NIKMATI DISKAUN HEBAT DARI 20% SEHINGGA 95% BAGI BUKU TERPILIH.
Sign Up Now and Get RM5.00 Voucher
Bestsellers
Sort by
Show result

ISBN 978-983-3759-70-5

Modul Pentaksiran Alternatif Sains Sukan Tingkatan 4 diterbitkan hasil daripada penyelidikan yang dijalankan oleh kumpulan penyelidikan Fakukti Sains Sukan dan Kejurulatihan, Universiti Pendidikan Sultan Idris mengenai Reka Bentuk Pentaksiran Alternatif dalam Mata Pelajaran Sains Sukan Tingkatan empat di sekolah menengah di Malaysia.

RM2.30
RM23.00

ISBN 983-2620-55-4

Kesusasteraan sebagai satu ciptaan seni merupakan tonggak utama kebudayaan sesuatu bangsa di dunia. Cabang kesenian itu bukan sahaja memainkan peranan penting dalam proses pembinaan sahsiah malahan juga mencanai daya intelek seluruh warga bangsa yang melahirkannya. Sumbangan kesusasteraan terhadap aspek-aspek yang telah disebutkan itu tidak pernah dipertikai sejak dahulu lagi. Peri pentingnya keselesaan dalam mengharungi hidup bagi mengelakkan kecelaruan dan tekanan telah diterima sebagai keperluan yang mendesak. Aneka macam kesenian diwujudkan demi mencapai maksud itu.

RM5.00
RM25.00

ISBN 983-3759-05-X

Geografi mengkaji kedinamikan hubungan antara manusia dengan alam sekitar dan kebergantungan antara kedua-duanya. Hubungan yang dilakukan oleh manusia melalui aktiviti pembangunan menyebabkan banyak perubahan dan gangguan terhadap persekitaran fizikal khususnya ruang atmosfera, hidrosfera, litosfera dan biosfera. Empat ruang atau sistem ini perlu diurus dengan sewajarnya agar tidak memberi impak terhadap kemerosotan kualiti air, kualiti udara, peningkatan suhu mikro, kemusnahan hutan dan sebagainya akibat daripada pelbagai aktiviti pembangunan guna tanah seperti perindustrian, pembandaran, pelancongan dan lain-lain.

RM8.00
RM32.00

ISBN 983-2620-37-6

Setiap bangsa di dunia mempunyai kebudayaan masing-masing. Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup yang diamalkan secara berterusan oleh warga sesuatu bangsa. Amalan tersebut akan menyerlahkan jati diri bangsa itu. Bagi bangsa Melayu, mereka bertutur dalam bahasa Melayu; menganut agama Islam; mengamalkan gotong-royong; dan kaya dengan sopan santun. Kesemuanya terpancar jelas dalam karya-karya kesusasteraan yang merupakan sebahagian daripada budaya mereka. Oleh sebab itu, amat penting bagi umat Melayu melestarikan khazanah yang mendokumentasikan imej mereka yang cemerlang dan dikagumi suatu masa dahulu.

RM3.75
RM25.00

ISBN 978-983-3759-33-6

Buku ini mengambil tema Kesusasteraan Melayu dalam bandingan dan sub-temanya kesusasteraan dan pendidikan. la menyentuh pelbagai topik dan perbincangan yang menarik. Menyentuh Kesusasteraan Bandingan, dihidangkan tentang sejarah Kesusasteraan Bandingan dalam Kesusasteraan Melayu Nusantara, genetik novel Melayu dan Indonesia, sastera peranakan dan hubungannya dengan sastera Indonesia, fungsi sastera dalam membina identiti nasional, sastera dan pembangunan sosioekonomi, sumbangan sastera daerah terhadap sastera nasional dan sastera dunia, sastera Melayu dan sastera Asia Tenggara, sastera Melayu dan sastera dunia, perbandingan novel Salina dengan The Woman of Rome serta kehebatan karya Naguib Mahfuz, pemenang hadiah nobel, dari Mesir.

RM8.03
RM53.50

ISBN 983-2620-10-4

Karya Terpilih Sasterawan Negara Dalam Esei dan Kritikan menghimpunkan sejumlah tulisan esei dan kritikan sastera yang membincangkan dan memperdebatkan karya beberapa orang Sasterawan Negara berdasarkan perspektif teori dan pendekatan sastera tertentu.

RM11.00
RM55.00

ISBN 978-983-3759-30-9

Kaunseling Motivasi Berjaya ke Universiti menggabungkan pengetahuan, panduan dan aktiviti-aktiviti latihan kendiri yang sangat berguna, menarik dan praktikal untuk semua. Buku ini dihasilkan berdasarkan modul dan aktiviti kendiri bagaimana seseorang pelajar bertindak memotivasikan dirinya sendiri untuk berjaya dalam akademik dan kehidupan. Proses peningkatan kemahiran ini dipercayai sangat berkesan kerana ia selaras dengan kaedah bimbingan dan kaunseling. Modul Kaunseling Motivasi Berjaya ke Universiti dicipta berdasarkan pengetahuan, pengalaman dan penilaian penulis selama lebih 15 tahun dalam psikologi, kaunseling, pembangunan modul dan bimbingan pelajar cemerlang. Berdasarkan modul ini, pelajar akan dibimbing secara sistematik untuk meningkatkan motivasi dan berjaya ke Universiti.

RM4.95
RM33.00

ISBN 983-2620-41-4

Proses modenisasi dan globalisasi, telah mewujudkan trend dan fenomena baru dalam kehidupan semua golongan masyarakat di negara ini. Fenomena ini menjadi cabaran kepada proses kaunseling. Perkara ini memberikan implikasi dan cabaran besar kepada pengamal perkhidmatan kaunseling yang memerlukan anjakan paradigma yang menyeluruh bagi memanifestasikan ilmu pertolongan demi kesejahteraan masyarakat.

RM1.75
RM35.00

ISBN 983-3759-04-1

Geografi merupakan suatu disiplin ilmu yang pantas mengalami perubahan kerana ia berkait langsung dengan elemen ruang dan masa. Segala perubahan yang berlaku dalam ruang akan memberi impak langsung kepada bidang geografi. Oleh itu, pendidik geografi seharusnya sentiasa bersedia di samping berupaya memberi respons yang sebaik mungkin kepada perubahan-perubahan yang berlaku dalam bidang geografi. Jika diperhatikan dalam tempoh terdekat ini, pembangunan dalam aspek pengetahuan geografi bersama-sama dengan aplikasi kemahiran, konsep dan nilai telah memberi suatu dinamisme baharu kepada pendidikan geografi.

RM10.50
RM35.00

ISBN 978-983-2620-79-2

Konsep pertama dibawa oleh pemikiran kuasa-kuasa besar Barat bagi mengeksploitasi kuasa-kuasa kecil dalam bidang politik, ekonomi, pendidikan, sains dan teknologi dan sosiobudaya. Buku ini berusaha menjelaskan bagaimana pendekatan yang membawa kaedah baharu Islam yang bersifat hadhari atau bertamadun yang positif bagi menangani gelombang globalisasi yang mungkin membawa akibat negatif kepada dunia dan manusianya. Buku yang mengandungi sepuluh bab ini membahaskan definisi dan strategi globasisasi Islam Hadhari, mengikut perspektif negara Malaysia. Ia turut membicarakan takrif dan konsep Islam Hadhari oleh para ilmuan Islam dengan mendalam. Dalam membicarakan Islam Hadhari sebagai asas kepada pemikiran global, aspek-aspek pendidikan, pembangunan insan, dan perhubungan dengan sains dan teknologi, juga dikupas dengan panjang lebar.

RM8.00
RM40.00

Mathematics Foundation 1 is veden for students in the higher learning institutions to enrich their knowledge and understanding of basic mathematics. The content of this book was designed in order to create reflective and creative thinking amongst the students especially about what they have and had learnt. This book hopes to become the platform for more creative and critical thinking ution activities amongst the students in the field of mathematics.

RM5.00

ISBN 983-2620-83X

Buku ini bertujuan berkongsi maklumat dalam bidang teknologi pendidikan, khususnya dalam domain penilaian. Domain penilaian ialah satu daripada lima domain yang terdapat dalam bidang teknologi pendidikan.

RM1.70
RM34.00

ISBN 978-967-2159-19-3

Kandungan buku ini berkaitan dengan beberapa ulasan dan pandangan ahli falsafah klasik dan moden berhubung dengan seni, falsafah dan kritikan.

RM9.00
RM60.00

ISBN 978-983-2620-74-3

Topik-topik seperti Elektrostatik, Medan Elektrik, Hukum Gauss, Keupayaan Elektrik, Kapasitor dan Dielektrik, Arus Terus, Litar Arus Terus, Medan Magnet, Punca Medan Magnet, Aruhan Elektromagnet dan Litar Arus Ulang Alik yang menjadi mata pelajaran asas subjek Fizik di universiti dijelaskan dalam buku ini boleh dijadikan rujukan kepada para pelajar.

RM4.00
RM80.00

ISBN 978-983-3759-15-6

Evolusi Bahasa Melayu 2000 tahun dari Zaman Purba ke Budaya Elektronik merakamkan 2000 tahun evolusi bahasa Melayu di Nusantara dengan perincian terhadap pragmatik bahasa Melayu di alam siber atau budaya elektronik yang menjadi mercu tanda komunikasi hari ini.

RM6.60
RM44.00

ISBN 983-2620-09-0

Factors Associated with Mathematics Anxiety is a book designed for teachers, students, parents or anyone who will be involved with mathematics.

RM5.00
RM25.00

ISBN 983-2620-38-4

This book has been organized with the Malaysian graduate and advanced undergraduate students in mind. While it emphasizes an understanding of research ideas and methods for economics and business, it is also meant to develop the discipline of the mind and the thinking skills necessary in decision making process and effective management.

RM3.50
RM35.00

Sejak 1980-an, semakin banyak diperkatakan tentang proses pembangunan sejagat yang bersifat kontemporari, multidimensional dan berkontroversi. Proses pembangunan ini dikenali sebagai "globalisasi".

RM2.00
RM10.00

ISBN 983-2620-19-8

Genetik merupakan suatu cabang Biologi yang mencabar. Penyelesaian masalah dan pemahaman konsep amat ditekankan. Pengajaran dan pembelajaran yang betul menjadikan subjek ini amat menyeronokkan.Genetik:Konsep dan Masalah mengandungi huraian tentang konsep dan contoh-contoh soalan serta penyelesaiannya. Buku ini merangkumi tajuk-tajuk: Corak pewarisan/Prinsip Herediti, Statistik Peristiwa Genetik, Ubahsuaian Nisbah Mendel, Kacuk uji dan Kacuk balik, Kaitan gen, alel dan kromosom, Gen terangkai seks, Genetik Manusia, Genetik Populasi, Mutasi, Genetik Molekul dan Asas Kejuruteraan Genetik dan Bioteknologi.

RM2.00
RM40.00

ISBN 978-967-2159-19-3

Heavy metal pollution in aquatic ecosystem is increasing and alarming with the increasing industrialization. Copper is the most extensively used metal among other heavy metals.

RM2.00
RM10.00

ISBN 978-967-2159-19-3

MPSI ini dulu gedung pendidik nasionalis melayu bertahun-tahun kutinggalkan pergi sudah ke Timur Matahari terbit kini aku datang lagi ke dewan kecil rumah utara selatan udara berdesari di Hulu Bernam desa Tanjong Malim ini dawam jua sebagai anak tua aku merasa titiwangsa ini tetap gahara mengawasi warisan gedung MPSi ini mendakwah cita-cita idaman hala ke gerbang bebas merdeka

RM200.00
RM250.00

ISBN 983-2620-50-3

Buku C++: Pengenalan Kepada Pengaturcaraan dihasilkan untuk rujukan para pelajar yang mengikuti kursus Teknologi Maklumat/ Sains Komputer di peringkat sijil, matrikulasi, diploma dan ijazah pertama. Di dalam buku ini didedahkan pelbagai contoh atur cara untuk memudahkan para pembaca memahami C++ dengan lebih cepat dan berkesan.

RM12.25
RM35.00

ISBN 983-2620-05-8

This book will take you on a short journey into the world of creativity. It will clearly define the creative process and will also assist you in answering the three (3) key questions of life. - Who are you?; Why are you here?; What is your message?

RM6.25
RM25.00

Buku Evidens pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) edisi kedua dibina bertujuan mengukur tahap penguasaan pengetahuan, kemahiran dan nilai seseorang pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 1.

RM1.00
RM6.50

ISBN 978-983-3759-20-0

Isi kandungan buku ini berkaitan dengan apresiasi dan kritikan seni visual. Ia mengupas persoalan yang jarang diperkatakan. Tulisan ini juga ada yang pernah disiarkan dalam beberapa penerbitan seperti majalah Dewan Budaya, Anjung Seri dan Fantasi.

RM4.15
RM83.00

ISBN 978-967-2159-19-3

This book discusses an interesting issue amongst sociolinguists which is code-switching. The phenomenon which is analysed in this book is considered to be significant and special as it is related to the education domain, especially the Bilingual Education System. This book explains how code-switching between Malay and English functions in the domain of education, especially in the classroom teaching-learning discourse.

RM10.00
RM50.00

ISBN 983-2620-03-1

Poems, short stories and essays are normally used as text to teach reading comprehension and literature.

RM2.00
RM20.00

ISBN 983-2620-17-1

Sejarah suatu bangsa dicipta oleh tokoh-tokoh politik dan negarawan, tetapi kaum wartawanlah pemula dan perangka sejarah itu. A. Samad Ismail tidak sekadar menyingkap dan menghuraikan detik sejarah kewartawanan tetapi dengan tajam mentafsir denyut jantung masyarakat serta warna-warna politik, ekonomi dan budaya yang mencerminkan watak nasional kita.

RM7.50
RM25.00

ISBN 978-983-3759-16-3

Kandungan buku ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat bahawa kaum wanita juga berkemampuan menjadi seorang pemimpin dan ahli korporat. Selain itu wanita juga mampu memberikan sumbangan kepada masyarakat dengan menceburi bidang politik.

RM3.50
RM35.00

ISBN 983-2620-86-4

Isi kandungan buku ini berhubung dengan pengenalan asas seni visual. Antaranya ialah elemen seni visual iaitu Unsur-Unsur Seni Visual, Prinsip-Prinsip Rekaan dan Lakaran Asas.

RM30.00
RM60.00

Buku Evidens pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) edisi kedua dibina bertujuan mengukur tahap penguasaan pengetahuan, kemahiran dan nilai seseorang pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 2.

RM1.00
RM6.50

ISBN 978-967-2159-19-3

Buku Analisis Data dan Pelaporan dalam Penyelidikan Pendidikan menyediakan satu pilihan sumber rujukan kepada pelajar di institusi pengajian tinggi dalam proses menganalisis data dan menyediakan satu laporan penyelidikan. Bahagian pertama buku ini menerangkan konsep asas yang perlu diketahui oleh pelajar dalam melaksanakan penyelidikan. Bahagian yang berikutnya menerangkan bagaimana data kuantitatif yang dikumpulkan oleh penyelidik boleh disimpan dan dianalisis dengan bantuan program SPSS. Tajuk-tajuk buku ini disusun dengan kaedah pelaporan bagi memudahkan pemahaman pelajar terhadap data penyelidikan. Isi kandungan boleh memberi panduan bagaimana data disemak, ditransformasikan, dikodkan semula dan membuat rumusan. Pelajar boleh memilih analisis data yang sesuai untuk memproses data dan menjawab soalan kajian masing-masing.  Isi kandungan disusun bermula daripada asas statistik yang mudah iaitu, statistik deskriptif sehingga kepada analisis regresi. Seterusnya, buku ini juga menyediakan maklumat bagaimana bentuk laporan yang boleh ditulis sebagai panduan bagi menyiapkan penyelidikan kuantitatif. Ini termasuklah contoh-contoh bagaimana objektif, soalan kajian dan hipotesis kajian yang boleh dibina, analisis yang sesuai dan bagaimana laporan boleh disediakan. Bahagian terakhir dalam buku ini pula memberikan pendedahan ringkas mengenai konsep asas dalam penyelidikan kualitatif.

RM32.00
RM40.00

ISBN 978-967-2908-15-5

Masalah kesihatan mental semakin mendapat perhatian meluas masyarakat Malaysia pada hari ini dan bukan lagi satu topik tabu atau terpencil seperti dahulu kerana impaknya yang besar kepada kesejahteraan kehidupan manusia. Masalah kesihatan mental yang tidak dirawat bukan sahaja akan memberi impak negatif malah mendedahkan individu atau klien kepada tindakan memudaratkan termasuk bunuh diri. Dalam konteks ini, peranan kaunselor dan profesional perkhidmatan manusia yang lain amatlah kritikal dalam memberikan bantuan psikologi bagi mencegah masalah kesihatan mental menjadi lebih tenat. Pengesanan awal simptom  amat penting supaya klien boleh dibantu dan dirawat dengan segera. Justeru, buku Kesihatan Mental dalam Kaunseling dihasilkan untuk meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan kemahiran tentang kesihatan mental dalam amalan kaunseling khususnya dalam kaunseling kesihatan mental. Kesemua 10 tajuk yang dibincangkan dalam buku ini merupakan landasan terbaik untuk kaunselor dan profesional kesihatan mental yang lain melengkapkan diri dengan pendidikan kesihatan mental dan kemahiran asas klinikal yang diperlukan untuk memberikan perkhidmatan kaunseling yang profesional dan beretika dalam pelbagai seting khususnya dalam seting kesihatan mental di hospital, komuniti, pemulihan, kebajikan, rumah perlindungan, sekolah dan organisasi. Penghasilan buku ini diharap dapat memantapkan kecekapan kaunselor mengendalikan kes-kes berkaitan masalah kesihatan mental dan seterusnya dapat berkolaborasi dengan profesional kesihatan mental lain dalam mempromosi kesejahteraan mental klien serta memartabatkan bidang kaunseling khususnya kaunseling kesihatan mental. 

RM32.00
RM40.00

ISBN 978-967-2908-14-2

Asas Pengaturcaraan Web Menggunakan HTML, JavaScript, PHP dan MySQL
ditulis dalam bahasa Melayu untuk memudahkan pelajar-pelajar memahami asas
pengaturcaraan web berpandukan pangkalan data dengan lebih cepat. Diharapkan
buku ini digunakan sebagai panduan atau rujukan oleh pelajar-pelajar dalam jurusan
Teknologi Maklumat / Sains Komputer untuk membina Sistem Maklumat berasaskan
web dan berpandukan pangkalan data.


Tajuk-tajuk dalam buku ini diberikan penerangan secara bergambar agar pembaca
dapat memahami dengan lebih mudah dan cepat. Susunan tajuk-tajuk juga adalah
berdasarkan kepada proses untuk menghasilkan sistem berasaskan web dan
berpandukan pangkalan data. Buku ini juga menggunakan konsep contoh membina
Sistem Maklumat berasaskan web, agar pembaca dapat menjadikan panduan untuk
membina Sistem Maklumat berasaskan web yang lain.

RM24.00
RM30.00

ISBN 978-983-41681-6-2

Buku Citra Wanita Dalam Kesusasteraan Melayu memuatkan kepelbagaian gambaran imej wanita yang dilukiskan dalam sesuatu teks atau karya yang mencantumkan kedua-dua unsur fizikal dan mental. Di dalamnya terkandung keberanian, kecantikan atau binaan diri, yang dianggap tidak sama dengan feminisme. Buku ini memberi perhatian kepada beberapa genre yang wujud dalam perbendaharaan kesusasteraan Melayu tradisional yang menampilkan beberapa watak wanita dengan unsur-unsur keistimewaan tertentu. Jadi peneliti tidaklah hanya memberi perhatian kepada puteri-puteri jelita dalam kesusasteraan hikayat, tokoh-tokoh wanita menjadi contoh dalam kesusasteraan berunsur agama dan para permaisuri serta puteri-puteri dalam kesusasteraan sejarah. Buku yang mengandungi lima bab ini terdiri daripada Bab I – Latar Belakang Kesusasteraan Melayu Tradisional dan Pembahagian Genre, Bab II – Pendekaran Kajian Wanita dan Kesusasteraan Melayu Tradisional, Bab III – Citra Wanita dalam Tradisi Lisan Melayu, Bab IV-Citra Wanita dalam Tradisi Tulisan dan Bab V- Kesimpulan. Buku ini sesuai kepada semua pembaca terutama kepada pengkaji kesusasteraan Melayu dalam menyelami watak dan perwatakan wanita zaman feudal."
 

RM20.40
RM34.00

ISBN 978-983-41431-8-3

Bagi memahami dan menghayati kekuatan jati diri dan semangat patriotisme dalam memartabatkan peradaban Malaysia. GAPENA bekerjasama dengan IPM, UPSI menjalankan penyelidikan dan menerbitkan sebuah buku yang menghimpunkan sebelas penulis dan penyelidikan yang pakar dalam pelbagai bidang yang berkaitan jati diri dan patriotisme di Malaysia. Selaras dengan matlamat IPM, UPSI dan kerajaan bagi melahirkan pewaris Malaysia yang mempunyai kekuatan jati diri dan semangat patriotisme berdasarkan Gagasan 1 Malaysia, maka buku JATI DIRI DAN PATRIOTISME TERAS PERADABAN MALAYSIA diteribitkan senagai buku ilmiah di tanah air kita ini. Ini bersesuaian dan menyokong usaha Gagasan 1 Malaysia bagi mewujudkan perpaduan pelbagai bangsa dan kaum di bawah satu bumbung dan menjadi teras dalam peradaban Malaysia. Buku ini berhasrat menjadi panduan mengenai konsep jati diri dan patriotisme di Malaysia berdasarkan sejarah, perkembangan dan dasar kerajaan yang perlu dihayati setiap warga Malaysia dalam usaha membina negara bangsa Malasia yang kukuh dan bersatu padu serta memartabatkan Peradaban Malaysia yang berteraskan Peradaban Melayu. Sebagai sebuah negara yang mempunyai sejarah perjuangan kebangsaan (nasionalisme), semangat patriotisme cintakan tanah sir atau negara dan raja atau ketua menjadi teras penting dan di tanamkan dalam jiwa setiap warga negara Malaysia. Semangat patriotisme ini pula digandingkan dengan kekuatan jati diri kebangsaan 9Malaysia) bagi melahirkan warga negara yang cinta kepada negara dan bersama membina Nehra Bangsa Malaysia yang kukuh dan bersatu padu. ini selaras dengan kehendak perlembangaan dan rukun negara.
 

RM24.00
RM40.00

ISBN 978-983-41681-4-8

Semangat patriotisme yang menjadi teras penting dalam gerakan kebangsaan atau nasionalisme Malaysia bermula pada awal abad ke-20. Ia bermula dengan wujudnya majalah Al-Iman pada 1906 yang berjuang membela nasib dan kepentingan orang Melayu dan cinta kepada tanah air atau Tanah Melayu. Melalui majalah, akhbar dan buku, orang Melayu telah menghasilkan karya kreatif yang bertemakan patriotisme seperti puisi, novel dan drama dalam gerakan kebangsaan atau nasionalisme bagi membela nasib dan kepentingan orang Melayu menentang kedatangan orang asing dan penjajah Inggeris di Tanah Melayu.
 

RM24.00
RM40.00

ISBN 978-983-416-811-7

Konsep dan pengertian Melayu sebagai satu kelompok manusia yang terdapat di dunia ini mendapat tafsiran dan analisis yang berbeza-beza. Buku ini berjaya menghimpunkan tiga belas sarjan dan penyelidik daripada rantau Rumpun Melayu untuk membuat penjelasan dan tafsiran tentang Melayu yang berada di sekitar Rumpun Melayu dan di luar Rumpun Melayu yang kita kenali sebagai dunia Melayu. Melayu sebagai satu rumpun bangsa yang besar mempunyai warisan peradaban dikenali sebagai peradaban Melayu yang terdiri pelbagai suku atau etnik. Bahasa Melayu menjadi penghantar utama manakala Islam menjadi unsur penting dan warisan budaya pelbagai etnik tetap diamalkan. Buku ini sesuai dibaca oleh penuntut dan sarjana serta pewaris bangsa Melayu yang ingin mengenali dan mengetahui asal usul bangsa dan peradaban Melayu di dunia ini yang dihasilkan oleh sarjana dan penyelidik daripada Rumpun Melayu khusus dunia Melayu.
 

RM27.00
RM45.00

Matlamat kajian ini ialah untuk meneliti pantun sebagai artifak budaya Masyarakat Melayu Nusantara. Konsep dan pendekatan kajian ini mungkin berbeza dari kajian-kajian terdahulu, baik dari segi bahan mahupun skop atau bidang yang dimaksudkan. Matlamat dan bentuk perbicaraannya juga mungkin menjadi terlalu luas dan umum hingga tidak erkawal malah mungkin tergelincir dari persoalan yang menjadi tumpuan. Justeru itu, untuk memudahkan kajian ini, perlulah dibincangkan dengan ringkas mengenai konsep, definisi danliputan sesuatu istilah yang digunkan dalam kajian ini. Mula-mula kita bincangkan mengenai budaya , kebudayaan,tamadun dan peradaban. 

RM24.00
RM60.00

ISBN 978-967-2159-19-3

Buku Pendekatan Penyelidikan Rekabentuk dan Pembangunan (PRP) yang dikenali juga sebagai Design and Development Research Approach (DDR) memaparkan salah satu pendekatan alternatif dalam bidang penyelidikan dan aplikasinya kepada bidang pendidikan. Selain daripada pendekatan Kuantitatif, Kualitatif, dan juga Mod-Campuran dalam pendekatan penyelidikan, pendekatan PRP memperkenalkan metod-pelbagai dalam menjalankan penyelidikan. Pendekatan asal DDR telah dibuat pengubahsuaian kepada tatacara dan prosedur yang boleh dipanggil sebagai modifikasi PRP. Pendekatan PRP adalah sesuai untuk kajian dan penyelidikan yang bermatlamatkan penghasilan akhir kajian yang visible seperti penghasilan model, modul, taksonomi, kerangka, indek, dan juga sesuatu inovasi baharu. Dengan adanya beberapa fasa penyelidikan yang terdapat dalam PRP ini maka pelbagai metode/teknik penyelidikan boleh digunakan termasuklah kaedah tinjauan, teknik temu bual, fenomenologi, Fuzzy Delphi Method (FDM), Interpretive Structural Modelling (ISM), Analytical Hierarchical Processing (AHP) dan lain-lain lagi terutama untuk fasa pembinaan atau fasa rekabentuk kajian. Persoalan kajian yang khusus mengikut setiap fasa iaitu fasa analisis keperluan, fasa rekabentuk dan implementasi, serta fasa penilaian yang dilaksanakan akan melengkapkan satu-satu prototaip ciptaan pengkaji kepada bentuk kebolehlaksanaan praktisnya di dunia luar.

RM28.00
RM35.00