PELAKSANAAN KAWALAN PERGERAKAN SEPENUHNYA TELAH BERMULA DARI 1 JUN 2021 SEHINGGA 14 JUN 2021. #STAYHOME #STAYSAFE
Sign Up Now and Get RM5.00 Voucher
LANGUAGES AND COMMUNICATION
LANGUAGES AND COMMUNICATION
Sort by
Show result

Poems, short stories and essays are normally used as text to teach reading comprehension and literature.

RM3.00
RM20.00

Sejarah suatu bangsa dicipta oleh tokoh-tokoh politik dan negarawan, tetapi kaum wartawanlah pemula dan perangka sejarah itu. A. Samad Ismail tidak sekadar menyingkap dan menghuraikan detik sejarah kewartawanan tetapi dengan tajam mentafsir denyut jantung masyarakat serta warna-warna politik, ekonomi dan budaya yang mencerminkan watak nasional kita.

RM6.25
RM25.00
مدخل ال
بلا در اسلوب ترجمة النصوص الأدبية
إلى اللغة العربية
هذا الكتاب دراسة لكيفية الترجمة الإبداعية تتناول فصوله الثمانية
الأولى ترجمة مختلف الأجناس الأدبية. أما الفصل التاسع فيعرض
فيه المؤلف منهجه في ترجمة النصوص الأدبية، و يورد في الكتاب
نماذج شتى من ترجمات النصوص الأدبية في العربية و الملايوية
والإنجليزية، و يقارن بينها مستندا إلى قواعد ضابطة مبتكرة. ومن
ثم فهذا الكتاب بحث فريد في علم جديد يقترحه المؤلف و هو
علم الترجمة المقارن‘‘.
RM2.40
RM48.00

Kandungan buku ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat bahawa kaum wanita juga berkemampuan menjadi seorang pemimpin dan ahli korporat. Selain itu wanita juga mampu memberikan sumbangan kepada masyarakat dengan menceburi bidang politik.

RM7.00
RM35.00

This book discusses an interesting issue amongst sociolinguists which is code-switching. The phenomenon which is analysed in this book is considered to be significant and special as it is related to the education domain, especially the Bilingual Education System. This book explains how code-switching between Malay and English functions in the domain of education, especially in the classroom teaching-learning discourse.

RM10.00
RM50.00
RM2.60
RM26.00

Buku kecil ini menyusuri sejarah dan pengalaman yang dilalui oleh puisi Melayu moden di negara ini bermula pada awal pertumbuhan dan perkembangannya hingga ke tahun-tahun awal abad ke-21 bagi melengkapkan sebahagian daripada keperluan usaha tersebut.

RM7.50
RM25.00

Buku ini menghimpunkan pelbagai topik yang berkaitan dengan teater dan drama termasuk juga dalam konteks drama dalam pendidikan. Buku Drama dan Teater dalam Pendidikan: Pengertian, Teori dan Amalan ini juga berkisarkan tentang sejarah perkembangan drama Melayu di Malaysia dan juga pengenalan mengenai teori-teori teater barat. Dalam konteks pendidikan abad ke-21, ternyata buku ini dapat memperkayakan konsep kemahiran mengajar iaitu dengan menggabungkan kemahiran holistik dan kemahiran kreatif.

RM24.50
RM35.00

Buku ini membincangkan tentang teka-teki atau entelah yang dimiliki oleh orang Iban di Sarawak dan hubungannya dengan kepercayaan masyarakat tersebut. Penulisan ini asalnya adalah kajian terhadap entelah di daerah Sebauh, Bakong dan Subis, di Miri yang dikutip secara kajian lapangan dan juga teka-teki yang diperolehi daripada Tun Jugah Foundation.

RM21.00
RM30.00

Evolusi Bahasa Melayu 2000 tahun dari Zaman Purba ke Budaya Elektronik merakamkan 2000 tahun evolusi bahasa Melayu di Nusantara dengan perincian terhadap pragmatik bahasa Melayu di alam siber atau budaya elektronik yang menjadi mercu tanda komunikasi hari ini.

RM8.80
RM44.00

Buku Fonologi Bahasa Iban-Fonologi Jaku Iban ini ditulis bagi memberi pengenalan kepada Fonologi sebagai cabang linguistik. Berdasarkan kaedah mengenal bunyi, fonem dan variasi fonem, bahasa Iban diperkenalkan dengan tunjuk ajar bagaimana penutur boleh membuat analisis sistem bunyinya.

RM15.00
RM30.00

Setiap bangsa di dunia mempunyai kebudayaan masing-masing. Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup yang diamalkan secara berterusan oleh warga sesuatu bangsa. Amalan tersebut akan menyerlahkan jati diri bangsa itu. Bagi bangsa Melayu, mereka bertutur dalam bahasa Melayu; menganut agama Islam; mengamalkan gotong-royong; dan kaya dengan sopan santun. Kesemuanya terpancar jelas dalam karya-karya kesusasteraan yang merupakan sebahagian daripada budaya mereka. Oleh sebab itu, amat penting bagi umat Melayu melestarikan khazanah yang mendokumentasikan imej mereka yang cemerlang dan dikagumi suatu masa dahulu.

RM5.00
RM25.00

Karya Terpilih Sasterawan Negara Dalam Esei dan Kritikan menghimpunkan sejumlah tulisan esei dan kritikan sastera yang membincangkan dan memperdebatkan karya beberapa orang Sasterawan Negara berdasarkan perspektif teori dan pendekatan sastera tertentu.

RM16.50
RM55.00

Penulisan yang menyediakan maklumat amat berguna kepada pembaca yang menekuni bidang terjemahan Arab-Melayu. Sesuai dengan perkembangan yang memberangsangkan dalam penyelidikan penterjemahan Arab-Melayu di Malaysia pada masa kini, kelahiran buku ini tepat pada masanya. kandungannya memberi tumpuan khusus kepada aspek kata sendi nama (KSN) bahasa Arab dan perbandingannya dalam bahasa Melayu.

RM12.00
RM30.00

Satu kajian perbandingan sastera moden Indonesia dan Malaysia

RM11.00
RM55.00

Kesusasteraan sebagai satu ciptaan seni merupakan tonggak utama kebudayaan sesuatu bangsa di dunia. Cabang kesenian itu bukan sahaja memainkan peranan penting dalam proses pembinaan sahsiah malahan juga mencanai daya intelek seluruh warga bangsa yang melahirkannya. Sumbangan kesusasteraan terhadap aspek-aspek yang telah disebutkan itu tidak pernah dipertikai sejak dahulu lagi. Peri pentingnya keselesaan dalam mengharungi hidup bagi mengelakkan kecelaruan dan tekanan telah diterima sebagai keperluan yang mendesak. Aneka macam kesenian diwujudkan demi mencapai maksud itu.

RM7.50
RM25.00

Buku ini mengambil tema Kesusasteraan Melayu dalam bandingan dan sub-temanya kesusasteraan dan pendidikan. la menyentuh pelbagai topik dan perbincangan yang menarik. Menyentuh Kesusasteraan Bandingan, dihidangkan tentang sejarah Kesusasteraan Bandingan dalam Kesusasteraan Melayu Nusantara, genetik novel Melayu dan Indonesia, sastera peranakan dan hubungannya dengan sastera Indonesia, fungsi sastera dalam membina identiti nasional, sastera dan pembangunan sosioekonomi, sumbangan sastera daerah terhadap sastera nasional dan sastera dunia, sastera Melayu dan sastera Asia Tenggara, sastera Melayu dan sastera dunia, perbandingan novel Salina dengan The Woman of Rome serta kehebatan karya Naguib Mahfuz, pemenang hadiah nobel, dari Mesir.

RM10.70
RM53.50

Pembaca dihidangkan dengan perbincangan mengenai pertumbuhan perwatakan dalam novel-novel Malaysia, aspek sosial budaya dalam cerpen Malaysia, kesusasteraan Malaysia tahun-tahun enam puluhan dan novel tahun dua puluhan.

RM7.50
RM25.00

Buku ini menyediakan perbincangan yang berfokuskan kepada worldview dan pemikiran intelektualisme pengarang dalam proses pembinaan peradaban negara bangsa.

RM21.00
RM30.00

Buku Kuasai Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu Melalui Latihan membicarakan hal tentang Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu yang telah dipersetujui bersama antara Malaysia dengan Indonesi pada tahun 1972. Buku ini memuatkan 12 bab Yang kandungannya membincangkan hal-hal tentang Sejarah Sistem Ejaan Bahasa Melayu, Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu, Sistem Keselarasan Huruf Vokal, Kesalahan Pengejaan Kata, Ejaan Kata Pinjaman, Rangkaian Kata dan Kata Majmuk.

RM5.00
RM25.00

Esei-esei yang terkumpul dalam buku ini terbahagi kepada tiga bidang pengajian, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan Kesusasteraan Melayu. Aspek-aspek yang disentuh termasuklah isu bahasa, pengajaran dan pembelajaran, kebudayaan dan pengteorian dalam kesusasteraan.

RM6.00
RM30.00

Kursus Bahasa Melayu Mudah ini memuatkan tatabahasa bahasa Melayu yang ditulis khusus lagi terancang, bertujuan membantu para pelajar dan pengguna bahasa Melayu mempelajari dan menguasai bahasa Melayu dengan mudah. Buku ini ditulis dengan berpandukan buku Tatabahasa Dewan dan menyampaikan isi pelajaran mengenai bahasa Melayu dengan cara yang Cukup mudah Buku ini mengandungi dua bahagian, iaitu Bahagian 1: Perkataan dan Bahagian 2: Ayat.

RM5.00
RM25.00

Za'ba sangat cinta kepada bahasa, bangsa dan tanah airnya. Peranan beliau yang sentiasa berlandaskan keahlian, kecintaan dan kecekalan ternyata disedari dan diakui oleh masyarakat bangsanya. Beliau ialah pemikir dan pencetus beberapa gagasan besar dalam pelbagai bidang - agama, ekonomi, bahasa, sastera, politik, pendidikan dan kebudayaan sebagai suatu keseluruhan yang menandai tamadun Melayu.

RM5.00
RM25.00

Menelesuri Akar Nurani: Catatan Kembara Sastera UPSI 2003 merupakan nukilan rasa dan sentuhan jiwa hasil pengembaraan dua puluh lima orang warga Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), TanjongMalim, Perak

RM1.50
RM15.00

Buku ini membincangkan kajian bahasa dan sudut fungsionalnya, lantas dianalisis fungsi bahasa menerusi teks kajian, iaitu Kumpulan Pantun Melayu (1983). Bahasa amat berhubung erat dengan pemikiran. Lantas, dikemukakan Teori Falsafah Bahasa (Mohd Rashid Md Idris, 2007) yang mengetengahkan tiga prinsip dalam memastikan fungsi bahasa dimanfaatkan.

RM18.00
RM36.00

Nilai-nilai Melayu: Satu Sudut Pandangan Orang Luar ini ternyata membawa kita melihat nilai masyarakat Melayu daripada persepsi bangsa asing. Pandangannya telus dan membina tentang masyarakat Melayu dari pelbagai sudut ternyata akan membantu kita untuk menyelami apakah benar yang diperkatakannya tentang masyarakat Melayu.

RM9.80
RM28.00

Kehidupan masyarakat, baik masyarakat desa dan kota, yang melatari serta menjadi renungan sebagai mumbu ilham kepada Dharmawijaya untuk diungkap dalam baris-baris puisinya. Malah Dharmawijaya dengan rasa sensitiviti merupakan seorang penyelongkar dan pemikir yang mencorak rencah, kemudian mengadun rempah hidup yang realis terhadap kehidupan masyarakat, sehingga menjangkau batasan usia lebih dari separuh abad. Sebagai penyair yang mencipta nama sebaris dengan penyair tersohor tanah air, gaya kepenyairannya amat tuntas dengan masyarakat yang dilihatnya memanfaatkan alam sebagai sumber untuk meraih sekelumit nafas bagi menyambung kehidupan di bumi bertuah ini.

RM12.00
RM30.00

Buku ini menyediakan kepada pembaca dan peminat sastera ruang apresiasi terhadap pelbagai genre kesusasteraan Melayu moden merentasi lima dekad (60-an hingga dekad pertama abad ke-21). Ruang apresiasi ini tidak sekadar terpenuh dengan laut kefahaman, tetapi pembaca juga dapat menentukan perjalanan kualiti kegiatan dan karya kreatif dalam kalangan pelbagai peringkat penulis. Buku ini memaparkan segala macam rentak hidup dan pemikiran masyarakat Melayu yang tinggi nilai moral dan sangat berguna diterapkan dalam proses pembinaan masyarakat Malaysia hari ini.

RM14.00
RM40.00

Polish your english was written as a text for students doing proficiency courses. This textbook focuses on skills such as speaking, reading, writing and grammar. It contains many examples and exercises for students to enhance their proficiency of the English language. The book is classified into themes and each theme exemplifies one genre of writing. Furthermore, students can refer to the answer key to compare their answer with those suggested by the writers. It is hoped that by referring to the examples of different genres, students will be more confident in producing their own essays.

RM6.00
RM40.00

Buku ini membantu pembaca mengikuti hujahan yang bersabit dengan aspek falsafah seperti eksistensialisme, retorik dan logik justeru memahami pemikiran dalam karya berkenaan.

RM4.30
RM43.00