NIKMATI DISKAUN HEBAT DARI 20% SEHINGGA 95% BAGI BUKU TERPILIH.
Sign Up Now and Get RM5.00 Voucher
RM3.00 RM30.00
KUMPULAN ESEI BAHASA DAN KESUSASTERAAN
End In :
Price RM3.00 RM30.00
Size (L x W x H) 25 cm x 18 cm x 1.5 cm
Points Needed 600
Availability Out Of Stock
Shipping Fee
Description
Highlight

ISBN 983-2620-04-X

Esei-esei yang terkumpul dalam buku ini terbahagi kepada tiga bidang pengajian, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan Kesusasteraan Melayu. Aspek-aspek yang disentuh termasuklah isu bahasa, pengajaran dan pembelajaran, kebudayaan dan pengteorian dalam kesusasteraan.

Kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu serong dipertikaikan. Hal tersebut timbul kerana terdapat pihak yang tidak meyakini kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa pengungkap dan pemangkin kemajuan. Walau bagaimanapun, sejarah telah membuktikan, bahasa Melayu mampu menjadi bahasa perpaduan, pengungkap peradaban bangsa dan juga sebagai bahasa ilmu. Tradisi persuratan Melayu di Nusantara juga telah melahirkan karya-karya ketatanegaraan, undang-undang dan perubatan tradisional. Kesemua yang tersebut itu terjadi setelah bahasa Melayu menerima pengaruh Islam. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka, bahasa Melayu menjadi Lingua franca, kemudian berkembang dengan lebih pesat dalam era modenisme melalui perbentukan peristilahan, perkamusan dan penerbitan. Kepesatan itu menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi yang terpenting di Nusantara. Peranan dan fungsinya sentiada relevan dengan semua keperluan hidup. Bahasa itu menyerlahkan imej kesantunan dan kemerduan pengucapan pemakaiannya serta keindahan dan kreativiti dalam persuratan. Gambarannya terlihat dalam penghasilan karya-karya kesusasteraan Melayu sejak zaman tradisional hingga kini. Esei-esei yang termuat dalam buku ini menjelaskan bahawa bahasa Melayu memiliki kekuatannya yang tersendiri sebagai bahasa pengungkap peradaban dan penyalur ilmu sepanjang zaman.