NIKMATI DISKAUN HEBAT DARI 20% SEHINGGA 95% BAGI BUKU TERPILIH.
Sign Up Now and Get RM5.00 Voucher
Latest Products
Sort by
Show result

ISBN 978-967-0480-65-7

Dakwah ialah suatu kerja mulia para nabi dan rasul Allah. Usaha mulia ini diteruskan lagi oleh para sahabat, tabiin hingga kepada para ulama masa kini. Tugas menyampaikan dakwah ialah satu tuntutan yang mesti dilaksanakan dalam Islam. Namun penyampaikan dakwah kepada masyarakat bukanlah satu kerja mudah seperti yang disangka. Kumpulan sasaran dakwah terdiri daripada pelbagai peringkat manusia. Oleh itu pendakwah hendaklah mengetahui secara meluas ilmu-ilmu dakwah yang mencakupi pelbagai aspek.
 

RM30.40
RM38.00

ISBN 978-967-0480-56-5

Buku ini sesuai dijadikan panduan bagi pelajar di institusi pengajian tinggi, para penyelidik dan ahli akademik dalam bidang PTV.

RM8.40
RM28.00

ISBN 978-967-0480-77-0

Pemakaian qarinah dalam kesalahan hudud merupakan perkara yang tidak disepakati oleh para ulama. Perbincangan tajuk-tajuk seperti definisi qarinah, pembahagian qarinah, penghujahan qarinah dan kedudukan qarinah dalam kesalahan hudud diperincikan mengikut kesalahan-kesalahan hudud itu sendiri iaitu kesalahan zina, meminum arak, mencuri, pemberontakan, merompak dan murtad. Keistimewaan Qarinah Sebagai Instrumen Pensabitan Kesalahan Hudud ini ialah, ia tidak memfokuskan kepada mazhab Syafie tetapi membincangkan pelbagai pandangan ulama dan dalam bentuk perbandingan. Metode perbandingan penting kerana ia mampu memberikan pendedahan dan kefahaman yang lebih luas dan mendalam terhadap sesuatu isu dan masyarakat pembaca akan lebih bersikap terbuka sekali gus menjadikan mereka bersikap terbuka dalam berhadapan isu-isu khilafiah. Selain itu, buku ini juga turut memuatkan dalil-dalil yang telah digunakan oleh para ulama dalam mengutarakan pandangan masing-masing sebagai sandaran yang telah digunakan oleh para ulama tersebut. Penulisan padat dan terperinci ini mampu memberikan gambaran mengenai pandangan-pandangan ulama dalam pelbagai mazhab secara menyeluruh tentang kedudukan qarinah dalam kesalahan hudud

RM43.20
RM54.00

ISBN 978-967-2163-93-0

Buku Penyelesaian Masalah dalam Numerasi adalah sebuah buku bacaan umum berkaitan dengan penyelesaian masalah dalam numerasi, yang memaparkan tentang model, penerangan tentang penyelesaian masalah secara terperinci dan juga aktiviti-aktiviti penyelesaian masalah.

RM24.00
RM30.00

ISBN 978-967-0480-51-0

Pengalaman dan teori hasil pembacaan penulis dalam menangani kanak-kanak khas membuahkan penulisan Pendidikan Kanak-kanak Berkeperluan Khas ini. Penggabungjalinan antara pengalaman penulis dan teori yang dikemukakan dalam buku ini cuba membawa pembaca untuk memahami dengan lebih jelas mengenai kanak-kanak berkeperluan khas. Perbincangan mengenai teori, model, terapi, strategi, proses pengajaran dan pembelajaran, penglibatan ibu bapa serta ahli profesional dalam berhadapan dengan kanak-kanak berkeperluan khas telah sedikit sebanyak memberi pendedahan kepada pembaca agar lebih memahami keperluan kanak-kanak khas.

RM32.00
RM40.00

ISBN 978-967-0480-47-3

Numerasi Sekolah Rendah ialah sebuah buku yang membincangkan penggunaan model peringkat kefahaman numeras untuk mengetahui peringkat kefahaman murid sekolah rendah dalam numerasi. Model peringkat kefahaman numerasi ini adalah diharapkan menjadi panduan kepada guru bagi murid yang berada pada Tahun Empat kerana mereka ini telah selesai menjalani program LINUS (Literasi dan Numerasi) semasa mereka berada pada Tahun Satu sehingga Tahun Tiga, jadi melalui model ini diharapkan agar pada Tahun Empat diteruskan dengan model peringkat kefahaman numerasi untuk melihat peringkat perkembangan dalam proses pemikiran kreatif dalam menjawab soalan-soalan dalam numerasi.

RM12.00
RM30.00

ISBN 978-967-0480-34-3

Sir Richard Olaf Winstedt atau panggilan R. O Winstedt, begitu banyak meninggalkan jasa dan sumbangannya yang cukup besar terhadap bidang pengajian dan khazanah persuratan Melayu. Buku ini menelusuri kembali bagi melihat asas-asas yang telah dikumpulkan dan dibinanya menjadi ciri0-ciri penting berhubung persuratan serta tamadun keilmuan bangsa Melayu

RM28.00
RM35.00

ISBN 978-967-0480-72-5

Buku Ulama dan Politik Kedah 1842-1960 dihasilkan untuk mengetengahkan peranan dan sumbangan ulama dalam sama-sama membantu pemerintah untuk mentadbir sebuah negara khususnya Kesultanan Melayu Kedah. Malah buku ini turut memaparkan peranan ulama dalam masyarakat khususnya dalam bidang pendidikan dalam usaha membentuk masyarakat yang rabbani.

RM22.40
RM28.00

ISBN 978-967-0480-48-0

Untuk memahami aspek perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak terutamanya yang bersangkutan dengan kognisi, Panduan Pendidikan Awal Kanak-kanak: Teori, Model, Kaedah dan Aktiviti Ke Arah Perkembangan Kognisi boleh dijadikan panduan khusus. Fokus penulisan meliputi aspek komunikasi, kreativiti, estetika dan keterampilan sains dan teknologi yang boleh dimanfaatkan oleh guru-guru dan bakal guru prasekolah. Untuk lebih pemahaman, model pengajaran disesuaikan dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Untuk melengkapkan penulisan ini, penulis turut memuatkan kepentingan ruang pembelajaran yang kondusif bagi meningkatkan perkembangan kognisi kanak-kanak.

RM22.40
RM28.00

ISBN 978-983-3759-61-3

Dalam ruang kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi, karya sastera nukilan karyawan Malaysia dan kesusasteraan Melayu seharusnya berupaya menerobos ruang maya yang dianggap sebagai dunia ghaib yang sekaligus menyebarluaskan khalayak sastera dalam masa yang sama membantu menjana pulangan ekonomi dan pendapatan yang memberangsangkan. Sejajar dengan itu, kaedah pengajaran dan pembelajaran sastera juga harus seiringan dengan kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi supaya hasilnya lebih bermakna, menghiburkan, mesra pelajar, mudah difahami dan dengan menggunakan pelbagai media yang boleh membantu membangunkan potensi kreatif dan potensi inovatif dalam kalangan pelajar. Hasil daripada penerobosan maya ini boleh diharapkan akan membuka mata sarjana dan pengkritik sastera antarabangsa serta pencipta kesusasteraan mancanegara untuk memerhati secara serius dan menganalisisnya untuk diberikan status dan penarafan antarabangsa.

RM20.00
RM25.00

ISBN 978-967-0480-29-9

Gaya Bahasa dan Proses Kognisi: Kaedah Pedagogi Hermeneutik dan Interpretasi ditulis khusus untuk pembaca IPTA, IPTS, Institut Perguruan, penyelidik yang berminat dalam bidang Psikolinguistik, Guru-guru Bahasa dan khalayak yang mencintai bahasa (Penulisan); Psikologi Pendidikan (Proses Kognisi); dan Kaedah Pedagogi Hermeneutik (Kaedah Interpretasi Teks Penulisan).
 

RM20.00
RM25.00

ISBN 978-983-3759-35-4

Psikologi perkembangan ialah ilmu yang mengkaji proses mental dan tingkah laku individu. Penulisan buku ini membincangkan konsep psikologi hinggalah menyentuh perkembangan personaliti selain turut memuatkan perbincangan tentang perkembangan fizikal, kognitif, emosi dan sosial bermula daripada peringkat pranatal hingga tua. Aspek penulisan yang disentuh ini dapat menyediakan pengetahuan asas kepada guru dan bakal guru untuk mengendalikan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Bukan itu sahaja kandungannya juga boleh menjadi bacaan umum kepada pendidik di pusat pengajian tinggi yang berhadapan dengan pelajar dan ibu bapa yang saban hari berhadapan dengan tingkah laku anak-anak di rumah.

RM24.00
RM30.00

ISBN 978-983-3759-83-5

Sesuai bagi yang ingin mengetahu lebuh lanjut pedagogi dan interpretasi bahasa

RM19.20
RM24.00

ISBN 978-967-0480-45-9

Senario Menjalankan Kajian Inkuiri Naratif merupakan garapan pengalaman sebenar penulis sepanjang pengajian di peringkat doktor falsafah. Buku ini ditulis berdasarkan refleksi penulis sewaktu menjalankan kajian inkuiri naturalistik menggunakan kaedah inkuiri naratif.

RM17.50
RM35.00

ISBN 978-967-0480-45-9

GAMIFIKASI DALAM PENDIDIKAN: PEMBELAJARAN BERASASKAN PERMAINAN ialah sebuah karya yang memperkenalkan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang inovatif kepada guru, pensyarah dan ahli akademik Malaysia. Gamifikasi merupakan satu bidang ilmu yang menjadikan aktiviti yang asalnya bukan permainan sebagai suatu aktiviti bermain yang formal. Dengan itu, hasil gamifikasi lazimnya digelar sebagai permainan serius.
 

RM30.40
RM38.00

ISBN 978-967-0480-45-9

Buku ini mengandungi 19 bab. Bab 1: Pengenalan: Ikatan Simbiotik Tiga Dunia yang Indah. Bab 2: Pendidikan Pembinaan Sahsiah dalam Kehidupan Berliku-liku; dilahirkan pada 1934 di Pulau Pinang, dibesarkan, belajar dan mengajar di Kedah dan menjadi Pensyarah di DTC. Bab 3: Melanjutkan Pelajaran ke Universiti Malaya dan Universiti Stanford di Amerika. Bab 4,5,6,7 dan 8 adalah perbincangan tentang karya-karya seterusnya: novel, cerpen, drama dan sajak. Bab 9: Kepakarannya dalam Bahasa Melayu, Bab 10: Memegang jawatan Pengarah ITM dan Naib Canselor UKM. Bab 11: Tugasnya sebagai Naib Canselor UUM. Bab 12,13 dan 14 adalah kehebatan dalam bidang pemikiran, pendidikan nasional dan global. Bab 15,16,17 dan 18 adalah tentang kepimpinannya dalam Pendidikan Negara dan hubungan Persahabatan dan bab 19 adalah kesimpulan. Buku yang menyelusuri tokoh legenda pendidikan negara ini amat bermanfaat kepada para pelajar, guru, pegawai pendidikan, pembuat dasar, pemimpin dan peminat pendidikan negara dan global bagi menghadapi Transformasi dan Wawasan Negara.

RM76.00
RM95.00

ISBN 978-967-0480-61-9

Penulisan yang menyediakan maklumat amat berguna kepada pembaca yang menekuni bidang terjemahan Arab-Melayu. Sesuai dengan perkembangan yang memberangsangkan dalam penyelidikan penterjemahan Arab-Melayu di Malaysia pada masa kini, kelahiran buku ini tepat pada masanya. kandungannya memberi tumpuan khusus kepada aspek kata sendi nama (KSN) bahasa Arab dan perbandingannya dalam bahasa Melayu.

RM9.00
RM30.00

ISBN 978-983-068-590-8

Satu kajian perbandingan sastera moden Indonesia dan Malaysia

RM5.50
RM55.00

ISBN 978-967-0480-30-5

Buku ini mengandungi lima bab iaitu Penilaian dan Pentaksiran, Model Jay dalam Pendidikan Jasmani, Pentaksiran Komprehensif Berdasarkan Model K, Penyeliaan Stor Sukan Berdasarkan Model IMPAK dan Model CIPP dalam Pendidikan Jasmani. Lima objektif utama buku ini adalah (1) membincangkan penilaian dan pentaksiran dalam konteks mata pelajaran Pendidikan Jasmani, (2) memperkenalkan Model JAY sebagai satu instrumen pentaksiran dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani, (3) memperkenalkan Pentaksiran Komprehensif berdasarkan Model K sebagai satu instrumen pentaksiran dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani, (4) memperkenalkan Model IMPAK sebagai satu instrumen penyeliaan stor sukan dan (5) memperkenalkan Model CIPP sebagai satu indtrumen penilaian pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani.

RM14.40
RM36.00

ISBN 978-967-460-211-6

Dalam buku ini, topik dibahagikan kepada bahagian yang ringkas supaya setiap teknik baharu yang anda pelajari tidak begitu menggentarkan. Ketika membaca buku ini, berhenti sejenak, dan semak apa yang anda fahami dengan menyelesaikan soalan latihan sehinggan selesai, dan belajarlah mengikut kemampuan anda sendiri.

RM56.00
RM70.00

ISBN 978-967-0924-72-4

Buku Pembelajaran Teradun: Trend, Isu dan Amalan ini ditulis dan didokumentasikan sebagai satu koleksi karya penulisan staf akademik Jabatan Komputeran dari Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Buku ini ditulis hasil pengalaman dan pengetahuan staf akademik dalam pelbagai konteks yang merangkumi teori, kemahiran dan amalan pembelajaran teradun. Terdapat 10 bab merangkumi tiga bahagian. Buku ini dapat dijadikan panduan dan tatapan bagi para pendidik dan pelajar dalam mengasah ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam kaedah pembelajaran abad ke-21. Semoga dengan kehadiran buku ini, ilmu yang ditimba dan pengalaman yang dilalui dapat dikongsi dan disebarluas untuk kebaikan dan manfaat bersama.

RM24.00
RM30.00

ISBN 978-967-0924-72-4

Buku Bahasa Malaysia dalam KSSR: Peningkatan Kognisi dalam Lisan, Bacaan, Penulisan dan Penaakulan ditulis untuk pelajar dari IPT, IPG dan penyelidik yang berminat dalam bidang Psikolinguistik, Guru-guru Bahasa Malaysia Khususnya guru-guru sekolah rendah yang mengikuti pengajian di peringkat Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Ijazah Sarjana Muda, Sarjana Sastera dan Doktor Falsafah yang mencintai bahasa (Penulisan) dan Psikologi Pendidikan (Kognisi). Buku ini diharapkan menjadi rujukan kepada pembaca yang ingin mendalami cara meningkatkan kognisi dalam kemahiran lisan, bacaan, penulisan dan penaakulan dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia di peringkat Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

RM26.40
RM33.00

Buku ini berkaitan dengan suatu analisis perkembangan penulisan hasil daripada kupasan dan komentar isu-isu seni yang diterbitkan dalam beberapa penerbitan seperti akhbar, majalah buku, katalog pameran sepanjang tahun 1900 hingga 2000.

RM20.00
RM40.00

ISBN 978-967-0924-72-4

Buku Pembelajaran Teradun dalam Sains Sukan ini merupakan panduan asas penggunaan teknologi dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Buku ini dapat membantu pensyarah dan para mahasiswa/i mempraktikkan pelbagai aplikasi secara atas talian seperti MyGuru, Padlet, Whatsapp, Edmodo, Facebook, Blendspace, Google Docs, Twitter, Skype, You Tube, Dropbox, Jing dan sebagainya dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran. Era perkembangan teknologi masa kini sangat mempengaruhi proses pembelajaran dan pengajaran khususnya di institut- institut pengajian tinggi. Pelbagai tugasan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan mudah dan berkesan menggunakan aplikasi-aplikasi atas talian dengan kehadiran atau tanpa kehadiran pensyarah. Setiap bab dalam buku ini memberikan maklumat asas tentang pembelajaran teradun dan cara menggunakan aplikasi atas talian dengan mudah mengikut keperluan sesuatu kursus yang dipelajari. Contoh kaedah pentaksiran dalam pembelajaran teradun juga diperjelaskan dalam buku ini supaya penilaian terhadap aktiviti pembelajaran dapat dilaksanakan secara terus dan berkesan. Keseluruhannya kandungan buku ini akan membantu meningkatkan minat terhadap penggunaan pelbagai aplikasi atas talian bukan sahaja dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran malah dalam kehidupan seharian yang semakin mencabar.

RM20.00
RM25.00

ISBN 978-983-3759-84-2

Koleksi puisi-puisi sains

RM4.40
RM22.00

ISBN 978-983-3759-66-8

Buku ini menghuraikan dengan jelas dan mendalam pendekatan-pendekatan terkini yang merangkumi pendekatan kontekstual, masteri, koperatif, kolaboratif dan konstruktif. Di samping itu penggunaan peta konsep dan peta minda turut dimuatkan untuk menambah keragaman pendekatan yang boleh dipilih guru agar aktiviti di bilik darjah itu lebih menarik dan menyeronokkan pelajar.

RM18.75
RM75.00

ISBN 978-983-3759-80-4

Buku Fonologi Bahasa Iban-Fonologi Jaku Iban ini ditulis bagi memberi pengenalan kepada Fonologi sebagai cabang linguistik. Berdasarkan kaedah mengenal bunyi, fonem dan variasi fonem, bahasa Iban diperkenalkan dengan tunjuk ajar bagaimana penutur boleh membuat analisis sistem bunyinya.

RM15.00
RM30.00

ISBN 978-983-3759-89-7

Buku ini menerangkan bagaimana kaedah pengurusan Masjid yang terbaik.

RM10.00
RM20.00

ISBN 978-967-2163-91-6

Buku Pendidikan Keusahawanan di Institut Pengajian Tinggi ini diilhamkan dan disusun berdasarkan kepakaran, pengalaman dan kajian ketiga-tiga penulis dalam bidang ini. Penulisan ini memberi tumpuan kepada susur galur permulaan, perkembangan, senario dan status semasa pendidikan keusahawanan di Institut Pengajian Tinggi.

RM24.00
RM30.00

ISBN 978-983-068-626-4

Buku ini merupakan rujukan asas atau standard untuk membantu pelajar dalam semua aspek penulisan tugasan, laporan, kertas akhir semester, projek, disertasi atau tesis.
Maklumat dan garis panduan yang jelas tentang format untuk membantu memperbaik penulisan formal anda dapat diperoleh dengan mudah dalam buku ini.
Untuk edisi keempat ini, Penulisan Tugasan & Tesis tergolong dalam genrenya tersendiri yang selama 30 tahun menjadi rujukan klasik dan panduan penulisan bagi para profesional dan pelajar.
Edisi keempat ini dikemas kini secara menyeluruh dengan mengambil kira impak perkembangan teknologi maklumat terhadap penulisan dan penyelidikan.
Bahagian baharu termasuklah penjelasan tentang petikan dan rujukan yang dibuat berdasarkan pelbagai rujukan maklumat dan sumber elektronik, penggunaan enjin pencarian secara berkesan dan cara mengelakkan ralat dalam penulisan.

RM32.00
RM40.00

ISBN 978-967-2159-51-3

Buku ini memberi pendedahan kepada pembaca tentang trend dan isu pendidikan abad ke-21 di Malaysia. Berpandukan 11 anjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM, 2013-2025) dan pembelajaran abad ke-21, setiap isu dikupas agar pembaca jelas dengan senario pendidikan masa kini. Buku ini ditulis oleh penulis yang berpengalaman dan berlatar belakangkan bidang pendidikan. Bahasa yang digunakan dalam buku ini adalah bahasa yang mudah difahami dengan gaya persembahan yang ringkas dan padat bagi meningkatkan tahap kefahaman pembaca dan seterusnya meningkatkan tahap pengetahuan pembaca tentang situasi pendidikan hari ini. Buku ini diharap dapat menjadi rujukan utama, khususnya kepada warga pelajar, pendidik serta pembaca yang ingin memahami trend dan isu pendidikan yang berlaku di Malaysia di abad ke-21.

RM24.00
RM30.00

ISBN 978-967-2163-25-1

Buku ini merupakan rujukan yang perlu dimiliki oleh guru-guru, para pelajar dan individu-individu yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu khususnya. Kandungan buku ini mendedahkan pengetahuan ilmu linguistik dan aplikasinya dalam PdPc Bahasa Melayu. Organisasi bab yang tersusun dan pengolahan huraiannya secara deskriptif membolehkan buku ini dapat dijadikan sebagai bahan terpilih dari sudut perbincangan teori dan amali. Buku ini juga diharapkan dapat memberikan sumbangan besar dalam melahirkan pada pendidik Bahasa Melayu yang profesional, berilmu dan berkepakaran dalam bidang. Deskripsi pengetahuan yang dipersembahkan dalam buku ini dapat membantu dan menjadi panduan kepada pembaca dalam memahami serta memanfaatkan ilmu linguistik bagi menghasilkan pendidikan berkualiti.

RM20.00
RM25.00

ISBN 978-967-0480-21-3

Buku ini menyediakan perbincangan yang berfokuskan kepada worldview dan pemikiran intelektualisme pengarang dalam proses pembinaan peradaban negara bangsa.

RM24.00
RM30.00

ISBN 978-967-2163-58-9

Buku ini menghimpunkan pelbagai topik yang berkaitan dengan teater dan drama termasuk juga dalam konteks drama dalam pendidikan. Buku Drama dan Teater dalam Pendidikan: Pengertian, Teori dan Amalan ini juga berkisarkan tentang sejarah perkembangan drama Melayu di Malaysia dan juga pengenalan mengenai teori-teori teater barat. Dalam konteks pendidikan abad ke-21, ternyata buku ini dapat memperkayakan konsep kemahiran mengajar iaitu dengan menggabungkan kemahiran holistik dan kemahiran kreatif.

RM28.00
RM35.00

ISBN 978-967-0480-79-4

The efficiency and productivity of the higher education sector play crucial roles in the development and growth of a nation, both as a major source of human capital and as a main driver of the knowledge economy. During the last decade, the Malaysian government has placed greater emphasis on productivity improvement in the public higher education sector as means of promoting the development of quality human capital. This sector has undergone some fundamental changes, which have led to its rapid expansion. This book employed Data Envelopment Analysis (DEA), Malmquist Productivity Index (MPI) and Hicks-Moorsteen Index (HMI) which are non-parametric approaches to analyse the efficiency and productivity changes of Malaysian public higher education institution from the year 2006 to 2009.

RM20.80
RM26.00

ISBN 978-967-0480-13-8

Penyair adalah manusia luhur dan lahir sedari mula puisi moden dicipta hinggalah abad ke-21 ini. Segala peristiwa yang disuarakan adalah yang sebenarnya terjadi daripada pemikiran logik dan telah diungkapkan dengan penuh kreativiti daripada pemikiran lateral mereka.

RM26.00
RM52.00

ISBN 983-2620-48-1

Buku kecil ini menyusuri sejarah dan pengalaman yang dilalui oleh puisi Melayu moden di negara ini bermula pada awal pertumbuhan dan perkembangannya hingga ke tahun-tahun awal abad ke-21 bagi melengkapkan sebahagian daripada keperluan usaha tersebut.

RM7.50
RM25.00

ISBN 978-967-0924-69-4

Buku ini bertujuan memberikan pengetahuan yang perlu diketahui, kemahiran, dan strategi kepada pendidik dan ibu bapa bagi memupuk kemahiran berfikir, dan yang lebih penting kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan pelajar dan kanak-kanak.

RM52.00
RM65.00

ISBN 978-967-460-172-0

This book was made possible through the Exploratory Research Grant Scheme (ERGS) awarded by the Ministry of Higher Education, Malaysia from July 2012 to July 2012 to July 2014. We are indeed grateful to the Ministry for supporting this research project and enabling the documentation of the Orang Aslis folktales, which that embody their cultural aesthetics, worldview and wisdom.

RM28.00
RM35.00

ISBN 978-967-2163-63-3

Buku Konseptualisasi Kes Berdasarkan Pengertian, Teori dan Amalan ini merupakan bahan ilmiah yang boleh dijadikan panduan kepada ahli psikologi, ahli psikologi klinikal, kaunselor, kaunselor pelatih serta individu yang terlibat dalam proses mendalami kes klien berdasarkan penilaian klinikal dan perspektif teoritikal yang dipilih. Kecekapan kaunselor dalam mengkonseptualisasikan masalah klien dan memformulasikan pengalaman serta isu yang dialami oleh klien dengan lebih bermakna dapat membantu klien untuk lebih memahami isu yang dialami. Dengan adanya teoretikal orientasi sebagai peta kepada kaunselor, kefahaman tentang isu yang dialami oleh klien, punca masalah klien serta intervensi yang sesuai bagi klien untuk mengatasi masalahnya dapat dicapai. Melalui kes konseptualisasi dan formulasi kes yang tepat ini boleh membantu kaunselor dan klien mencapai persefahaman tentang permasalahan yang dihadapi oleh klien, seterusnya perancangan intervensi dapat dibuat secara berkesan.
 

RM36.00
RM45.00