mendeley dan cara untuk memformatkan penulisan disertasi dan tesis menerusi Microsoft Word.
(ISBN : 978-967-2908-78-4)
Buku Pembelajaran Berasaskan Permainan E-Sukan Pendidikan terbahagi kepada lima bahagian utama. Bahagian A iaitu konsep asas yang dapat membantu pembaca untuk mengenali permainan digital, pengenalan gamifikasi, mengenali e-sukan, kelebihan gamifikas, kelebihan PBP dan e-sukan dalam pendidikan
(ISBN : 978-967-2908-55-5)
The publication of Reflections: Dr. Mohd Said is a result of much thought and effort first and foremost by the writers who contributed ther impressions od Dr. Mohd Said in his various roles and capacities.
(ISBN : 978-967-2908-47-0)
Buku ini adalah rujukan utama, khususnya kepada warga pelajar dan pendidik yang ingin memahami peranan pendidikan Sains dalam memenuhi keperluan IR 4.0.