Price | RM30.00 RM60.00 |
Size (L x W x H) | 25 cm x 18 cm x 1.5 cm |
Points Needed | 1200 |
Availability | |
Shipping Fee |
Malaysia
Starting from RM7.07
|
ISBN 983-2620-86-4
Isi kandungan buku ini berhubung dengan pengenalan asas seni visual. Antaranya ialah elemen seni visual iaitu Unsur-Unsur Seni Visual, Prinsip-Prinsip Rekaan dan Lakaran Asas.
Isi kandungan buku ini berhubung dengan pengenalan asas seni visual. Antaranya ialah elemen seni visual iaitu Unsur-Unsur Seni Visual, Prinsip-Prinsip Rekaan dan Lakaran Asas. Pendekatan yang disampaikan oleh penulis agak ringkas dan menarik. Bagi memudahkan rujukan pembaca, penulis menyediakan gambar-gambar dan ilustrasi yang menarik. Ini dapat meningkatkan lagi kefahaman para pembaca untuk mengikuti isi kandungan buku ini dengan lebih berkesan lagi. Berdasarkan penyelidikan dan maklum balas yang diperolehi, penulis berpendapat pembaca sewajarnya didedahkan dengan perkara-perkara Asas Seni Visual terlebih dahulu sebelum menerokai dan mengetahui dunia seni visual dengan lebih mendalam lagi. Buku ini amat sesuai dijadikan rujukan bagi para pelajar seni khususnya sekolah menengah, kolej, maktab, universiti, guru Pendidikan Seni Visual, pelukis dan peminat seni. Semoga pembaca dapat menghayati isi kandungan buku ini dengan jayanya. Diharapkan buku ini juga dapat dijadikan sumber rujukan terpenting serta dapat menambahkan lagi khazanah seni lukis negara. Seterusnya dapat menyumbang ke arah memartabatkan lagi seni lukis tanah air.