PELAKSANAAN KAWALAN PERGERAKAN SEPENUHNYA TELAH BERMULA DARI 1 JUN 2021 SEHINGGA 14 JUN 2021. #STAYHOME #STAYSAFE
Sign Up Now and Get RM5.00 Voucher
INSTITUT PERADABAN MELAYU
INSTITUT PERADABAN MELAYU
Sort by
Show result

This book have 4 parts where describe Sawarak Malays which about Times of a Life and The Malays, Evaluation of Sarawak Culture, The Malay Mind of Sarawak and Malay Humour in Sarawak.

RM24.00
RM60.00

Buku Bugis dalam Peradaban Melayu ini adalah satu contoh penyelidikan yang dilaksanakan oleh tokoh-tokoh akademik di Sulawesi yang terkenal dengan warisan peradaban suku bangsa atau etnik Bugis dari bangsa Melayu serumpun (Malay Polinesia). Bugis adalah salah satu suku rumpun Melayu yang penting dalam mewarisi peradaban Melayu yang setaraf dengan peradaban dunia yang lain. Warisan Bugis dalam peradaban Melayu sungguh istimewa apabila ia mewakili Melayu serumpun sebagai salah satu suku bangsa yang dinamik dan mempunyai kekuatan jati diri. Bugis menjadi lambang dan kekuatan kepada jati diri Melayu serumpun. Warisan Bugis tetap kekal sehingga sekarang dan mempunyai falsafah hidup yang istimewa dan luar biasa. Bermula dengan menganuti fahaman animisme, Hindu dan sebahagian besarnya menjadikan agama Islam, budaya dan bahasa Bugis sebagai lambang kekuatan jati diri Bugis.

RM24.00
RM40.00

Buku Citra Wanita Dalam Kesusasteraan Melayu memuatkan kepelbagaian gambaran imej wanita yang dilukiskan dalam sesuatu teks atau karya yang mencantumkan kedua-dua unsur fizikal dan mental. Di dalamnya terkandung keberanian, kecantikan atau binaan diri, yang dianggap tidak sama dengan feminisme. Buku ini memberi perhatian kepada beberapa genre yang wujud dalam perbendaharaan kesusasteraan Melayu tradisional yang menampilkan beberapa watak wanita dengan unsur-unsur keistimewaan tertentu. Jadi peneliti tidaklah hanya memberi perhatian kepada puteri-puteri jelita dalam kesusasteraan hikayat, tokoh-tokoh wanita menjadi contoh dalam kesusasteraan berunsur agama dan para permaisuri serta puteri-puteri dalam kesusasteraan sejarah. Buku yang mengandungi lima bab ini terdiri daripada Bab I – Latar Belakang Kesusasteraan Melayu Tradisional dan Pembahagian Genre, Bab II – Pendekaran Kajian Wanita dan Kesusasteraan Melayu Tradisional, Bab III – Citra Wanita dalam Tradisi Lisan Melayu, Bab IV-Citra Wanita dalam Tradisi Tulisan dan Bab V- Kesimpulan. Buku ini sesuai kepada semua pembaca terutama kepada pengkaji kesusasteraan Melayu dalam menyelami watak dan perwatakan wanita zaman feudal."
 

RM20.40
RM34.00

Buku ini membincangkan profil yang lengkap tentang penerbitan majalah Melayu, bermula daripada majalah yang pertama, iaitu Khizanah Al-Ulum pada tahun 1904 hinggalah majalah terakhir sebelum Perang Dunia Kedua, iaitu Langkahan Baru pada Disember 1941. Sebanyak 122 buah majalah direkodkan dan dilampirkan dalam buku ini dengan penjelasan pada setiap satunya. Selain menjelaskan sejarah perkembangan majalah dalam tempoh tersebut, penulis juga membincangkan tiga elemen yang penting dalam perusahaan majalah, iaitu kandungan editorial yang dikemukakan kepada pembaca, kedudukan pengedaran atau sirkulasi majalah, dan juga sambutan pengiklan terhadap majalah. Ketiga-tiga elemen tersebut merupakan nyawa yang membolehkan sesebuah majalah dapat bertahan di pasaran. Kandungan buku ini merupakan penambahbaikan kepada direktori majalah atau akhbar yang pernah diterbitkan sebelum ini. Penulis merupakan penyelidik industri media cetak dan pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya.

RM36.00
RM60.00

Konsep dan pengertian Melayu sebagai satu kelompok manusia yang terdapat di dunia ini mendapat tafsiran dan analisis yang berbeza-beza. Buku ini berjaya menghimpunkan tiga belas sarjan dan penyelidik daripada rantau Rumpun Melayu untuk membuat penjelasan dan tafsiran tentang Melayu yang berada di sekitar Rumpun Melayu dan di luar Rumpun Melayu yang kita kenali sebagai dunia Melayu. Melayu sebagai satu rumpun bangsa yang besar mempunyai warisan peradaban dikenali sebagai peradaban Melayu yang terdiri pelbagai suku atau etnik. Bahasa Melayu menjadi penghantar utama manakala Islam menjadi unsur penting dan warisan budaya pelbagai etnik tetap diamalkan. Buku ini sesuai dibaca oleh penuntut dan sarjana serta pewaris bangsa Melayu yang ingin mengenali dan mengetahui asal usul bangsa dan peradaban Melayu di dunia ini yang dihasilkan oleh sarjana dan penyelidik daripada Rumpun Melayu khusus dunia Melayu.
 

RM27.00
RM45.00

Bermula pada awal abad ke-20. akhbar Melayu pula memainkan peranan penting dalam membangkitkan semangat orang Melayu membela kepentingan orang Melayu dan menentang penjajahan Inggeris seperti yang digambarkan oleh Prof. Datuk Wira Dr. Abdul Latiff Abu Bakar dalam artikelnya bertajuk

RM24.00
RM40.00

Bagi memahami dan menghayati kekuatan jati diri dan semangat patriotisme dalam memartabatkan peradaban Malaysia. GAPENA bekerjasama dengan IPM, UPSI menjalankan penyelidikan dan menerbitkan sebuah buku yang menghimpunkan sebelas penulis dan penyelidikan yang pakar dalam pelbagai bidang yang berkaitan jati diri dan patriotisme di Malaysia. Selaras dengan matlamat IPM, UPSI dan kerajaan bagi melahirkan pewaris Malaysia yang mempunyai kekuatan jati diri dan semangat patriotisme berdasarkan Gagasan 1 Malaysia, maka buku JATI DIRI DAN PATRIOTISME TERAS PERADABAN MALAYSIA diteribitkan senagai buku ilmiah di tanah air kita ini. Ini bersesuaian dan menyokong usaha Gagasan 1 Malaysia bagi mewujudkan perpaduan pelbagai bangsa dan kaum di bawah satu bumbung dan menjadi teras dalam peradaban Malaysia. Buku ini berhasrat menjadi panduan mengenai konsep jati diri dan patriotisme di Malaysia berdasarkan sejarah, perkembangan dan dasar kerajaan yang perlu dihayati setiap warga Malaysia dalam usaha membina negara bangsa Malasia yang kukuh dan bersatu padu serta memartabatkan Peradaban Malaysia yang berteraskan Peradaban Melayu. Sebagai sebuah negara yang mempunyai sejarah perjuangan kebangsaan (nasionalisme), semangat patriotisme cintakan tanah sir atau negara dan raja atau ketua menjadi teras penting dan di tanamkan dalam jiwa setiap warga negara Malaysia. Semangat patriotisme ini pula digandingkan dengan kekuatan jati diri kebangsaan 9Malaysia) bagi melahirkan warga negara yang cinta kepada negara dan bersama membina Nehra Bangsa Malaysia yang kukuh dan bersatu padu. ini selaras dengan kehendak perlembangaan dan rukun negara.
 

RM24.00
RM40.00

Buku Kesarjanaan Peradaban Melayu ini adalah merupakan hasil Siri Penyelidikan dan Penerbitan. Institut Peradaban Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris bagi tahun 2012 ini. Kumpulan ini adalah dapatan penyelidikan sarjana-sarjana Melayu dalam bidang kepakaran masing-masing. Sebelas esei ilmiah ini adalah tentang Peradaban, Sejarah, Bahasa, Kesusasteraan, Sistem Sosio-ekonomi, Undang-Undang, Nilai dan Adat Identiti Sosial dan Diaspora Melayu. Himpunan esei dimulakan dengan tajuk

RM21.00
RM35.00

“Irrespective of at what level the socialization process is, the Malays in general, place a very high value on proper upbringing of children. Instilling good and acceptable cultural values to young children is the most important responsibility of parents.” (Chapter 4)

“Malay family experiences dramatic change under the impetus of modernization. Nevertheless, it still retains much of its traditional structure and organization even though factors that underlie the family system have been much affected by modern developments or by new demands of modern family life,” (Chapter 7)

RM18.00
RM30.00

The Second International Conference on Malay Civilisation organised hy the institute of Malay Civtlisation of the (Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, and the International lnstitute of Asian Studies, Leiden was held on 26 -28 February 2004 in Kuala Lumpur, focused on the theme

RM16.00
RM40.00

This is a study of the Malaysians Indians. The main objective of this research is to find out if the Indians of Malaysia (with the exclusion of Indian Muslims who have been already widely researched (Halimah and Zainab, 2004, David, 2003b) have assimilated cultural norms and values of the larger Malay population and the extent of such enculturation, if any. Chapter 1 will introduce the Malaysian Indians, their demography and history. In chapter 2 the notions of assimilaton will be discussed followed by chapeter 3 which discusses the core values and sociocultural practices of the Indian and Malay communities in Malaysia. Chapter 4 detils the methods of the study and Chapter 5 presents and summarises the findings. In Chapter 6, the findings will be discussed and concluded. 

RM21.00
RM35.00

Dalam usaha melahirkan warganegara dan modal insan yang dan Ilmu Kesusasteraan Melayu penting dipelajari oleh setiap dari sekolah rendah hingga ke pusat pengajian tinggi di Malaysia. Ini selaras dengan usaha usaha kerajaan hendak memantapkan lagi sistem dan Dasar Pendidikan Kebangsaan Malaysia mengikut keperluan semasa. Bagi mencapai matlamat ini, satu pelan awal Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 telah dilancarkan dan memberi peluang kepada rakyat Malaysia membuat cadangan membina bagi memperkemaskan lagi pelan tersebut.

RM12.00
RM20.00

Buku ini adalah projek penyelidikan Institut Peradaban Melayu yang mempertingkatkan nama Institut ini dan Universiti Pendidikan Sultan Idris sebagai institusi akademik yang berwibawa

RM18.00
RM45.00

Matlamat kajian ini ialah untuk meneliti pantun sebagai artifak budaya Masyarakat Melayu Nusantara. Konsep dan pendekatan kajian ini mungkin berbeza dari kajian-kajian terdahulu, baik dari segi bahan mahupun skop atau bidang yang dimaksudkan. Matlamat dan bentuk perbicaraannya juga mungkin menjadi terlalu luas dan umum hingga tidak erkawal malah mungkin tergelincir dari persoalan yang menjadi tumpuan. Justeru itu, untuk memudahkan kajian ini, perlulah dibincangkan dengan ringkas mengenai konsep, definisi danliputan sesuatu istilah yang digunkan dalam kajian ini. Mula-mula kita bincangkan mengenai budaya , kebudayaan,tamadun dan peradaban. 

RM24.00
RM60.00

Semangat patriotisme yang menjadi teras penting dalam gerakan kebangsaan atau nasionalisme Malaysia bermula pada awal abad ke-20. Ia bermula dengan wujudnya majalah Al-Iman pada 1906 yang berjuang membela nasib dan kepentingan orang Melayu dan cinta kepada tanah air atau Tanah Melayu. Melalui majalah, akhbar dan buku, orang Melayu telah menghasilkan karya kreatif yang bertemakan patriotisme seperti puisi, novel dan drama dalam gerakan kebangsaan atau nasionalisme bagi membela nasib dan kepentingan orang Melayu menentang kedatangan orang asing dan penjajah Inggeris di Tanah Melayu.
 

RM24.00
RM40.00

Buku ini merupakan karya yang bersifat antara disiplin. Dapat memperkatakan peradaban Melayu dan mengutarakan pedoman-pedoman dalam membina paradigma pemikiran Melayu, Profesor Dato

RM20.00
RM50.00

Penulisan dalam buku ini merupakan sumbangan lingkaran idealisme para sarjana tempatan dan Indonesia yang menceritakan persejarahan Bugis dalam Peradaban Melayu di Indonesia dan Malaysia. Buku ini amat sesuai dijadikan rujukan yang sangat bermanfaat kepada para pelajar dan mahasiswa pelbagai peringkat serta pengkaji sosiobudaya masyarakat dalam usaha untuk memahami tentang persejarahan warisan bugis. Orang Bugis amat terkenal sebagai komuniti yang berpegang teguh kepada adat dan agama. Adat dijunjung sebagai pedoman cara hidup dan keteguhan pengamalan adat dalam kalangan masyarakatnya. Mereka amat berpegang dengan konsep

RM52.50
RM75.00
Penulisan dalam buku ini membicarakan tentang perpaduan yang amat perlu kita menghormati bahasa, budaya dan ajaran Islam serta mengekalkan kedaulatan bangsa yang dilambangkan oleh takhta pemerintahan beraja. Bangsa Melayu diperingatkan kepada fakta sejarah agar Melayu tidak hanyut dengan arus globalisasi yang sedang melanda dunia dewasa ini. Peradaban Malaysia yang berteraskan kepada warisan dan jati diri orang Melayu dan ajaran Islam dapat berkembang maju dalam konteks pemerintahan demokrasi berdasarkan Raja Berpelembagaan. Kita perlu melihat warisan peradaban Malaysia sekarang bukan dari kaca mata hak asasi, fahaman liberal, kebebasan ala barat, sebaliknya peradaban Malaysia berteraskan kepada warisan seni-budaya, kehalusan budi pekerti yang dituntut dan amalan warisan budaya Melayu dan pelbagai etnik yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Lantaran itu bagi orang Melayu, sepatutnyalah bukit sama didaki, lurah sama dituruni, lautan sama direnangi, terendam sama basah, terapung sama hanyut, terampai sama kering; berat sama dipikul, ringan sama dijinjing; hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah; bersatu teguh, bercerai roboh, bersekutu membawa mutu; hilang adat tegal muafakat dan muafakat membawa berkat.
RM45.50
RM65.00

The Chair of Malay Studics at Victoria University of Wellington was instrumental in bringing together the Institute of Malay Civilisation of UPSI, and the Religious Studies Programme and Asian Studies Institute of VUW. It was most propitious as it led to two-way visits and talks by the two of us in 2003, and then the Colloquium on Religion and Identity on 15th-16th September 2004 jointly organised by VUW and UPSI held at VUW, and finally the publication of this book.

RM16.00
RM40.00

"This volume contains all the 15 papers that were presented at the First International Conference on Malay Civilisation held on October 1-3, 2002. As each paper had a main discussant in the deliberations, it seems most fitting to include the discussants

RM28.00
RM70.00

"This volume contains all the 15 papers that were presented at the First International Conference on Malay Civilisation held on October 1-3, 2002. As each paper had a main discussant in the deliberations, it seems most fitting to include the discussants

RM20.00
RM50.00

Upon graduating with a First Class Honours Degree in Geography from University of Malaya in 1964, Datin Zaharah Mahmud embarked on an academic career that spanned thirty three years. Upon retirement from the University of Malaya she embarked on a second career as full time environmental consultant. She has always been interested in the special relationship between traditional societies and the environment and has devoted much of her research and publications to this area.

RM26.40
RM66.00

Buku Warisan Melayu Bugis di Rumpun Melayu ini memberi perhatian terhadap peranan dan warisan orang Bugis dalam pelbagai kehidupan kemasyarakatan terutama dalam bidang perdagangan, perkapalan, kepimpinan, keilmuan, kesusasteraan yang tersebar luas di Rumpun Melayu. Buku ini di mulakan dengan artikel yang berkaitan dengan sikap orang Bugis yang suka merantau di Rumpun Melayu bagi mencari ilmu, meluaskan pengaruh dalam bidang perdagangan, menjadi pahlawan berjuang menentang penjajah serta pandai membawa diri untuk mencari rezeki dengan semangat dan kekuatan Jati Diri Bugis yang terkenal dengan

RM24.00
RM40.00