NIKMATI DISKAUN HEBAT DARI 20% SEHINGGA 95% BAGI BUKU TERPILIH.
Sign Up Now and Get RM5.00 Voucher
Bestsellers
Sort by
Show result

ISBN 978-983-3759-80-4

Buku Fonologi Bahasa Iban-Fonologi Jaku Iban ini ditulis bagi memberi pengenalan kepada Fonologi sebagai cabang linguistik. Berdasarkan kaedah mengenal bunyi, fonem dan variasi fonem, bahasa Iban diperkenalkan dengan tunjuk ajar bagaimana penutur boleh membuat analisis sistem bunyinya.

RM15.00
RM30.00

ISBN 978-983-3759-89-7

Buku ini menerangkan bagaimana kaedah pengurusan Masjid yang terbaik.

RM10.00
RM20.00

ISBN 978-967-2163-91-6

Buku Pendidikan Keusahawanan di Institut Pengajian Tinggi ini diilhamkan dan disusun berdasarkan kepakaran, pengalaman dan kajian ketiga-tiga penulis dalam bidang ini. Penulisan ini memberi tumpuan kepada susur galur permulaan, perkembangan, senario dan status semasa pendidikan keusahawanan di Institut Pengajian Tinggi.

RM24.00
RM30.00

ISBN 978-983-068-626-4

Buku ini merupakan rujukan asas atau standard untuk membantu pelajar dalam semua aspek penulisan tugasan, laporan, kertas akhir semester, projek, disertasi atau tesis.
Maklumat dan garis panduan yang jelas tentang format untuk membantu memperbaik penulisan formal anda dapat diperoleh dengan mudah dalam buku ini.
Untuk edisi keempat ini, Penulisan Tugasan & Tesis tergolong dalam genrenya tersendiri yang selama 30 tahun menjadi rujukan klasik dan panduan penulisan bagi para profesional dan pelajar.
Edisi keempat ini dikemas kini secara menyeluruh dengan mengambil kira impak perkembangan teknologi maklumat terhadap penulisan dan penyelidikan.
Bahagian baharu termasuklah penjelasan tentang petikan dan rujukan yang dibuat berdasarkan pelbagai rujukan maklumat dan sumber elektronik, penggunaan enjin pencarian secara berkesan dan cara mengelakkan ralat dalam penulisan.

RM32.00
RM40.00

ISBN 978-967-2159-51-3

Buku ini memberi pendedahan kepada pembaca tentang trend dan isu pendidikan abad ke-21 di Malaysia. Berpandukan 11 anjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM, 2013-2025) dan pembelajaran abad ke-21, setiap isu dikupas agar pembaca jelas dengan senario pendidikan masa kini. Buku ini ditulis oleh penulis yang berpengalaman dan berlatar belakangkan bidang pendidikan. Bahasa yang digunakan dalam buku ini adalah bahasa yang mudah difahami dengan gaya persembahan yang ringkas dan padat bagi meningkatkan tahap kefahaman pembaca dan seterusnya meningkatkan tahap pengetahuan pembaca tentang situasi pendidikan hari ini. Buku ini diharap dapat menjadi rujukan utama, khususnya kepada warga pelajar, pendidik serta pembaca yang ingin memahami trend dan isu pendidikan yang berlaku di Malaysia di abad ke-21.

RM24.00
RM30.00

ISBN 978-967-2163-25-1

Buku ini merupakan rujukan yang perlu dimiliki oleh guru-guru, para pelajar dan individu-individu yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu khususnya. Kandungan buku ini mendedahkan pengetahuan ilmu linguistik dan aplikasinya dalam PdPc Bahasa Melayu. Organisasi bab yang tersusun dan pengolahan huraiannya secara deskriptif membolehkan buku ini dapat dijadikan sebagai bahan terpilih dari sudut perbincangan teori dan amali. Buku ini juga diharapkan dapat memberikan sumbangan besar dalam melahirkan pada pendidik Bahasa Melayu yang profesional, berilmu dan berkepakaran dalam bidang. Deskripsi pengetahuan yang dipersembahkan dalam buku ini dapat membantu dan menjadi panduan kepada pembaca dalam memahami serta memanfaatkan ilmu linguistik bagi menghasilkan pendidikan berkualiti.

RM20.00
RM25.00

ISBN 978-967-0480-21-3

Buku ini menyediakan perbincangan yang berfokuskan kepada worldview dan pemikiran intelektualisme pengarang dalam proses pembinaan peradaban negara bangsa.

RM24.00
RM30.00

ISBN 978-967-2163-58-9

Buku ini menghimpunkan pelbagai topik yang berkaitan dengan teater dan drama termasuk juga dalam konteks drama dalam pendidikan. Buku Drama dan Teater dalam Pendidikan: Pengertian, Teori dan Amalan ini juga berkisarkan tentang sejarah perkembangan drama Melayu di Malaysia dan juga pengenalan mengenai teori-teori teater barat. Dalam konteks pendidikan abad ke-21, ternyata buku ini dapat memperkayakan konsep kemahiran mengajar iaitu dengan menggabungkan kemahiran holistik dan kemahiran kreatif.

RM28.00
RM35.00

ISBN 978-967-0480-79-4

The efficiency and productivity of the higher education sector play crucial roles in the development and growth of a nation, both as a major source of human capital and as a main driver of the knowledge economy. During the last decade, the Malaysian government has placed greater emphasis on productivity improvement in the public higher education sector as means of promoting the development of quality human capital. This sector has undergone some fundamental changes, which have led to its rapid expansion. This book employed Data Envelopment Analysis (DEA), Malmquist Productivity Index (MPI) and Hicks-Moorsteen Index (HMI) which are non-parametric approaches to analyse the efficiency and productivity changes of Malaysian public higher education institution from the year 2006 to 2009.

RM20.80
RM26.00

ISBN 978-967-0480-13-8

Penyair adalah manusia luhur dan lahir sedari mula puisi moden dicipta hinggalah abad ke-21 ini. Segala peristiwa yang disuarakan adalah yang sebenarnya terjadi daripada pemikiran logik dan telah diungkapkan dengan penuh kreativiti daripada pemikiran lateral mereka.

RM26.00
RM52.00

ISBN 983-2620-48-1

Buku kecil ini menyusuri sejarah dan pengalaman yang dilalui oleh puisi Melayu moden di negara ini bermula pada awal pertumbuhan dan perkembangannya hingga ke tahun-tahun awal abad ke-21 bagi melengkapkan sebahagian daripada keperluan usaha tersebut.

RM7.50
RM25.00

ISBN 978-967-0924-69-4

Buku ini bertujuan memberikan pengetahuan yang perlu diketahui, kemahiran, dan strategi kepada pendidik dan ibu bapa bagi memupuk kemahiran berfikir, dan yang lebih penting kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan pelajar dan kanak-kanak.

RM52.00
RM65.00

ISBN 978-967-460-172-0

This book was made possible through the Exploratory Research Grant Scheme (ERGS) awarded by the Ministry of Higher Education, Malaysia from July 2012 to July 2012 to July 2014. We are indeed grateful to the Ministry for supporting this research project and enabling the documentation of the Orang Aslis folktales, which that embody their cultural aesthetics, worldview and wisdom.

RM28.00
RM35.00

ISBN 978-967-2163-63-3

Buku Konseptualisasi Kes Berdasarkan Pengertian, Teori dan Amalan ini merupakan bahan ilmiah yang boleh dijadikan panduan kepada ahli psikologi, ahli psikologi klinikal, kaunselor, kaunselor pelatih serta individu yang terlibat dalam proses mendalami kes klien berdasarkan penilaian klinikal dan perspektif teoritikal yang dipilih. Kecekapan kaunselor dalam mengkonseptualisasikan masalah klien dan memformulasikan pengalaman serta isu yang dialami oleh klien dengan lebih bermakna dapat membantu klien untuk lebih memahami isu yang dialami. Dengan adanya teoretikal orientasi sebagai peta kepada kaunselor, kefahaman tentang isu yang dialami oleh klien, punca masalah klien serta intervensi yang sesuai bagi klien untuk mengatasi masalahnya dapat dicapai. Melalui kes konseptualisasi dan formulasi kes yang tepat ini boleh membantu kaunselor dan klien mencapai persefahaman tentang permasalahan yang dihadapi oleh klien, seterusnya perancangan intervensi dapat dibuat secara berkesan.
 

RM36.00
RM45.00