(ISBN : 978-967-2908-22-7)Buku ini sesuai dijagikan sebagai rujukan dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada pelajar serta penyelidik baharu yang masih mencari pendekatan yang boleh membantu penyelidikan mereka.
Buku "Coffee Table" ini adalah sebagai meraikan sambutan ulang tahun 10 tahun UPSI (1997 - 2007)
ISBN 983-2620-04-X
Esei-esei yang terkumpul dalam buku ini terbahagi kepada tiga bidang pengajian, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan Kesusasteraan Melayu. Aspek-aspek yang disentuh termasuklah isu bahasa, pengajaran dan pembelajaran, kebudayaan dan pengteorian dalam kesusasteraan.
(ISBN : 978-967-2908-34-0)
Buku ini membincangkan tentang teka-teki atau entelah yang dimiliki oleh orang Iban di Sarawak dan hubungannya dengan kepercayaan masyarakat tersebut. Penulisan ini asalnya adalah kajian terhadap entelah di daerah Sebauh, Bakong dan Subis, di Miri yang dikutip secara kajian lapangan dan juga teka-teki yang diperolehi daripada Tun Jugah Foundation.
WACANA ILMU UPSI 2004
ISBN 978-983-41800-8-9
Penulisan dalam buku ini membicarakan tentang perpaduan yang amat perlu kita menghormati bahasa, budaya dan ajaran Islam serta mengekalkan kedaulatan bangsa yang dilambangkan oleh takhta pemerintahan beraja. Bangsa Melayu diperingatkan kepada fakta sejarah agar Melayu tidak hanyut dengan arus globalisasi yang sedang melanda dunia dewasa ini. Peradaban Malaysia yang berteraskan kepada warisan dan jati diri orang Melayu dan ajaran Islam dapat berkembang maju dalam konteks pemerintahan demokrasi berdasarkan Raja Berpelembagaan. Kita perlu melihat warisan peradaban Malaysia sekarang bukan dari kaca mata hak asasi, fahaman liberal, kebebasan ala barat, sebaliknya peradaban Malaysia berteraskan kepada warisan seni-budaya, kehalusan budi pekerti yang dituntut dan amalan warisan budaya Melayu dan pelbagai etnik yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Lantaran itu bagi orang Melayu, sepatutnyalah bukit sama didaki, lurah sama dituruni, lautan sama direnangi, terendam sama basah, terapung sama hanyut, terampai sama kering; berat sama dipikul, ringan sama dijinjing; hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah; bersatu teguh, bercerai roboh, bersekutu membawa mutu; hilang adat tegal muafakat dan muafakat membawa berkat. |
This is a study of the Malaysians Indians. The main objective of this research is to find out if the Indians of Malaysia (with the exclusion of Indian Muslims who have been already widely researched (Halimah and Zainab, 2004, David, 2003b) have assimilated cultural norms and values of the larger Malay population and the extent of such enculturation, if any. Chapter 1 will introduce the Malaysian Indians, their demography and history. In chapter 2 the notions of assimilaton will be discussed followed by chapeter 3 which discusses the core values and sociocultural practices of the Indian and Malay communities in Malaysia. Chapter 4 detils the methods of the study and Chapter 5 presents and summarises the findings. In Chapter 6, the findings will be discussed and concluded.
ISBN 978-983-416-812-4
Buku Kesarjanaan Peradaban Melayu ini adalah merupakan hasil Siri Penyelidikan dan Penerbitan. Institut Peradaban Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris bagi tahun 2012 ini. Kumpulan ini adalah dapatan penyelidikan sarjana-sarjana Melayu dalam bidang kepakaran masing-masing. Sebelas esei ilmiah ini adalah tentang Peradaban, Sejarah, Bahasa, Kesusasteraan, Sistem Sosio-ekonomi, Undang-Undang, Nilai dan Adat Identiti Sosial dan Diaspora Melayu. Himpunan esei dimulakan dengan tajuk
"This volume contains all the 15 papers that were presented at the First International Conference on Malay Civilisation held on October 1-3, 2002. As each paper had a main discussant in the deliberations, it seems most fitting to include the discussants
ISBN 978-983-41800-9-6
Penulisan dalam buku ini merupakan sumbangan lingkaran idealisme para sarjana tempatan dan Indonesia yang menceritakan persejarahan Bugis dalam Peradaban Melayu di Indonesia dan Malaysia. Buku ini amat sesuai dijadikan rujukan yang sangat bermanfaat kepada para pelajar dan mahasiswa pelbagai peringkat serta pengkaji sosiobudaya masyarakat dalam usaha untuk memahami tentang persejarahan warisan bugis. Orang Bugis amat terkenal sebagai komuniti yang berpegang teguh kepada adat dan agama. Adat dijunjung sebagai pedoman cara hidup dan keteguhan pengamalan adat dalam kalangan masyarakatnya. Mereka amat berpegang dengan konsep
ISBN 983-41431-0-9
"This volume contains all the 15 papers that were presented at the First International Conference on Malay Civilisation held on October 1-3, 2002. As each paper had a main discussant in the deliberations, it seems most fitting to include the discussants
ISBN 978-983-41681-3-1
Dalam usaha melahirkan warganegara dan modal insan yang dan Ilmu Kesusasteraan Melayu penting dipelajari oleh setiap dari sekolah rendah hingga ke pusat pengajian tinggi di Malaysia. Ini selaras dengan usaha usaha kerajaan hendak memantapkan lagi sistem dan Dasar Pendidikan Kebangsaan Malaysia mengikut keperluan semasa. Bagi mencapai matlamat ini, satu pelan awal Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 telah dilancarkan dan memberi peluang kepada rakyat Malaysia membuat cadangan membina bagi memperkemaskan lagi pelan tersebut.
ISBN 983-41431-1-7
This book have 4 parts where describe Sawarak Malays which about Times of a Life and The Malays, Evaluation of Sarawak Culture, The Malay Mind of Sarawak and Malay Humour in Sarawak.
The Second International Conference on Malay Civilisation organised hy the institute of Malay Civtlisation of the (Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, and the International lnstitute of Asian Studies, Leiden was held on 26 -28 February 2004 in Kuala Lumpur, focused on the theme
ISBN 978-983-41681-7-9
Buku ini membincangkan profil yang lengkap tentang penerbitan majalah Melayu, bermula daripada majalah yang pertama, iaitu Khizanah Al-Ulum pada tahun 1904 hinggalah majalah terakhir sebelum Perang Dunia Kedua, iaitu Langkahan Baru pada Disember 1941. Sebanyak 122 buah majalah direkodkan dan dilampirkan dalam buku ini dengan penjelasan pada setiap satunya. Selain menjelaskan sejarah perkembangan majalah dalam tempoh tersebut, penulis juga membincangkan tiga elemen yang penting dalam perusahaan majalah, iaitu kandungan editorial yang dikemukakan kepada pembaca, kedudukan pengedaran atau sirkulasi majalah, dan juga sambutan pengiklan terhadap majalah. Ketiga-tiga elemen tersebut merupakan nyawa yang membolehkan sesebuah majalah dapat bertahan di pasaran. Kandungan buku ini merupakan penambahbaikan kepada direktori majalah atau akhbar yang pernah diterbitkan sebelum ini. Penulis merupakan penyelidik industri media cetak dan pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya.
ISBN 978-983-41681-8-6
Bermula pada awal abad ke-20. akhbar Melayu pula memainkan peranan penting dalam membangkitkan semangat orang Melayu membela kepentingan orang Melayu dan menentang penjajahan Inggeris seperti yang digambarkan oleh Prof. Datuk Wira Dr. Abdul Latiff Abu Bakar dalam artikelnya bertajuk
The Chair of Malay Studics at Victoria University of Wellington was instrumental in bringing together the Institute of Malay Civilisation of UPSI, and the Religious Studies Programme and Asian Studies Institute of VUW. It was most propitious as it led to two-way visits and talks by the two of us in 2003, and then the Colloquium on Religion and Identity on 15th-16th September 2004 jointly organised by VUW and UPSI held at VUW, and finally the publication of this book.
ISBN 978-983-41681-5-5
“Irrespective of at what level the socialization process is, the Malays in general, place a very high value on proper upbringing of children. Instilling good and acceptable cultural values to young children is the most important responsibility of parents.” (Chapter 4)
“Malay family experiences dramatic change under the impetus of modernization. Nevertheless, it still retains much of its traditional structure and organization even though factors that underlie the family system have been much affected by modern developments or by new demands of modern family life,” (Chapter 7)
ISBN 983-2063-06-X
Upon graduating with a First Class Honours Degree in Geography from University of Malaya in 1964, Datin Zaharah Mahmud embarked on an academic career that spanned thirty three years. Upon retirement from the University of Malaya she embarked on a second career as full time environmental consultant. She has always been interested in the special relationship between traditional societies and the environment and has devoted much of her research and publications to this area.
ISBN 978-983-41681-9-3
Buku Bugis dalam Peradaban Melayu ini adalah satu contoh penyelidikan yang dilaksanakan oleh tokoh-tokoh akademik di Sulawesi yang terkenal dengan warisan peradaban suku bangsa atau etnik Bugis dari bangsa Melayu serumpun (Malay Polinesia). Bugis adalah salah satu suku rumpun Melayu yang penting dalam mewarisi peradaban Melayu yang setaraf dengan peradaban dunia yang lain. Warisan Bugis dalam peradaban Melayu sungguh istimewa apabila ia mewakili Melayu serumpun sebagai salah satu suku bangsa yang dinamik dan mempunyai kekuatan jati diri. Bugis menjadi lambang dan kekuatan kepada jati diri Melayu serumpun. Warisan Bugis tetap kekal sehingga sekarang dan mempunyai falsafah hidup yang istimewa dan luar biasa. Bermula dengan menganuti fahaman animisme, Hindu dan sebahagian besarnya menjadikan agama Islam, budaya dan bahasa Bugis sebagai lambang kekuatan jati diri Bugis.
ISBN 983-41681-0-1
Buku ini merupakan karya yang bersifat antara disiplin. Dapat memperkatakan peradaban Melayu dan mengutarakan pedoman-pedoman dalam membina paradigma pemikiran Melayu, Profesor Dato
ISBN 978-983-2063-89-6
Buku Warisan Melayu Bugis di Rumpun Melayu ini memberi perhatian terhadap peranan dan warisan orang Bugis dalam pelbagai kehidupan kemasyarakatan terutama dalam bidang perdagangan, perkapalan, kepimpinan, keilmuan, kesusasteraan yang tersebar luas di Rumpun Melayu. Buku ini di mulakan dengan artikel yang berkaitan dengan sikap orang Bugis yang suka merantau di Rumpun Melayu bagi mencari ilmu, meluaskan pengaruh dalam bidang perdagangan, menjadi pahlawan berjuang menentang penjajah serta pandai membawa diri untuk mencari rezeki dengan semangat dan kekuatan Jati Diri Bugis yang terkenal dengan
ISBN 978-983-3759-67-5
مدخل ال
بلا در اسلوب ترجمة النصوص الأدبية
إلى اللغة العربية
هذا الكتاب دراسة لكيفية الترجمة الإبداعية تتناول فصوله الثمانية
الأولى ترجمة مختلف الأجناس الأدبية. أما الفصل التاسع فيعرض
فيه المؤلف منهجه في ترجمة النصوص الأدبية، و يورد في الكتاب
نماذج شتى من ترجمات النصوص الأدبية في العربية و الملايوية
والإنجليزية، و يقارن بينها مستندا إلى قواعد ضابطة مبتكرة. ومن
ثم فهذا الكتاب بحث فريد في علم جديد يقترحه المؤلف و هو
علم الترجمة المقارن‘‘.
ISBN 983-983-3759-42-2
Buku ini menyediakan penulisan yang amat sederhana sifatnya, merupakan garapan beberapa tulisan yang telah diusahakan sekadarnya untuk permanfaatan bersama dalam kerangka yang setitis jadikan selaut, dan yang sekepal jadikan segunung'. Agenda pendidikan pembangunan negara memberikan tumpuan khas terhadap usaha membangun modan insan berminda kelas pertama acuan Malaysia tanpa mengetepikan khazanah tradisi warisan budaya bangsa. Penulisan ini dipersembahkan dan didedikasikan kepada seluruh warga pendidik, mahasiswa, warga pembaca dan peminat di pelbagai peringkat untuk direnungi sebagai mewakili dan menzahirkan segala macam amanah dan pertanggungjawaban untuk menggilap bukan sahaja suasa dan perak menjadi emas dan permata, tetapi juga sampah sarap yang berselut di pelimbahan juga dituntut agar disepuh menjadi kemilau sinar modal insannya.
ISBN 978-983-3759-08-8
Hasil penyelidikan yang termuat dalam buku ini mendokong semangat dan usaha berterusan pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris untuk mempertingkatkan mutu akademik di samping memperluaskan keupayaan kesarjanaan dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, sains dan teknologi, sosial, kebudayaan, alam sekitar dan ICT. Hasil penyelidikan ini boleh dijadikan asas untuk penyelidikan-penyelidikan selanjutnya, Antaranya:
ISBN 978-983-2620-01-5
Produk kesusasteraan klasik bangsa-bangsa di dunia mencerminkan citra manusia yang menghasilkannya. Oleh sebab itu, kita dapat melihat gelagat cita rasa, kepercayaan, pandangan hidup dan jati diri melayu yang terpancar dalam timbunan karya yang digelar kesusateraan melayu klasik.itu.
ISBN 983-2620-85-6
satu gambaran umum yag diberi tentang Malaysia ialah sebuha negara pelbagai kaum. ungkapan " pelbagai kaum dalam fikiran kebanyakan orang yang merujuk kepada adany suku kaum melayu pada rakyat Malaysia itu juga bersumber sahaja terdapat pukuhan suku kaum yang sebahagian besarnya bermastautin di sabah dan sarawak. Di semenanjung Malaysia masih terdapat sejumlah besar etnik tersendiri dengan bahasa dan adat, yang berbeza dengan kumpulan etnik yang lain
ISBN 983-2620-75-9
In this book you will learn what a teacher should know about writing and the teaching of writing. There are three sections: writing in the classroom, paragraphing skills and specific writing skills.
ISBN 978-967-2159-19-3
buku ini merupakan koleksi ucapan pilihan Y. Bhg. Dato'Prof . Ir Dr mohamad noor Haji Salleh, naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idiris (UPSI) ke-2 sejak 1 Jun 2001 hingga 12 Disember 2004
ISBN 983-2620-47-3
Projek-projek awam merupakan 'kenderaan' untuk membawa masyarakat ke matlamat pembangunan ekonomi seperti meningkatkan produktiviti dan pendapatan golongan berpendapatan rendah, membasmi kemiskinan dan buta huruf serta membaiki taraf dan kualiti hidup rakyat. Buku ini menghuraikan secara agak mendalam proses merancang, menilai dan mengurus projek-projek pembangunan yang diasaskan oleh sektor awam. Banyak contoh projek-projek pertanian digunakan dalam buku ini; ini agak bersesuaian dengan fokus semula kerajaan Malaysia kepada sektor ini akhir-akhir ini. Minat orang ramai terhadap projek-projek awam lazimnya berpunca daripada tersiarnya berita mengenai kegagalan sesetengah projek awam. Buku ini boleh dimanfaati oleh siswa siswi ekonomi pembangunan, ekonomi sumber alam serta pegawai-pegawai Kerajaan yang terlibat secara langsung dalam pengurusan projek awam.
ISBN 978-983-068-845-9
Buku ini ditulis untuk digunakan dalam kursus makmal fizik. Ia mengandungi tujuh bab yang memuatkan pengenalan kepada makmal fizik, kaedah pengukuran, statistik dan maklumat untuk memahami prinsip asas reka bentuk uji kaji. Di samping itu, kaedah untuk menilai hasil uji koji dan cara untuk menulis laporan saintifik juga diberikan. Buku ini boleh dimanfaatkan oleh pelajar di peringkat prauniversiti dan universiti dalam bidang sains khususnya Fizik. Buku ini boleh juga boleh digunakan oleh para penyelidik sebagai rujukan asas tentang prinsip asas uji kaji.
ISBN 978-983-3579-07-1
Bidang pemikiran sebagai salah satu disiplin falsafah moden menjadi teras dalam sistem ilmu pendidikan millenium ke-21. Buku ini berhasrat mencuba mengemukakan teori bagaimana cara dan kaedah mendidik, menyedari, memahami, menghayati dan mempraktiskan bidang pemikiran dalam proses pembelajaran dan pengajarannya di peringkat awal prasekolah, di sekolah rendah, sekolah menengah, institusi pengajian tinggi dan dalam kalangan masyarakat umum.
ISBN 978-983-2620-21-7
Buku ini menyediakan kepada pembaca dan peminat sastera ruang apresiasi terhadap pelbagai genre kesusasteraan Melayu moden merentasi lima dekad (60-an hingga dekad pertama abad ke-21). Ruang apresiasi ini tidak sekadar terpenuh dengan laut kefahaman, tetapi pembaca juga dapat menentukan perjalanan kualiti kegiatan dan karya kreatif dalam kalangan pelbagai peringkat penulis. Buku ini memaparkan segala macam rentak hidup dan pemikiran masyarakat Melayu yang tinggi nilai moral dan sangat berguna diterapkan dalam proses pembinaan masyarakat Malaysia hari ini.
ISBN 983-2620-29-5
buku ini merupakan koleksi ucapan pilihan Y. Bhg. Dato'Prof . Ir Dr mohamad noor Haji Salleh, naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idiris (UPSI) ke-2 sejak 1 Jun 2001 hingga 12 Disember 2003
ISBN 978-983-3759-27-9
Penaksiran dalam Pendidikan & Sains Sosial merupakan sebuah buku hasil penulisan gabungan dua pensyarah yang berpengalaman dan diterima sebagai pakar dalam bidang masing-masing. Mereka ialah Profesor Dato' Dr. Abu Bakar Nordin dan Profesor Madya Dr. Hj. Bhasah Hj. Abu Bakar. Penulisan dalam buku ini banyak meneliti aspek-aspek penting yang perlu diketahui oleh semua pihak yang terlibat dalam aktiviti penaksiran psikologi dan pendidikan tanpa mengira sama ada pembacanya terdiri daripada seorang pakar atau seorang pelajar dalam bidang ini. Bagi seorang pelajar pula, sudah pasti banyak perkara baru yang akan diketahui dan dengan satu pendekatan yang baru mereka akan lebih mudah memahami serta dapat mendalami bidang ini. Bagi seorang pakar pula, butiran yang diolah dan disampaikan melalui perspektif baru akan mencabar pandangan dan pendirian yang sedia ada, dan justeru itu banyak perkara yang berkaitan dengan bidang mungkin dapat ditinjau dari perspektif yang agak berbeza dari yang lazimnya.
ISBN 983-2620-53-8
Tokoh-tokoh Guru Nusantara menghimpunkan biografi tokoh-tokoh guru dari empat negara rumpun Nusantara, iaitu Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia yang kesemuanya menyumbangkan idea dan pengalaman yang cukup berguna dalam perkembangan pendidikan.
ISBN 983-3759-03-3
Buku ini membincangkan penggunaan sistem maklumat geografi (GIS) sebagai alat dalam proses membuat keputusan yang boleh digunakan oleh syarikat minyak untuk mengenal pasti tapak-tapak yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai stesen minyak. Ini kerana persaingan antara syarikat dalam memberikan perkhidmatan yang paling dekat dengan penggunanya adalah tinggi. Setiap syarikat mencuba mendapatkan satu lokasi yang membolehkan mereka mendapat keuntungan yang maksimum. Buku ini juga mencuba memberikan pendekatan-pendekatan yang boleh diguna pakai untuk membangunkan sistem aplikasi yang berasaskan kepada GIS dan amat sesuai dijadikan bahan rujukan kepada banyak pihak terutamanya pelajar universiti yang sedang belajar GIS. Buku ini menyentuh secara langsung pendekatan-pendekatan yang boleh digunakan untuk membina suatu aplikasi sistem GIS yang boleh diaplikasikan kepada pelbagai bidang kajian yang diingini kerana ia mempunyai struktur pembangunan sistem yang boleh diubah suai untuk semua aplikasi GIS.
ISBN 978-983-3759-21-7
Buku Sistem Pangkalan Data ini ditulis dalam bahasa Malaysia untuk memudahkan pelajar-pelajar memahami konsep pangkalan data. Buku ini boleh digunakan sebagai panduan atau rujukan oleh pelajar-pelajar dalam jurusan Teknologi Maklumat/Sains Komputer untuk membina sistem maklumat berasaskan pangkalan data. Susunan tajuk-tajuk berdasarkan urutan konsep pangkalan data. Tajuk-tajuk adalah seperti pengenalan pangkalan data, persekitaran pangkalan data, kitar hayat pembangunan sistem, model perhubungan entiti, model hubungan, penormalan, bahasa pertanyaan berstruktur (SQL) dan pangkalan data, internet dan web.
Dahulu dipanggil Ilmu Alam, sekarang Geografi kerana seluruh dunia memanggilnya geografi. Di sekolah menengah atas daripada mata pelajaran teras, geografi dijadikan elektif menyebabkan semakin kurang pelajar diajar geografi. Sebaliknya di universiti, daripada sebuah 'rumah sembelihan' yang digeruni oleh kebanyakan pelajar dalm tahun-tahun 1960-an, Jabatan Geografi di Universiti Malaya dan di mana-mana universiti di Malaysia semenjak 1970-an telah bertukar menjadi semakin popular sehinggalah tahun 1990-an akibat pertukaran taraf kepada elektif di sekolah menengah atas.