NIKMATI DISKAUN HEBAT DARI 20% SEHINGGA 95% BAGI BUKU TERPILIH.
Sign Up Now and Get RM5.00 Voucher
Latest Products
Sort by
Show result

ISBN 978-983-3759-51-4

Disiplin: geografi yang mengkaji tentang kedinamikan hubungan antara manusia dengan alam sekitar dan saling bergantung antara kedua-duanya merupakan satu bidang yang penting untuk dipelajari dan difahami oleh setiap lapisan masyarakat. Proses pembangunan yang pesat di negara ini telah menyebabkan banyak perubahan dan gangguan terhadap persekitaran fizikal khususnya ruang atmosfera, hidrosfera, litosfera dan biosfera. Empat ruang sistem ini perlu diuruskan dengan sewajarnya bagi atau meminimumkan impak terhadap kemerosotan kualiti air, kualiti udara, perubahan suhu mikro, kemusnahan hutan dan sebagainya akibat daripada pelbagai aktiviti pembangunan guna tanah seperti perindustrian, pembandaran, pelancongan, pertanian dan lain-lain. Masalah yang wujud dalam persekitaran fizikal tersebut perlu ditangani dengan segera memandangkan jika kemerosotan alamn sekitar fizikal ini berlarutan, akan memberi impak yang lebih besar kepada kehidupan manusia. Kefahaman tentang pengurusan alam sekitar secara bersepadu serta pelaksanaan yang telus dan berhemah mampu membawa negera ke satu peringkat yang lebih baik demi menjamin kelestarian sumber-sumber alam sekiter fizikal yang dianugerahkan oleh Tuhan.

RM25.00

ISBN 983-2620-68-6

Polish your english was written as a text for students doing proficiency courses. This textbook focuses on skills such as speaking, reading, writing and grammar. It contains many examples and exercises for students to enhance their proficiency of the English language. The book is classified into themes and each theme exemplifies one genre of writing. Furthermore, students can refer to the answer key to compare their answer with those suggested by the writers. It is hoped that by referring to the examples of different genres, students will be more confident in producing their own essays.

RM40.00

ISBN 978-967-2159-22-3

Buku Proses Informasi dalam Peningkatan Kognisi: Kaedah Hermeneutik dan Interpretasi ditulis untuk pembaca dari IPTA, IPTS, Institut Perguruan, penyelidik yang berminat dalam bidang psikolinguistik, guru-guru bahasa dan yang mencintai bahasa (penulisan); Psikologi Pendidikan (proses kognisi); dan Kaedah Hermeneutik (kaedah interpretasi teks penulisan). Buku ini diharap menjadi rujukan untuk pembaca yang ingin mendalami peranan proses informasi yang dialami dalam menginterpretasikan teks karangan pelajar dalam konteks Kaedah Hermeneutik sebagai kaedah kualitatif yang berkesan dalam menginterpretasikan teks karangan.

RM30.00

ISBN 978-967-0480-20-6

Buku Proses Kognisi dan Afeksi: Kaedah Pedagogi Hermeneutik dan Interpretasi ditulis untuk pembaca dari IPTA, IPTS, Institut Perguruan, penyelidik yang berminat dalam bidang Psikolinguistik, Guru-Guru Bahasa dan yang mencintakan bahasa (Penulisan); Psikologi Pendidikan (Proses Kognisi dan Afeksi); dan Kaedah Pedagogi Hermeneutik (Kaedah Interpretasi Teks Penulisan).
 

RM30.00

ISBN 983-2620-07-4

Pendidikan bestari dalam pendidikan fizik

 

RM75.00

ISBN 978-983-3759-35-4

Psikologi perkembangan ialah ilmu yang mengkaji proses mental dan tingkah laku individu. Penulisan buku ini membincangkan konsep psikologi hinggalah menyentuh perkembangan personaliti selain turut memuatkan perbincangan tentang perkembangan fizikal, kognitif, emosi dan sosial bermula daripada peringkat pranatal hingga tua. Aspek penulisan yang disentuh ini dapat menyediakan pengetahuan asas kepada guru dan bakal guru untuk mengendalikan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Bukan itu sahaja kandungannya juga boleh menjadi bacaan umum kepada pendidik di pusat pengajian tinggi yang berhadapan dengan pelajar dan ibu bapa yang saban hari berhadapan dengan tingkah laku anak-anak di rumah.

RM30.00

ISBN 978-967-0480-77-0

Pemakaian qarinah dalam kesalahan hudud merupakan perkara yang tidak disepakati oleh para ulama. Perbincangan tajuk-tajuk seperti definisi qarinah, pembahagian qarinah, penghujahan qarinah dan kedudukan qarinah dalam kesalahan hudud diperincikan mengikut kesalahan-kesalahan hudud itu sendiri iaitu kesalahan zina, meminum arak, mencuri, pemberontakan, merompak dan murtad. Keistimewaan Qarinah Sebagai Instrumen Pensabitan Kesalahan Hudud ini ialah, ia tidak memfokuskan kepada mazhab Syafie tetapi membincangkan pelbagai pandangan ulama dan dalam bentuk perbandingan. Metode perbandingan penting kerana ia mampu memberikan pendedahan dan kefahaman yang lebih luas dan mendalam terhadap sesuatu isu dan masyarakat pembaca akan lebih bersikap terbuka sekali gus menjadikan mereka bersikap terbuka dalam berhadapan isu-isu khilafiah. Selain itu, buku ini juga turut memuatkan dalil-dalil yang telah digunakan oleh para ulama dalam mengutarakan pandangan masing-masing sebagai sandaran yang telah digunakan oleh para ulama tersebut. Penulisan padat dan terperinci ini mampu memberikan gambaran mengenai pandangan-pandangan ulama dalam pelbagai mazhab secara menyeluruh tentang kedudukan qarinah dalam kesalahan hudud

RM54.00

(ISBN : 978-967-2908-94-4)

This book is focused on the elaboration of the steps on pursuing the statistical tests on ata screening, data analysis and robustness checking; and emphasizing on the interpretation of data.

RM25.00

ISBN 978-983-3759-22-4

Buku ini membantu pembaca mengikuti hujahan yang bersabit dengan aspek falsafah seperti eksistensialisme, retorik dan logik justeru memahami pemikiran dalam karya berkenaan.

RM43.00

ISBN 978-967-0480-31-2

Designed in step-by step manner, Reading Skills: Back to Basic aims to equip the students with crucial reading skills that will enable students to comprehend reading texts better. the fun and stimulating materials in Reading Skills: Back to Basic endeavour to encourage students to become active participants in the reading process and also, to keep them interested. The reading strategies provided in Reading Skills: Back to Back can be applied across academic disciplines and student's competence levels.

RM25.00

ISBN 978-967-2908-35-7

Realisasi lsu atau Dinamika Kajian dalam bidang Bahasa, Sastera dan Budaya amatlah diperlukan untuk mengangkat martabat bidang-bidang ini agar selari dengan arus kemodenan dan teknologi masa kini. Para ahli akademik dan tokoh dalam ketiga-tiga bidang ini cuba mengangkat isu-isu sebenar ini agar perkembangan ilmu itu terpelihara untuk diwasilahkan kepada pengkaji, pensyarah, guru dan pelajar serta generasi alfa sekarang.

RM82.00

ISBN 978-967-2908-32-6

Buku ini adalah cernaan hasil penyelidikan dan kajian berkaitan dengan fenomena pendidikan Bahasa melayu dan Kesusasteraan Melayu. Oleh hal yang demikian, terdpat banyak pemikiran yang telah diketengahkan dalam buku ini untuk diperhalusi dan diterjemahkan dalam realiti iklim pendidikan negara.

RM53.00

(ISBN : 978-967-2908-37-1) This coffee table book is presented in pictorial manner with simple morphological characteristics descriptions of the collection of underwater photos taken in several Malaysia islands. It is aimed to share the wonders of Malaysian reef life, to entertain and inspire conversation as well as to contribute to fellow educators and underwater enthusiasts.

RM70.00

(ISBN : 978-967-2908-55-5)

The publication of Reflections: Dr. Mohd Said is a result of much thought and effort first and foremost by the writers who contributed ther impressions od Dr. Mohd Said in his various roles and capacities.

RM100.00

The Chair of Malay Studics at Victoria University of Wellington was instrumental in bringing together the Institute of Malay Civilisation of UPSI, and the Religious Studies Programme and Asian Studies Institute of VUW. It was most propitious as it led to two-way visits and talks by the two of us in 2003, and then the Colloquium on Religion and Identity on 15th-16th September 2004 jointly organised by VUW and UPSI held at VUW, and finally the publication of this book.

RM40.00

ISBN 978-2620-97-X

The road to happiness is long and full of obstacles. Often, in the quest to get to the end, we make all the wrong decisions. These decisions sometimes bring us a lot of sadness. But, that does not mean we don't embark on the journey of life altogether. Each mistake we make is an experience or lesson for tomorrow. We become stronger through the lessons we learn as we walk along the road called life. Thus, Road to Happiness is a compilation of six short stories that focus on values that are essential for a happy life. Among others, the values that are focused on are: respect for one's parents, obeying law and order, hard work, dedication, respecting one's neighbours and the community, abiding to the social contract, honesty and moderation. The stories touch on everyday issues such as drugs, determination, neighbours, dishonesty, love and the internet. They are suitable for everybody but should be read most importantly by teenagers and young adults who are ready to embark on the journey of life.

RM28.00

ISBN 983-2620-85-6

satu gambaran umum yag diberi tentang Malaysia ialah sebuha negara pelbagai kaum. ungkapan " pelbagai kaum dalam fikiran kebanyakan orang yang merujuk kepada adany suku kaum melayu pada rakyat Malaysia itu juga bersumber sahaja terdapat pukuhan suku kaum yang sebahagian besarnya bermastautin di sabah dan sarawak. Di semenanjung Malaysia masih terdapat sejumlah besar etnik tersendiri dengan bahasa dan adat, yang berbeza dengan kumpulan etnik yang lain

RM55.00

ISBN 978-983-3759-12-5

kompilasi penyelidikan Universiti Pendidikan Sultan Idris tahun 2004

RM40.00

ISBN 983-2620-08-2

Sastera Di Antara Percikan Pengurusan dan Kemanusiaan menghimpunkan sejumlah tulisan yang membincangkan secara kritis dan analitis biografi dan pemikiran tokoh pengarang, penerbit, penyair, ulama, tokoh pendidik, sarjana bahasa dan sastera dengan menggunakan pelbagai teori dan pendekatan sastera. Tokoh pengarang dan masyarakat yang dikupas biografi dan mutiara pemikirannya termasuklah Syeikh Tahir Jalaluddin, Prof. Zulkifli Muhammad, Ahmad Lutfi, Darwis Harahap Mohammad, Zam Ismail, Shaharom Husain dan sejumlah besar karya pengarang keluaran SITC, MPSI dan IPSI. Karya tokoh masyarakat dan pengarang yang diungkapkan dan dibicarakan dalam buku ini me nyumbangkan sahamnya yang besar dan tersendiri dalam mengurus, memartabatkan dunia kesusasteraan dan kemanusiaan jiwa manusia di kalangan para pembaca secara serius dan konsisten dalam dunia kreativitinya.

RM55.00

ISBN 978-983-3759-10-1

Sejarah kesedaran visual di Malaya dimulakan dengan penemuan lukisan-lukisan gua khususnya di Gua Tambun, Ipoh dn Gua Badak di Lenggong. Sehinggalah pada tahun 1849 apabila Abdullah bin Abdul Kadir menghasilkan ilustrasi pada buku Hikayat Adullah, alam pelukisan visual oleh peribumi Malaya kosong sebelum ini.

RM55.00

ISBN 978-967-0924-39-7

Kira-kira 20 tahun yang lalu, dua penyelidik antropologi (Wan Hashim) dan arkeologi (Nik Hassan Suhaimi) di Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengemukakan dapatan kajian mereka menolak teori besar bahawa bangsa Melayu berasal dari Wilayah Yunnan atau Selatan Negeri China (tersiar dalam semua akhbar harian Melayu dan Inggeris, 5 Sept. 1994). mengemukakan teori bahawa migrasi moyang kepada rumpun Melayu dari kabilah Negrito komposit dari Semang dan Senoi adalah secara terus menerus dari benua Afrika melalui Timur Tengah ke benua Melayu Sunda atau Alam Melayu di antara 65,000-75,000 tahun yang lalu. Dalam sebuah buku lain, Eden in the East; The Drowned Continent of Southeast Asia seperti di sebut dalam tulisan ahli falsafah Greek Plato (330 SM) adalah benua Melayu Sunda; dan pandangan ini disokong oleh beberapa sarjana lain.
 

RM130.00

ISBN 978-983-3759-84-2

Koleksi puisi-puisi sains

RM22.00

ISBN 978-967-0480-45-9

Senario Menjalankan Kajian Inkuiri Naratif merupakan garapan pengalaman sebenar penulis sepanjang pengajian di peringkat doktor falsafah. Buku ini ditulis berdasarkan refleksi penulis sewaktu menjalankan kajian inkuiri naturalistik menggunakan kaedah inkuiri naratif.

RM35.00

Buku Seni Tekat Perak : Kreativiti Kearifan Lokal merupakan sebuah buku yang menterjemahkan hasil penyelidikan, kajian literatur dan pengalaman penulis dalam bidang kraf yang dicatatkan menjadi satu lembaran awal tentang akal budi pemikiran di sebalik objek kraf tekat yang menyentuh tentang aspek sejarah, kearifan lokal, filasafat terhadap motif alam dan eksplorasi terhadap kreativiti seni tekat.

RM50.00

ISBN 978-967-0480-34-3

Sir Richard Olaf Winstedt atau panggilan R. O Winstedt, begitu banyak meninggalkan jasa dan sumbangannya yang cukup besar terhadap bidang pengajian dan khazanah persuratan Melayu. Buku ini menelusuri kembali bagi melihat asas-asas yang telah dikumpulkan dan dibinanya menjadi ciri0-ciri penting berhubung persuratan serta tamadun keilmuan bangsa Melayu

RM35.00

ISBN 983-3759-03-3

Buku ini membincangkan penggunaan sistem maklumat geografi (GIS) sebagai alat dalam proses membuat keputusan yang boleh digunakan oleh syarikat minyak untuk mengenal pasti tapak-tapak yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai stesen minyak. Ini kerana persaingan antara syarikat dalam memberikan perkhidmatan yang paling dekat dengan penggunanya adalah tinggi. Setiap syarikat mencuba mendapatkan satu lokasi yang membolehkan mereka mendapat keuntungan yang maksimum. Buku ini juga mencuba memberikan pendekatan-pendekatan yang boleh diguna pakai untuk membangunkan sistem aplikasi yang berasaskan kepada GIS dan amat sesuai dijadikan bahan rujukan kepada banyak pihak terutamanya pelajar universiti yang sedang belajar GIS. Buku ini menyentuh secara langsung pendekatan-pendekatan yang boleh digunakan untuk membina suatu aplikasi sistem GIS yang boleh diaplikasikan kepada pelbagai bidang kajian yang diingini kerana ia mempunyai struktur pembangunan sistem yang boleh diubah suai untuk semua aplikasi GIS.

RM40.00

ISBN 983-2620-21-X

Buku ini bertujuan menunjukkan tentang keupayaan sistem maklumat eografi dalam perancangan pembangunan guna tanah menerusi emodelan pembangunan guna tanah komersil. Di samping itu, banyak onsep, teori dan model yang berkaitan dengan pembangunan guna anah dibincangkan secara terperinci. Sistem maklumat geografi menyediakan keupayaan untuk menginput, menyimpan, mengurus, mengolah, menganalisis dan memaparkan data yang merujuk pada ruang. Sistem maklumat geografi menyediakan kerangka bagi mengintegrasikan jumlah data reruang yang banyak daripada pelbagai sumber dan jangka masa serta pembentukan sistem sokongan pembuatan keputusan bagi aktiviti pengurusan dan perancangan, Oleh itu, buku ini amat berguna kepada para pelajar di institusi pengajian unga, pegawai kerajaan dan swasta yang berminat dalam sistem maklumat geografi.

RM25.00

ISBN 978-983-3759-21-7

Buku Sistem Pangkalan Data ini ditulis dalam bahasa Malaysia untuk memudahkan pelajar-pelajar memahami konsep pangkalan data. Buku ini boleh digunakan sebagai panduan atau rujukan oleh pelajar-pelajar dalam jurusan Teknologi Maklumat/Sains Komputer untuk membina sistem maklumat berasaskan pangkalan data. Susunan tajuk-tajuk berdasarkan urutan konsep pangkalan data. Tajuk-tajuk adalah seperti pengenalan pangkalan data, persekitaran pangkalan data, kitar hayat pembangunan sistem, model perhubungan entiti, model hubungan, penormalan, bahasa pertanyaan berstruktur (SQL) dan pangkalan data, internet dan web.

RM53.00

ISBN 978-629-7524-26-9

Sultan Idris Training College (SITC) terletak di Tanjong Malim, Perak merupakan gedung ilmu yang amat penting dalam sejarah perjuangan kemerdekaan Malaysia. Ia juga dikenali dengan jolokan Universiti Melayu. Kewujudan SITC bukan sahaja dapat menampung keperluan tenaga guru tetapi turut mencetuskan semangat yang luar biasa dalam kalangan guru pelatih SITC untuk lebih gigih menggalas tanggungjawab sebagai seorang pendidik demi mendidik dan memajukan anak bangsa demi masa depan Tanah Melayu. Lulusan SITC berusaha untuk memberikan kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat tentang peri pentingnya kemerdekaan negara. Mereka berjuang melalui pelbagai jalur antaranya melalui politik dan menggunakan jalur bahasa dan kesusasteraan Melayu. Mereka terkenal sebagai pejuang kemerdekaan yang mencetuskan gelombang kebangkitan rakyat demi sebuah kemerdekaan. Jasa dan pengorbanan pejuang terdahulu mesti dihargai dan difahami generasi masa kini. Lantaran itu, buku ini mesti dimiliki dan dibaca oleh mereka yang meminati tentang sejarah perjuangan kemerdekaan Malaysia.

RM50.00

ISBN 978-967-0521-95-4

As its main theme, the book presents Malaysian smart school research from a qualitative perspective. Such a view reveals insights into how smart school teaching and learning was done, at the ground level in a diversified perspectives rather than consensual. Along the way, the book presents three case studies of smart school trained teachers in action. These cases are presented in the form of vignettes which provide more details about individual studies than the standard citations often found in other texts. Moreover, the studies came from an in-depth studies conducted as part of postgraduate requirement. The numerous examples also convey the breadth of qualitative research conducted. This book examines two topics (smart school pedagogy in one case and smart school administration in the other) intended to appeal to all readers especially educators who have experienced the two environments.
 

RM35.00

ISBN 978-967-2159-19-3

In view of its importance and significance, statistical literacy has stirred a lot of research interest since its inception two decades ago. Research on statistical literacy has encompassed different levels of statistics education besides considering different disciplines of studies and various aspects of statistics education. Statistical literacy requires integration of statistical knowledge into the real-life settings within which the statistical questions arise. A statistically literate person should have the skills and the confidence to work with data in an analytical and critical manner so that the data can be of some substantial use to others. This book is divided into three parts. The first part discusses statistical literacy and assessment. The second part discusses inferential statistics and assessment constructs while the third part discusses statistics instructions and curriculum. In short, this book contains the three important facets of education which are assessment, instruction and curriculum. The contents of this book will most importantly provide readers with the important developments in statistics education worldwide. The chapters in this book provide readers with a wealth of knowledge concerning pedagogical and assessment issues pertaining to goals of statistics education.

RM35.00

ISBN 978-967-2163-59-6

Strategic Components in Small & Medium Enterprises is a book for two target groups. The first group is for students studying business administration; both at undergraduate and postgraduate levels where it is meant to be used as a capstone course after the students have been exposed to the various functional areas of management. The second group is for readers and practitioners who seek essential knowledge on strategic management. The book can help to understand the right strategy components in SMEs and overcome the challenges in implementing strategic behaviour. This book focuses on business social responsibilities at corporate level strategies needed to achieve the work strategy and performance in SMEs. Covering nine chapters, the book covers topic such as an introduction to Global SME Business, Theoretical Perspectives, SMEs Performance, BSR Commitment, Trust, Perceived Ethics, Organizational Culture, Research Model of BSR and Strategic Implications for SMEs. It explains the strategic implications for the managers and policy makers to see the issues of moral or ethics and social conduct through the perspective of smaller firms as a method for making suitable and competitive.

RM25.00

(ISBN : 978-967-2851-48-6) Isu kelemahan pelajar dalam mata pelajaran Kimia seringkali diperdebatkan. Di antara Konsep Kimia yang sukar dikuasaioleh pelajar adalah Konsep Tiga Aras Perwakilan Kimia ( aras perwakilan makroskopik, mikroskopik dan simbolik). Ketidakmampuan pelajar dalam menguasai konsep ini menyebabkan mereka tidak berupaya untuk mengaplikasi kemahiran penyelesaian masalah yang amatditekankan sebagai satu kemahiran abad ke-21.

RM30.00

ISBN 978-967-0480-13-8

Penyair adalah manusia luhur dan lahir sedari mula puisi moden dicipta hinggalah abad ke-21 ini. Segala peristiwa yang disuarakan adalah yang sebenarnya terjadi daripada pemikiran logik dan telah diungkapkan dengan penuh kreativiti daripada pemikiran lateral mereka.

RM52.00

ISBN 978-983-3759-47-7

Buku ini dapat memahatkan kenangan dan penghargaan kepada seorang ilmuwan - termasuk sasterawan - amatlah digalakkan. Dalam siri pertamanya, PENERBIT UPSI menghasilkan buku ini, memuatkan 23 buah esei yang disumbangkan oleh sebaris penulis yang berasal dari Malaysia, Singapura, Indonesia dan Perancis. Karya ini amatlah berfaedah bagi mereka yang meminati bidang sastera khususnya, di samping bahasa, kemanusiaan, dan pendidikan.

RM45.40

ISBN 978-967-2159-19-3

T1-NSPIRE Graphing Technology: Pre-University Mathematics provides a plethora of ideas for mathematics educators and pre-university students in using TI-Nspire graphing technology for mathematics teaching and learning. This book can be used by all undergraduates in Mathematics Education Program as well as mathematics education lecturers to explore idea of using graphing calculator technology in teaching and learning.

RM32.00

ISBN 978-967-2159-52-0

Perjalanan pengalaman Tan Sri Dr. Wan Mohd Zahid meniti denai ilmu di kampung di bandar, di ibu kota kemudian di negara asing. Kembali ke tanah air berkhidmat sebagai pendidik, pentadbir, kemudian perancang dan pemimpin tertinggi dalam sektor pendidikan. Semua ini dilakar dengan jelas dalam buku ini supaya pembaca dapat memahami dengan benar sebuah kehidupan manusia  bernama Tan Sri Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin bergelumang mempelopori pembaharuan dalam pendidikan negara yang pada saat ini dan sampai bila-bila kekal dalam ingat kita akan baik budi, khidmat, jasa dan baktinya kepada agama, masyarakat dan negara.

RM90.00

ISBN 978-967-2851-70-7

Perjalanan pengalaman Tan Sri Dr. Wan Mohd Zahid meniti denai ilmu di kampung di bandar, di ibu kota kemudian di negara asing. Kembali ke tanah air berkhidmat sebagai pendidik, pentadbir kemudian perancang dan pemimpin tertinggi dalam sektor pendidikan.

RM150.00