NIKMATI DISKAUN HEBAT DARI 20% SEHINGGA 95% BAGI BUKU TERPILIH
Sign Up Now and Get RM5.00 Voucher
Latest Products
Sort by
Show result

Matlamat kajian ini ialah untuk meneliti pantun sebagai artifak budaya Masyarakat Melayu Nusantara. Konsep dan pendekatan kajian ini mungkin berbeza dari kajian-kajian terdahulu, baik dari segi bahan mahupun skop atau bidang yang dimaksudkan. Matlamat dan bentuk perbicaraannya juga mungkin menjadi terlalu luas dan umum hingga tidak erkawal malah mungkin tergelincir dari persoalan yang menjadi tumpuan. Justeru itu, untuk memudahkan kajian ini, perlulah dibincangkan dengan ringkas mengenai konsep, definisi danliputan sesuatu istilah yang digunkan dalam kajian ini. Mula-mula kita bincangkan mengenai budaya , kebudayaan,tamadun dan peradaban. 

RM24.00
RM60.00

Semangat patriotisme yang menjadi teras penting dalam gerakan kebangsaan atau nasionalisme Malaysia bermula pada awal abad ke-20. Ia bermula dengan wujudnya majalah Al-Iman pada 1906 yang berjuang membela nasib dan kepentingan orang Melayu dan cinta kepada tanah air atau Tanah Melayu. Melalui majalah, akhbar dan buku, orang Melayu telah menghasilkan karya kreatif yang bertemakan patriotisme seperti puisi, novel dan drama dalam gerakan kebangsaan atau nasionalisme bagi membela nasib dan kepentingan orang Melayu menentang kedatangan orang asing dan penjajah Inggeris di Tanah Melayu.
 

RM24.00
RM40.00

Buku ini digunakan sebagai panduan atau rujukan oleh pelajar-pelajar dalam jurusan Teknologi Maklumat/Sains Komputer untuk membina Sistem Maklumat berasaskan pangkalan data.

RM10.00
RM50.00

Buku Pembelajaran Teradun dalam Pendidikan Moral: Amalan untuk Pensyarah dan Guru, ialah hasil koleksi penulisan oleh para pensyarah Pendidikan Moral, Jabatan Pengajian Moral, Sivik dan Pembangunan Karakter, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Para pensyarah menulis setiap bab dalam buku ini sebagai satu usaha perkongsian pengalaman, pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan serta aplikasi pendekatan pembelajaran teradun (Blended Learning) yang dilaksanakan dalam kursus masing-masing.

RM26.30
RM35.00

Buku ini merupakan karya yang bersifat antara disiplin. Dapat memperkatakan peradaban Melayu dan mengutarakan pedoman-pedoman dalam membina paradigma pemikiran Melayu, Profesor Dato

RM20.00
RM50.00

Dalam Siri Wacana Ilmu ini, satu teori pendidikan pemikiran dikemukakan dan perlu diterapkan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjong Malim. Institusi pengajian UPSI ini yang mempunyai sejarah, visi, misi, sistem pendidikan, fakulti-fakulti, aspirasi dan inspirasi dan keunggulan terulung, wajarlah mempunyai satu teori yang mantap.

RM2.00
RM10.00
RM22.50
RM30.00

Kehidupan masyarakat, baik masyarakat desa dan kota, yang melatari serta menjadi renungan sebagai mumbu ilham kepada Dharmawijaya untuk diungkap dalam baris-baris puisinya. Malah Dharmawijaya dengan rasa sensitiviti merupakan seorang penyelongkar dan pemikir yang mencorak rencah, kemudian mengadun rempah hidup yang realis terhadap kehidupan masyarakat, sehingga menjangkau batasan usia lebih dari separuh abad. Sebagai penyair yang mencipta nama sebaris dengan penyair tersohor tanah air, gaya kepenyairannya amat tuntas dengan masyarakat yang dilihatnya memanfaatkan alam sebagai sumber untuk meraih sekelumit nafas bagi menyambung kehidupan di bumi bertuah ini.

RM12.00
RM30.00

Buku Pemikiran Global Sasterawan Negara Shahnon Ahmad mengandungi 10 bab. Bab Satu memperkenalkan bidang pemikiran dan teori pemikiran. Bab Dua memperlihatkan pemikiran global pengarang secara keseluruhannya. Bab Tiga dimulakan dengan pemikiran kedesaan dengan novel-novel kampungnya. Bab Empat adalah perbincangan tentang pemikiran sosio-ekonomi dalam karya. Analisis karya tentang keagamaan dilakukan dalam Bab Lima. Bab Enam adalah kajian tentang aspek-aspek politik dalam karya fiksyennya. Manakala analisis tentang kepancarobaan pemikiran terdapat pada Bab Tujuh. Bab Lapan disambungkan dengan pemikiran introspeksi diri. Bab Sembilan adalah tentang tema sufisme sebagai pemikiran mutakhir. Bab terakhir , Sepuluh, adalah kesimpulan perjalanan kreatif dari desa ke antarabangsa

RM7.00
RM35.00

Penaksiran dalam Pendidikan & Sains Sosial merupakan sebuah buku hasil penulisan gabungan dua pensyarah yang berpengalaman dan diterima sebagai pakar dalam bidang masing-masing. Mereka ialah Profesor Dato' Dr. Abu Bakar Nordin dan Profesor Madya Dr. Hj. Bhasah Hj. Abu Bakar. Penulisan dalam buku ini banyak meneliti aspek-aspek penting yang perlu diketahui oleh semua pihak yang terlibat dalam aktiviti penaksiran psikologi dan pendidikan tanpa mengira sama ada pembacanya terdiri daripada seorang pakar atau seorang pelajar dalam bidang ini. Bagi seorang pelajar pula, sudah pasti banyak perkara baru yang akan diketahui dan dengan satu pendekatan yang baru mereka akan lebih mudah memahami serta dapat mendalami bidang ini. Bagi seorang pakar pula, butiran yang diolah dan disampaikan melalui perspektif baru akan mencabar pandangan dan pendirian yang sedia ada, dan justeru itu banyak perkara yang berkaitan dengan bidang mungkin dapat ditinjau dari perspektif yang agak berbeza dari yang lazimnya.

RM17.40
RM87.00

Buku ini sesuai dijagikan sebagai rujukan dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada pelajar serta penyelidik baharu yang masih mencari pendekatan yang boleh membantu penyelidikan mereka.

RM18.80
RM25.00

Dahulu dipanggil Ilmu Alam, sekarang Geografi kerana seluruh dunia memanggilnya geografi. Di sekolah menengah atas daripada mata pelajaran teras, geografi dijadikan elektif menyebabkan semakin kurang pelajar diajar geografi. Sebaliknya di universiti, daripada sebuah 'rumah sembelihan' yang digeruni oleh kebanyakan pelajar dalm tahun-tahun 1960-an, Jabatan Geografi di Universiti Malaya dan di mana-mana universiti di Malaysia semenjak 1970-an telah bertukar menjadi semakin popular sehinggalah tahun 1990-an akibat pertukaran taraf kepada elektif di sekolah menengah atas.

RM2.00
RM10.00

Pengalaman dan teori hasil pembacaan penulis dalam menangani kanak-kanak khas membuahkan penulisan Pendidikan Kanak-kanak Berkeperluan Khas ini. Penggabungjalinan antara pengalaman penulis dan teori yang dikemukakan dalam buku ini cuba membawa pembaca untuk memahami dengan lebih jelas mengenai kanak-kanak berkeperluan khas. Perbincangan mengenai teori, model, terapi, strategi, proses pengajaran dan pembelajaran, penglibatan ibu bapa serta ahli profesional dalam berhadapan dengan kanak-kanak berkeperluan khas telah sedikit sebanyak memberi pendedahan kepada pembaca agar lebih memahami keperluan kanak-kanak khas.

RM30.00
RM40.00

Buku Pendidikan Keusahawanan di Institut Pengajian Tinggi ini diilhamkan dan disusun berdasarkan kepakaran, pengalaman dan kajian ketiga-tiga penulis dalam bidang ini. Penulisan ini memberi tumpuan kepada susur galur permulaan, perkembangan, senario dan status semasa pendidikan keusahawanan di Institut Pengajian Tinggi.

RM22.50
RM30.00

Buku ini menyediakan penulisan yang amat sederhana sifatnya, merupakan garapan beberapa tulisan yang telah diusahakan sekadarnya untuk permanfaatan bersama dalam kerangka yang setitis jadikan selaut, dan yang sekepal jadikan segunung'. Agenda pendidikan pembangunan negara memberikan tumpuan khas terhadap usaha membangun modan insan berminda kelas pertama acuan Malaysia tanpa mengetepikan khazanah tradisi warisan budaya bangsa. Penulisan ini dipersembahkan dan didedikasikan kepada seluruh warga pendidik, mahasiswa, warga pembaca dan peminat di pelbagai peringkat untuk direnungi sebagai mewakili dan menzahirkan segala macam amanah dan pertanggungjawaban untuk menggilap bukan sahaja suasa dan perak menjadi emas dan permata, tetapi juga sampah sarap yang berselut di pelimbahan juga dituntut agar disepuh menjadi kemilau sinar modal insannya.

RM9.00
RM22.50

Buku ini adalah rujukan utama, khususnya kepada warga pelajar dan pendidik yang ingin memahami peranan pendidikan Sains dalam memenuhi keperluan IR 4.0.

RM22.50
RM30.00

Pendidikan Seks: Suatu Perspektif Sosial adalah sebuah buku yang secara khusus membicarakan pendidikan seks dalam konteks Malaysia. Pendidikan Seks sebenarnya telah menjadi suatu isu yang kontroversi dalam masyarakat. Sementara terdapat pihak-pihak yang melobi untuk memperkenalkan pendidikan seks. terdapat pula pihak-pihak yang menentangnya. Pelbagai alasan telah diberikan oleh kedua-dua belah pihak. Dalam masa yang sama, fenomena-fenomena sosial moden termasuklah isu-isu berkaitan seksual yang dianggap masalah terus melanda masyarakat. Seringkali pula generasi muda yang dikaitkan dengan masalah-masalah sosial berkenaan. Apakah penghalang kepada pendidikan seks, mengapakah ia perlu, apakah kandungannya dan bagaimana pelaksanaannya adalah antara perkara-perkara yang dihalusi dalam buku ini.

RM8.40
RM28.00

Pendidikan Seni Visual dan Muzik adalah himpunan esei pilihan karya pensyarah-pensyarah Fakulti seni dan Muzik. Esei terpilih ini hasil daripada kajian dan penyelidikan pelbagai bidang Seni Visual dan Muzik. Pendidikan Seni Visual dan Muzik bukan sahaja merupakan mata pelajaran yang mementingkan bakat dan minat tetapi juga sebagai sumber ilmu yang dapat menjana dan membentuk insan yang bersifat penyayang, lemah lembut dan sopan santun yang memahami nilai estetik dan busaya orang lain. Tanpa nilai-nilai ini, manusia sering berdepan dengan pelbagai masalah dan cabaran

RM3.75
RM25.00

Buku ini sesuai dijadikan panduan bagi pelajar di institusi pengajian tinggi, para penyelidik dan ahli akademik dalam bidang PTV.

RM11.20
RM28.00

Buku ini bertujuan memberikan pengetahuan yang perlu diketahui, kemahiran, dan strategi kepada pendidik dan ibu bapa bagi memupuk kemahiran berfikir, dan yang lebih penting kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan pelajar dan kanak-kanak.

RM48.80
RM65.00

Kehidupan dalam dunia kontemporari memungkinkan kita berhubung dengan orang dari pelbagai bahasa dan budaya. Ini membuatkan pengajaran bahasa pertama dan kedua berkembang untuk memenuhi cabaran abad ke-21 dengan memberi keutamaan kepada pembelajaran tentang komunikasi, atau keupayaan berkomunikasi. Buku ini mengutarakan bahawa perubahan yang lebih banyak perlu dilakukan untuk memberikan kesan afektif dan kognitif apabila terdapat pertembungan dengan individu berlainan identiti budaya, nilai sosial dan tingkah laku. Dengan kata lain, pelajar bahasa perlu berupaya untuk berkomunikasi antara budaya.

RM7.50
RM25.00

Konsep Ilmu Konten Pedagogi menyentuh peranan dan cara-cara memupuk seseorang pendidik dalam membina Ilmu Konten Pedagogi untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang bermakna dan berkesan. Bidang ilmu Pendidikan dihubungkaitkan bagi menjelaskan konsep Ilmu Konten Pedagogi berserta dengan contoh-contoh yang menfokuskan kepada objektif pembelajaran. Selain analisis Ilmu Konten Pedagogi, stail Jasmani dan Sains Sukan pengajaran pendidikan, kurikulum pendidikan, persediaan rancangan pelajaran, masalah pengajaran, masalah dan implikasi ilmu konten pedagogi dan kajian mengenai ilmu ini turut dibincang dalam buku ini.

RM4.50
RM15.00

Buku ini menyediakan kepada pembaca dan peminat sastera ruang apresiasi terhadap pelbagai genre kesusasteraan Melayu moden merentasi lima dekad (60-an hingga dekad pertama abad ke-21). Ruang apresiasi ini tidak sekadar terpenuh dengan laut kefahaman, tetapi pembaca juga dapat menentukan perjalanan kualiti kegiatan dan karya kreatif dalam kalangan pelbagai peringkat penulis. Buku ini memaparkan segala macam rentak hidup dan pemikiran masyarakat Melayu yang tinggi nilai moral dan sangat berguna diterapkan dalam proses pembinaan masyarakat Malaysia hari ini.

RM14.00
RM40.00

Buku ini ditulis untuk digunakan dalam kursus makmal fizik. Ia mengandungi tujuh bab yang memuatkan pengenalan kepada makmal fizik, kaedah pengukuran, statistik dan maklumat untuk memahami prinsip asas reka bentuk uji kaji. Di samping itu, kaedah untuk menilai hasil uji koji dan cara untuk menulis laporan saintifik juga diberikan. Buku ini boleh dimanfaatkan oleh pelajar di peringkat prauniversiti dan universiti dalam bidang sains khususnya Fizik. Buku ini boleh juga boleh digunakan oleh para penyelidik sebagai rujukan asas tentang prinsip asas uji kaji.

RM6.00
RM40.00