NIKMATI DISKAUN HEBAT DARI 20% SEHINGGA 95% BAGI BUKU TERPILIH.
Sign Up Now and Get RM5.00 Voucher
Bestsellers
Sort by
Show result

ISBN 978-967-2159-19-3

Penulisan Teknik Asas Penyelidikan dalam Makmal Bioteknologi mencakupi sejarah bioteknologi, teknik dan prinsip asas yang diaplikasikan dalam penyelidikan bioteknologi seperti pengekstrakan, pemisahan dan pengesanan biomolekul serta pengkulturan sel. Selain teknik asas ini aspek keselamatan makmal, reagen dan bahan-bahan kimia serta instrumen yang digunakan dalam penyelidikan bioteknologi turut disentuh. Kefahaman ini akan membantu penyelidik dan menjadi panduan penting kepada para pelajar atau sesiapa sahaja yang berminat dalam memahami dan mempraktikkan teknik bioteknologi dalam penyelidikan demi menjamin kelestarian sumber asli yang dinikmati kini.

RM28.80
RM36.00

ISBN 978-983-3759-82-8

Keindahan seni tulisan Islam semakin popular. Pelbagai jenis tulisan khat boleh digunakan dan dipelajari dalam menghasilkan seni khat yang estetik ini. Khat dan Pena: Persepsi dan Penerimaan Masyarakat dihasilkan bukan sahaja membahaskan sejarah pertumbuhan dan perkembangan seni khat dalam tamadun Islam dah senarionya dalam masyarakat Muslim semasa, malah memberikan adunan pelbagai jenis dan penggunaan mata pena dalam menghasilkan tulisan dan reka bentuk khat yang berseni. Pemaparan beberapa tokoh seni ini turut memberikan input dan rujukan kepada pengamal, pengkaji, pelajar-pelajar yang mengikut kursus kemahiran Tulisan Jawi dan Seni Khat di sekolah dan institut pengajian tinggi, dan mereka yang baru berjinak-jinak dan meminati seni penulisan Islam ini.

RM6.90
RM23.00

ISBN 978-967-2159-19-3

In view of its importance and significance, statistical literacy has stirred a lot of research interest since its inception two decades ago. Research on statistical literacy has encompassed different levels of statistics education besides considering different disciplines of studies and various aspects of statistics education. Statistical literacy requires integration of statistical knowledge into the real-life settings within which the statistical questions arise. A statistically literate person should have the skills and the confidence to work with data in an analytical and critical manner so that the data can be of some substantial use to others. This book is divided into three parts. The first part discusses statistical literacy and assessment. The second part discusses inferential statistics and assessment constructs while the third part discusses statistics instructions and curriculum. In short, this book contains the three important facets of education which are assessment, instruction and curriculum. The contents of this book will most importantly provide readers with the important developments in statistics education worldwide. The chapters in this book provide readers with a wealth of knowledge concerning pedagogical and assessment issues pertaining to goals of statistics education.

RM28.00
RM35.00

ISBN 978-967-2163-55-8

Intervensi awal merupakan langkah awal untuk mencegah sesuatu ketidakupayaan menjadi lebih teruk. Ketidakupayaan boleh berlaku secarakongrnital atau diperoleh selepas dilahirkan, semasa membesar dari peringkat kanak-kanak hingga dewasa. Oleh yang demikian, intervensi awal boleh berlaku bila-bila masa. Penggunaan istilah intervensi bergantung kepada sesebuah negara dan falsafah pendidikan khas negara berkenaan. Walau bagaimanapun, buku ini memfokuskan kepada ketidakupayaan kanak-kanak di bawah sembilan tahun. Ini kerana ada golongan kanak-kanak contohnya, kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang hanya disedari tidakboleh membcaca dan menulis apabila mereka sudah pun berumur sembilan tahun. Memandangkan keadaan ini, penulis berkongsi ilmu tentang intervensi awal dari lahirhingga sembilan tahun. Maklumat dalam buku ini boleh digunakan oleh ibu bapa, guru arus perdana, guru pendidikan khas, bakal guru dan sesiapa yang berminat dapat maklumat tentang kanak-kanak ketidakupayaan.

RM28.00
RM35.00

ISBN 978-967-0480-31-2

Designed in step-by step manner, Reading Skills: Back to Basic aims to equip the students with crucial reading skills that will enable students to comprehend reading texts better. the fun and stimulating materials in Reading Skills: Back to Basic endeavour to encourage students to become active participants in the reading process and also, to keep them interested. The reading strategies provided in Reading Skills: Back to Back can be applied across academic disciplines and student's competence levels.

RM7.50
RM25.00

ISBN 978-967-2159-13-1

Pendekatan kajian secara empirikal merupakan salah satu cara yang boleh digunakan oleh ahli akademik dalam usaha untuk memahami situasi ekonomi semasa. Justeru, buku Kajian Empirikal Ekonomi Alaf 21 merupakan salah satu usaha ahli akademik dalam bidang ekonomi untuk mengupas isu-isu semasa berkaitan dengan pelbagai bidang ekonomi melalui penggunaan data-data sekunder dan primer. Buku ini mengandungi sebelas bab kesemuanya. Isu-isu yang dibincangkan dalam setiap bab dalam buku ini, telah disokong dengan kajian-kajian yang sama oleh para pengkaji yang terdahulu bagi memperkukuhkan lagi dapatan kajian yang ditemui.

RM28.00
RM35.00

ISBN 978-967-2159-13-1

Secara umumnya buku ini disusun berdasarkan keperluan semasa masyarakat memahami akhlak mulia secara menyeluruh merangkumi pelbagai aspek. Bagi membentuk ummah yang sejahtera, saling hormat menghormati dan tolong-menolong antara satu sama lain adalah pra syarat membentuk sebuah negara yang aman sejahtera. Justeru, untuk mencapai matlamat tersebut masyarakat dituntut melaksanakan akhlak mulia dalam kehidupan seharian. Perbincangan tentang akhlak mulia dalam kehidupan manusia sangat luas meliputi aspek berakhlak mulia terhadap diri sendiri, berakhlak mulia dalam masyarakat, berakhlak mulia terhadap alam sekitar, berakhlak mulia terhadap melalui aktiviti sosial, berakhlak mulia terhadap keluarga dan berakhlak mulia dalam konteks kenegaraan. Oleh itu, perlu ada panduan dan bimbingan kepada seluruh umat Islam dan bukan Islam agar memahami konsep akhlak dan mengaplikasi pengamalan akhlak mulia dalam masyarakat secara jelas dan berkesan. Buku ini sesuai dibaca oleh para ibu bapa dan guru, pentadbir dan pemimpin politik serta seluruh umat Islam yang cintakan akhlak Rasulullah SAW untuk mempelajari dan mendalami akhlak mulia. Diharap paparan konsep dan aplikasi akhlak mulia dalam buku ini dapat dikongsi dan dimanfaatkan secara bersama.

RM30.40
RM38.00

ISBN 978-967-0924-23-6

Himpunan Cerita Rakyat Kadazandusun ini merupakan koleksi khazanah sastera rakyat yang mengandungi dua puluh tiga buah cerita yang dikumpulkan daripada pelbagai subetnik keluarga Kadazandusun. Cerita rakyat ini terdiri daripada cerita binatang, mitos, asal-usul, dan penglipur lara. Ia didokumenkan dalam bentuk dwibahasa iaitu Bahasa Kadazandusun dengan mengekalkan dialek-dialek Liwan, Bundu, Dusun Labuk, Dusun Sungai dan Kimaragang dan Bahasa Melayu untuk memudahkan semua kaum di Malaysia memahami kandungan ceritanya.
 

RM30.40
RM38.00

ISBN 978-967-0924-96-0

Buku ini menghuraikan gambaran mengenai kewujudan suatu peruntukan khusus berhubung dengan bentuk pemilikan tanah bagi masyarakat Melayu di Semenanjung Malaysia. Bermula dengan sistem pemilikan tanah tradisional yang telah wujud sebelum kedatangan kuasa-kuasa imperialis Barat ke Alam Melayu yang antaranya ialah Sistem Pemilikan Adat Perpatih yang digunakan di Melaka dan Negeri Sembilan. Sistem pemilikan adat Melayu pertama kalinya diperkenalkan oleh Pentadbiran British di Negeri-negeri Selat bermula dengan pengenalan Ordinan Pemilikan Tanah Adat Melaka pada tahun 1886. Tanah Simpanan Melayu merupakan suatu pemilikan tanah khusus yang pada mulanya diperkenalkan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1913 dan seterusnya diperluaskan ke negeri-negeri Melayu yang lain selepas Perjanjian Bangkok ditandatangani antara Britain dan Siam pada tahun 1909. Kewujudan peruntukan Tanah Rizab Melayu bermatlamat untuk melindungi hak dan kepentingan tanah bagi komuniti Melayu yang merupakan penduduk asal di Semenanjung Tanah Melayu. Sejajar dengan perkembangan revolusi perindustrian di Britain pada abad ke-19 serta kekayaan sumber asli di Tanah Melayu telah menarik minat golongan kapitalis Eropah dan China untuk mengeksploitasi sumber yang terdapat di Tanah Melayu melalui pembelian tanah-tanah yang dibuka oleh komuniti tradisional Melayu. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh semua peringkat masyarakat di Malaysia bagi mengembalikan semula nisbah Tanah Simpanan Melayu sebagaimana yang termaktub di dalam 7 Wasiat Raja-raja Melayu yang telah dipersetujui oleh Majlis Raja-raja Melayu pada tahun 1957. Namun, masih lagi terdapat pendekatan atau kaedah dalam menangani isu kehilangan dan penyusutan Tanah Simpanan Melayu di mana faktor pasaran terhad menjadi alasan utama dalam membangunkan tanah tersebut. Oleh itu, buku ini turut mengupas dan mengetengahkan kaedah-kaedah terbaik dalam memastikan tanah pusaka tinggalan Melayu ini boleh bersaing dan berdaya maju selaras dengan kehendak dan keperluan pembangunan negara di era milenium.

RM28.00
RM35.00

ISBN 978-983-3759-91-0

RM17.60
RM22.00

ISBN 978-967-2163-64-0

Buku Aktiviti Pengajaran dan Pemudahcara (PdPc) melalui Kaedah Pembelajaran Koperatif adalah sebuah buku yang memaparkan aktiviti semasa proses pengajaran dan pemudahcara (PdPc) melalui kaedah pembelajaran koperatif. Diharapkan buku ini dapat menyumbang satu bahan ke arah pembelajaran era sekarang yang lebih kepada kemenjadian pelajar, fokusnya banyak penglibatan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Jadi buku ini sebagai bahan bantu mengajar serta bahan rujukan kepada bakal guru dan guru dalam mengaplikasikan pendekatan pengajaran koperatif yang amat ditekankan dalam sistem pendidikan sekarang. Buku ini sesuai untuk semua pendidik dan bakal pendidik dalam melatih pendidik menjadikan aktiviti dalam kelas lebih menyeronokkan dan kemenjadian pelajar dapat direalisasikan

RM20.00
RM25.00

ISBN 978-967-2159-19-3

Aktiviti rekreasi dan pendidikan luar semakin mendapat sambutan hangat di seluruh dunia pada masa kini. Selain menjadi medium pembinaan jati diri, bidang rekreasi dan pendidikan luar juga dilaksanakan sebagai wadah untuk membina semangat sepasukan, menerapkan nilai-nilai murni, membentuk daya kepimpinan, menanamkan amalan mesra alam dan kemahiran pengurusan risiko. Pembinaan semua nilai murni ini perlulahdisokong oleh pengetahuan kukuh jurulatih tentang pelbagai teori dan model yangterdapat dalam bidang rekreasi dan pendidikan luar. Malangnya, sehingga hari ini, rujukan berkaitan teori dan model dalam pendidikan luar adalah amat terhad. Akibatnya berlaku ketidakseimbangan terhadap perlaksanaan aktiviti rekreasi dan pendidikan luar yang dilihat terlalu berfokuskan kemahiran sehingga mengenepikan nilai-nilai murni yang sepatutnya diterapkan dalam aktiviti tersebut. Buku ini boleh dijadikan panduan dan pegangan oleh jurulatih, guru, pengurus program dan semua yang terlibat dalam aktiviti rekreasi dan pendidikan luar untuk menerapkan nilai-nilai murni yang sepatutnya wujud semasa aktiviti dijalankan.

RM20.80
RM26.00

ISBN 978-967-0924-36-6

Transformasi Pendidikan Murid Kurang Upaya menjelaskan pelbagai persoalan berkaitan dengan transformasi pendidikan untuk murid kurang upaya. Kategori murid kurang upaya yang dihuraikan dalam buku ini adalah berkait dengan kurang upaya pendengaran, penglihatan, pertuturan, fizikal, masalah pembelajaran dan kombinasi kedua-dua ketidakupayaan atau ketidakupayaan dengan masalah pembelajaran. Keistimewaan buku ini adalah kerana isi kandungan buku meninjau sejarah perkembangan pendidikan murid kurang upaya sejak tahun 1920-an sehingga 2015. Isu-isu transformasi pendidikan murid kurang upaya meliputi aspek penawaran pendidikan khas, pelan pendidikan yang disediakan , pelaksanaan program pendidikan khas, perkembangan teknologi dalam pendidikan murid kurang upaya, sokongan komuniti, hala tuju masa depan pendidikan murid kurang upaya dan bagaimana terhasilnya generasi alaf baru murid kurang upaya di Malaysia. Berdasarkan pengalaman penulis dalam bidang pendidikan murid kurang upaya sebagai guru, pensyarah, penyelidik, dan penulis, isu-isu kependidikan dan pentransformasian pendidikan untuk murid kurang upaya diolah dengan terperinci untuk menjadi bahan rujukan pelbagai pihak.
 

RM28.00
RM35.00

ISBN 978-967-0521-95-4

As its main theme, the book presents Malaysian smart school research from a qualitative perspective. Such a view reveals insights into how smart school teaching and learning was done, at the ground level in a diversified perspectives rather than consensual. Along the way, the book presents three case studies of smart school trained teachers in action. These cases are presented in the form of vignettes which provide more details about individual studies than the standard citations often found in other texts. Moreover, the studies came from an in-depth studies conducted as part of postgraduate requirement. The numerous examples also convey the breadth of qualitative research conducted. This book examines two topics (smart school pedagogy in one case and smart school administration in the other) intended to appeal to all readers especially educators who have experienced the two environments.
 

RM28.00
RM35.00

ISBN 978-967-0892-89-4

About this book : This book was made possible through the Exploratory Research Grant Scheme (ERGS) awarded by the Ministry of Higher Education, Malaysia from July 2012 to July 2012 to July 2014. We are indeed grateful to the Ministry for supporting this research project and enabling the documentation of the Orang Aslis folktales, which that embody their cultural aesthetics, worldview and wisdom. We also express our appreciation to Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) for encouraging the extension of knowledge and sustainability of cultural heritage through research, publication, and commercialisation.

RM28.00
RM35.00

ISBN 983-2620-98-8

Himpunan penulisan ilmiah terpilih daripada penyelidik dan pensyarah yang berkaitan dengan bidang kepakaran masing-masing. Penulisan menyentuh dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual, kepentingan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual, membincangkan nilai-nilai estetika, aspek kreativiti, kritikan dan apresiasi, seni dan emosi, adunan warna, dan seni kraf dalam Pendidikan Seni Visual itu.

RM3.75
RM25.00

ISBN 978-967-0480-09-1

ESTETIKA SENI VISUAL adalah kumpulan komentar penulis isu-isu semasa yang berkaitan dengan seni dan pendidikan seni. Komentar yang diberikan itu juga ada yang berdasarkan kepada ulasan dan laporan daripada penulisan beberapa penerbitan seperti artikel akhbar, majalah, buku, katalog pameran dan sebagainya. Komentar melibatkan aspek penilaian estatika, seni dan pemikiran dan bagaimana seni visual ini menjadi pencetus minda kreatif dan estetik.

RM20.00
RM25.00

ISBN 978-967-0924-37-3

Firman Allah SWT yang bermaksud "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan Kamilah juga yang memeliharanya" (al-Nahl:9). Ayat ini jelas menunjukkan mengenai jaminan Allah SWT terhadap kitab suci al-Quran daripada sebarang perubahan, penyelewengan dan kehilangan sehingga ke hari kiamat. Amanah ini dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT kepada hambanya dengan memilih sebahagian daripada mereka untuk menghafaz keseluruhan al-Quran, selain menganugerahkan kepada sebahagian yang lain dengan ilmu dan kemahiran yang boleh menjadikan al-Quran itu dapat dibaca dengan betul dan bertepatan sebagaimana ia diturunkan.

RM24.00
RM30.00

ISBN 978-967-2163-44-2

Buku ini mengandungi 9 bab yang menrangkumi asas pengetahuan dan prinsip dalam topik-topik biologi seperti organisasi fizikal dan kimia organisma hidup, struktur dan fungsi sel, metabolisme, genetik dan molekul, aspek molekul dalam perkembangan dan pembiakan, dan kejuruteraan genetik. Kandungan buku ini disusun dengan sistematik supaya lebih mudah difahami. Setiap bab dilengkapi dengan rajah, jadual dan carta alir bagi menambahkan kefahaman pelajar tentang sesuatu konsep sel Biologi. Buku ini khususnya ditulis untuk para pelajar yang mengikuti program Diploma di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Walau bagaimanapun, pelajar-pelajar pengikuti mata pelajaran Biologi pada peringkat STPM dan yang mengikuti program Matrikulasi di institusi dan pusat pengajian tinggi lain boleh juga menggunakannya sebagai bahan rujukan. Buku adalah berpandukan kepada Rancangan Instruksional Kursus SBU1013 World of Cell yang diambil oleh pelajar-pelajar mengikut program Diploma di UPSI.

RM28.00
RM35.00

ISBN 978-967-2163-60-2

Buku Coding di Sekolah: Panduan untuk Guru dan Pelajar merupakan sebuah buku yang menterjemahkan hasil penyelidikan, pengalaman mengajar serta kajian literatur menjadi suatu panduan sistematik bagi guru dan pelajar dalam membina kemahiran pengaturcaraan. Di samping kemahiran mengajar dan belajar, kompetensi merupakan aspek terpenting dalam menentukan kejayaan pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan dengan itu, buku ini ditulis dengan pendekatan yang mudah dan menyeluruh bagi membantu guru dan pelajar meningkatkan kompetensi mereka terhadap bidang coding atau pengaturcaraan. Kemahiran pengaturcaraan adalah keperluan mendesak negara bagi menempuh cabaran menjadi negara pengeluar pada masa hadapan. Oleh itu, pendedahan terhadap pengaturcaraan telah dilakukan terhadap pelajar-pelajar di peringkat sekolah lagi. Kurangnya bahan-bahan rujukan yang membincangkan topik pengaturcaraan secara sistematik dan menyeluruh, khususnya bagi pelajar merupakan suatu kekangan. Hadirnya buku ini dengan penulisan dalam Bahasa Melayu akan dapat membantu mengatasi kekurangan ini. Dengan itu, buku ini harus dimiliki oleh guru-guru dan pelajar-pelajar yang ingin meningkatkan lagi pemahaman dan kemahiran terhadap dunia pengaturcaraan

RM28.00
RM35.00

ISBN 978-967-0480-10-7

Buku Morfologi Bahasa Iban - Morfologi Jaku Iban ini ditulis sebagai susulan buku Fonologi Bahasa Iban-Fonologi Jaku Iban. Tujuan penulisan buku ini adalah untuk memberi asas ilmu Morfologi Bahasa Iban. Diharapkan buku ini dapat menjelaskan proses-proses morfologi yang berlaku serta jenis-jenis kata yang dihasilkan dalam penerangan proses-proses berkenaan.
 

RM15.00
RM30.00

ISBN 978-967-2163-59-6

Strategic Components in Small & Medium Enterprises is a book for two target groups. The first group is for students studying business administration; both at undergraduate and postgraduate levels where it is meant to be used as a capstone course after the students have been exposed to the various functional areas of management. The second group is for readers and practitioners who seek essential knowledge on strategic management. The book can help to understand the right strategy components in SMEs and overcome the challenges in implementing strategic behaviour. This book focuses on business social responsibilities at corporate level strategies needed to achieve the work strategy and performance in SMEs. Covering nine chapters, the book covers topic such as an introduction to Global SME Business, Theoretical Perspectives, SMEs Performance, BSR Commitment, Trust, Perceived Ethics, Organizational Culture, Research Model of BSR and Strategic Implications for SMEs. It explains the strategic implications for the managers and policy makers to see the issues of moral or ethics and social conduct through the perspective of smaller firms as a method for making suitable and competitive.

RM20.00
RM25.00

ISBN 978-967-0480-43-5

Pematauan Prestasi dan Penyelidikan dalam Latihan Kekuatan dan Suaian Fizikal memberikan pengenalan dan konsep asas kaedah penyelidikan dalam suaian fizikal bagi kegunaan pelajar institusi pengajian tinggi, jurulatih, penyelidik, dan ahli akademik yang berkaitan. Buku ini sesuai untuk bacaan umum bagi yang berminat mengetahui konsep penyelidikan dan penggunaannya dalam proses pemantauan prestasi atlet yang disandarkan kepada kaedah saintifik. Maklumat yang diberikan di dalam buku ini diharap dapat merapatkan jurang di antara kajian saintifik dan aplikasi sebenar dalam latihan suaian fizikal.
 

RM24.00
RM30.00

ISBN 978-967-460-171-3

About this book : This book was made possible through the Exploratory Research Grant Scheme (ERGS) awarded by the Ministry of Higher Education, Malaysia from July 2012 to July 2012 to July 2014. We are indeed grateful to the Ministry for supporting this research project and enabling the documentation of the Orang Aslis folktales, which that embody their cultural aesthetics, worldview and wisdom. We also express our appreciation to Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) for encouraging the extension of knowledge and sustainability of cultural heritage through research, publication, and commercialisation.

RM28.00
RM35.00

ISBN 978-983-3759-65-1

Buku ini akan membantu pelajar memahami dengan lebih mendalam prinsip-prinsip teori kebarangkalian. Bab-bab dalam buku ini merangkumi konsep kebarangkalian, pemboleh ubah rawak, pemboleh ubah rawak diskret dan fungsi kebarangkalian, pemboleh ubah rawak selanjar dan fungsi ketumpatan kebarangkalian, taburan kebarangkalian, jangkaan dan teori anggaran, fungsi penjana kebarangkalian, fungsi penjana momen, taburan seragam, taburan normal, penghampiran normal binomial dan Poisson, taburan t, taburan khi-kuasa dua, dan taburan F. Buku ini direka untuk pelajar-pelajar dalam pelbagai bidang statistik, matematik, sains, kejuruteraan dan pengurusan.

RM5.40
RM36.00

ISBN 978-967-0924-52-6

Buku Kaedah Hermeneutik: Kaedah Interpretasi Teks Secara Kualitatif julung kali dikarang di Malaysia, sesuai dijadikan panduan berguna kepada para mahasiswa di IPTA dan IPTS yang berminat untuk menguasai kaedah kualitatif dalam menulis dan menyiapkan laporan ilmiah, laporan projek, disertasi dan tesis di peringkat pengajian Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah.
 

RM21.60
RM27.00

ISBN 978-983-3759-78-1

Berkaitan aktiviti pendidikan luar

RM19.20
RM24.00

ISBN 978-967-2163-08-4

Buku Multimedia dan Perisian Pendidikan: Panduan Praktikal Reka Bentuk dan Penyelidikan merupakan sebuah buku yang merumuskan hasil serta pengalaman penyelidikan berkaitan multimedia dan perisian pendidikan sebagai panduan untuk penyelidik dan pembangun bahan instruksi berasaskan multimedia. Buku ini merangkumi pelbagai konteks penulisan yang merangkumi lontaran idea, laporan penyelidikan, tinjauan perpustakaan dan panduan langkah demi langkah. Tajuk ini dipilih memandangkan perisian pendidikan merupakan eleman penting dalam perkembangan teknologi instruksi semasa. Buku ini memuatkan sepuluh bab yang membincangkan pelbagai aspek reka bentuk dan penyelidikan berkaitan multimedia dan perisian pendidikan. Amat sesuai dijadikan bahan rujukan oleh para pendidik dan pelajar dalam meningkatkan pengetahuan berkaitan penyelidikan, khususnya bagi topik-topik berkaitan multimedia dan perisian pendidikan. Buku ini juga sesuai dijadikan panduan oleh pembangun bahan instruksi bagi memastikan keberkesanan maksimum perisian yang dihasilkan. Dengan panduan serta contoh praktikal yang diberi menjadikan buku ini amat unik berbanding buku-buku sedia ada.

RM20.80
RM26.00

ISBN 978-967-2163-17-6

Buku ini memberi pengetahuan tentang konsep dan jenis imageri yang hadir ketika pelajar menulis karangan, bagaimana kaedah Hermeneutik membantu dalam menginterpretasi teks karangan dari segi kehadiran imageri, kategori karangan dan kekerapan kehadiran imageri dalam karangan, hubungan imageri dan psikologi melalui pengalaman, daya kreativiti pelajar dalam penulisan karangan dan implikasi kehadiran imageri dalam karangan pelajar. Pensyarah, guru dan pelajar di IPT dan IPG yang berminat tentang imageri dalam karangan pelajar sekolah menengah boleh juga menggunakan buku ini sebagai rujukan. Buku ini menyediakan suatu koleksi yang bermakna dalam bidang bahasa dan psikologi pendidikan. Semoga buku ini memberi manfaat kepada para pembaca dalam menambahkan ilmu pengetahuan tentang kehadiran imageri dan proses kognisi melalui interpretasi menggunakan kaedah Hermeneutik sebagai kaedah kualitatif.

RM24.00
RM30.00

ISBN 978-967-0480-08-4

Biografi 11 ikon sasterawan negara dan hasil kerja mereka yang dikupas dengan mendalam

RM15.60
RM52.00

ISBN 983-2620-81-3

Perbincangan teori dan metode penyelidikan kualitatif dari segi sejarah perkembangannya, pendekatan metodologi utama yang sering digunakan serta asas pemikiran dan falsafah yang mendasari paradigm dan pendekatan penyelidikan. Peranan teori juga disentuh dengan panjang lebar bagi menjelaskan kedudukan teori dalam menjalankan penyelidikan kualitatif. Ciri-ciri yang dihuraikan ini dapat membezakan dengan jelas antara penyelidikan Kualitatif dan Penyelidikan Kantitatif.
 

RM40.00
RM50.00

ISBN 978-967-0480-62-6

Firman Allah SWT yang bermaksud "Bacalah Al-Quran secara tartil" jelas menunjukkan mengenai kewajipan membaca Al-Quran dengan bertajwid. Tartil sebagaimana yang didefinisikan oleh Sayyidina Ali ialah mentajwidkan huruf serta mengetahui hukum-hukum yang berkaitan dengan wakaf ibtida'nya. Mentajwidkan huruf bermaksud menyebut huruf-huruf hijaiyyah berpandukan tempat keluar dan sifatnya yang betul di samping memelihara hukum-hukumnya yang mendatang berkaitan dengan nun mati dan tanwin, mim mati, hukum mad, tebal nipis dan sebagainya. Sementara mengetahui hukum-hukum wakaf bermaksud memelihara teknik pembacaannya yang betul berkaitan pernafasan, yang melibatkan cara untuk wakaf dan memulakan semula bacaan.

RM33.60
RM42.00

ISBN 978-967-0480-20-6

Buku Proses Kognisi dan Afeksi: Kaedah Pedagogi Hermeneutik dan Interpretasi ditulis untuk pembaca dari IPTA, IPTS, Institut Perguruan, penyelidik yang berminat dalam bidang Psikolinguistik, Guru-Guru Bahasa dan yang mencintakan bahasa (Penulisan); Psikologi Pendidikan (Proses Kognisi dan Afeksi); dan Kaedah Pedagogi Hermeneutik (Kaedah Interpretasi Teks Penulisan).
 

RM24.00
RM30.00

ISBN 978-983-3759-58-7

Sepanjang pimpinannya selama lebih daripada 20 tahun, Dr. Mahathir Mohammad mencetuskan pelbagai idea dalam pentadbirannya yang banyak mempengaruhi dasar-dasar Malaysia meliputi aspek politik, ekonomi dan sosial. Salah satu dasar menarik yang telah diperkenalkan oleh Dr. Mahathir ialah Dasar Pandang ke Timur yang dilancarkan pada tahun 1982 bertujuan meniru budaya dan etika kerja masyarakat Jepun dan Korea bagi memacu kemajuan ekonomi Malaysia. Dr. Mahatihir amat kagum dengan kejayaan Jepun dan Korea membangunkan ekonomi mereka dan berhasrat menjadikan negara tersebut sebagai model kepada Malaysia yang selama ini banyak bergantung kepada barat. Dr. Mahathir mengaitkan kejayaan ekonomi Jepun denga sikap positif rakyatnya seperti rajin, dedikasi, inocatif, menghargai masa dan mementingkan kualiti tinggi dalalam semua aspek kehidupan., Bagi menjayakan dasar ini. kerajaan telah melancarkan program menghantar pelajar dan pekerja Malaysia ke sana bertujuan mempelajari teknologi dan mencontohi budaya kerja mereka. Sejak dimulakan pada awal tahun 1980-an sehingga awal tahun 2000, beberapa ribu pelajar dan pekerja Malaysia berpeluang mengikuti skim latihan yand disediakan. Kini setelah program ini berjalan selama lebih daripada dua dekad, maka penilaian perlu dibuat bagi menentukan sejauh mana kejayaannya kepada Malaysia.

RM7.50
RM25.00

ISBN 978-983-3759-92-7

Buku Minda Melayu Global adalah himpunan hasil penulisan sarjana-sarjana Melayu UPSI tentang keagungan dan keperkasaan bangsanya dalam bidang-bidang sejarah dan ketamadunan, sains dan teknologi iaitu bidang matematik, sastera dan kreativiti iaitu bahasa dan kesusasteraan dan keintelektualismenya. Penerbitan buku Minda Melayu Global ini menjadi testimoni dan manifestasi ilmiah tentang keperdanaan Melayu dan ke-Melayuannya dalam menghadapi dan ancaman bangsa globalisasi.

RM15.00
RM50.00

ISBN 978-967-460-173-7

About this book : This book was made possible through the Exploratory Research Grant Scheme (ERGS) awarded by the Ministry of Higher Education, Malaysia from July 2012 to July 2012 to July 2014. We are indeed grateful to the Ministry for supporting this research project and enabling the documentation of the Orang Aslis folktales, which that embody their cultural aesthetics, worldview and wisdom. We also express our appreciation to Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) for encouraging the extension of knowledge and sustainability of cultural heritage through research, publication, and commercialisation.

RM28.00
RM35.00

ISBN 978-967-0480-46-6

Perkara asas dalam penyelidikan yang disentuh secara lengkap dengan disertakan percontohan berkenaan bidang pengurusan pendidikan ini sesuai dijadikan panduan, rujukan dan sampel dalam menjalankan penyelidikan pengurusan pendidikan di Malaysia.
 

RM20.00
RM25.00

ISBN 978-967-9856-67-5

The Folk Tunes of Malaysia for Violin (Beginners) combines the folk tunes of the various cultural groups in Malaysia with Ivan Galamians principles of learning the violin. It consists of 15 Malaysian tunes carefully chosen and arranged for violin and piano. This violin book is one of the first books that explores the colourful folk tunes loved by Malaysian. Short stories and simple illustrations enhance the violin players knowledge, interest and appreciation of the rich multicultural heritage of Malaysia. It is hoped that the beautiful and vibrant folk songs in this book will motivate violin beginners to continue mastering the techniques of the violin and explore knowledge on Malaysias rich multicultural heritage.
 

RM12.80

ISBN 978-967-2159-22-3

Buku Proses Informasi dalam Peningkatan Kognisi: Kaedah Hermeneutik dan Interpretasi ditulis untuk pembaca dari IPTA, IPTS, Institut Perguruan, penyelidik yang berminat dalam bidang psikolinguistik, guru-guru bahasa dan yang mencintai bahasa (penulisan); Psikologi Pendidikan (proses kognisi); dan Kaedah Hermeneutik (kaedah interpretasi teks penulisan). Buku ini diharap menjadi rujukan untuk pembaca yang ingin mendalami peranan proses informasi yang dialami dalam menginterpretasikan teks karangan pelajar dalam konteks Kaedah Hermeneutik sebagai kaedah kualitatif yang berkesan dalam menginterpretasikan teks karangan.

RM24.00
RM30.00