NIKMATI DISKAUN HEBAT DARI 20% SEHINGGA 95% BAGI BUKU TERPILIH.
Sign Up Now and Get RM5.00 Voucher
SPECIAL PROMOTIONS
SPECIAL PROMOTIONS
Sort by
Show result

Buku ini berkaitan dengan suatu analisis perkembangan penulisan hasil daripada kupasan dan komentar isu-isu seni yang diterbitkan dalam beberapa penerbitan seperti akhbar, majalah buku, katalog pameran sepanjang tahun 1900 hingga 2000.

RM20.00
RM40.00

ISBN 978-967-2159-19-3

Aktiviti rekreasi dan pendidikan luar semakin mendapat sambutan hangat di seluruh dunia pada masa kini. Selain menjadi medium pembinaan jati diri, bidang rekreasi dan pendidikan luar juga dilaksanakan sebagai wadah untuk membina semangat sepasukan, menerapkan nilai-nilai murni, membentuk daya kepimpinan, menanamkan amalan mesra alam dan kemahiran pengurusan risiko. Pembinaan semua nilai murni ini perlulahdisokong oleh pengetahuan kukuh jurulatih tentang pelbagai teori dan model yangterdapat dalam bidang rekreasi dan pendidikan luar. Malangnya, sehingga hari ini, rujukan berkaitan teori dan model dalam pendidikan luar adalah amat terhad. Akibatnya berlaku ketidakseimbangan terhadap perlaksanaan aktiviti rekreasi dan pendidikan luar yang dilihat terlalu berfokuskan kemahiran sehingga mengenepikan nilai-nilai murni yang sepatutnya diterapkan dalam aktiviti tersebut. Buku ini boleh dijadikan panduan dan pegangan oleh jurulatih, guru, pengurus program dan semua yang terlibat dalam aktiviti rekreasi dan pendidikan luar untuk menerapkan nilai-nilai murni yang sepatutnya wujud semasa aktiviti dijalankan.

RM20.80
RM26.00

ISBN 978-967-0480-43-5

Pematauan Prestasi dan Penyelidikan dalam Latihan Kekuatan dan Suaian Fizikal memberikan pengenalan dan konsep asas kaedah penyelidikan dalam suaian fizikal bagi kegunaan pelajar institusi pengajian tinggi, jurulatih, penyelidik, dan ahli akademik yang berkaitan. Buku ini sesuai untuk bacaan umum bagi yang berminat mengetahui konsep penyelidikan dan penggunaannya dalam proses pemantauan prestasi atlet yang disandarkan kepada kaedah saintifik. Maklumat yang diberikan di dalam buku ini diharap dapat merapatkan jurang di antara kajian saintifik dan aplikasi sebenar dalam latihan suaian fizikal.
 

RM24.00
RM30.00

ISBN 978-967-0480-13-8

Penyair adalah manusia luhur dan lahir sedari mula puisi moden dicipta hinggalah abad ke-21 ini. Segala peristiwa yang disuarakan adalah yang sebenarnya terjadi daripada pemikiran logik dan telah diungkapkan dengan penuh kreativiti daripada pemikiran lateral mereka.

RM26.00
RM52.00

ISBN 978-967-0480-34-3

Sir Richard Olaf Winstedt atau panggilan R. O Winstedt, begitu banyak meninggalkan jasa dan sumbangannya yang cukup besar terhadap bidang pengajian dan khazanah persuratan Melayu. Buku ini menelusuri kembali bagi melihat asas-asas yang telah dikumpulkan dan dibinanya menjadi ciri0-ciri penting berhubung persuratan serta tamadun keilmuan bangsa Melayu

RM28.00
RM35.00

ISBN 978-983-3759-24-8

Koleksi ucapan Naib Canselor UPSI Datuk Dr Muhammad Rais Abdul Karim

RM28.80
RM36.00

ISBN 983-2620-86-4

Isi kandungan buku ini berhubung dengan pengenalan asas seni visual. Antaranya ialah elemen seni visual iaitu Unsur-Unsur Seni Visual, Prinsip-Prinsip Rekaan dan Lakaran Asas.

RM30.00
RM60.00

ISBN 978-967-2159-19-3

buku ini merupakan koleksi ucapan pilihan Y. Bhg. Dato'Prof . Ir Dr mohamad noor Haji Salleh, naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idiris (UPSI) ke-2 sejak 1 Jun 2001 hingga 12 Disember 2004

RM32.00
RM40.00

ISBN 978-967-2159-19-3

Buku "Coffee Table" ini adalah sebagai meraikan sambutan ulang tahun 10 tahun UPSI (1997 - 2007)

RM48.00
RM60.00

ISBN 983-2620-29-5

buku ini merupakan koleksi ucapan pilihan Y. Bhg. Dato'Prof . Ir Dr mohamad noor Haji Salleh, naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idiris (UPSI) ke-2 sejak 1 Jun 2001 hingga 12 Disember 2003

RM48.00
RM60.00

ISBN 978-983-3759-00-2

Berkata kaum apakah ilmu; Terangkan jawab beri olehmu; Faham yang adil beri bertemu; Akal fikiran jangan tersemu; Tarikh geografi karang mengarang; Tukang menukang membuat barang; Ilmu berniaga ilmu berperang; Semuanya, 'abadan' tiada kurang; Imu penyakit ilmu kesihatan; Ilmu anggota hubat-hubatan; Kimia tabii darat lautan; Wap dan elektrik pekan dan hutan; Hidup manusia dua pihaknya; Satu di dunia badan busuknya; Satu akhirat tujuan rohnya; Wajiblah ilmu bagi keduanya.

RM49.60
RM62.00

Buku "Coffee Table" ini adalah sebagai meraikan sambutan ulang tahun 10 tahun UPSI (1997 - 2007)

RM80.00
RM100.00

ISBN 978-967-2159-19-3

MPSI ini dulu gedung pendidik nasionalis melayu bertahun-tahun kutinggalkan pergi sudah ke Timur Matahari terbit kini aku datang lagi ke dewan kecil rumah utara selatan udara berdesari di Hulu Bernam desa Tanjong Malim ini dawam jua sebagai anak tua aku merasa titiwangsa ini tetap gahara mengawasi warisan gedung MPSi ini mendakwah cita-cita idaman hala ke gerbang bebas merdeka

RM200.00
RM250.00

ISBN 978-983-3759-53-8

buku wairsan maktab kirkby 1951-1962 adalah kumpulan penulisan dan gambar yang mengisahkan detik-detik kehidupan para alumni maktab kirkby pada tahun 1950-an. Para pelajar pada masa itu, menghadapi dua zaman yang berbeza, iaitu detik-detik menyambut kemerdekaan pada tahun 1957 dan zaman awal kemerdekaan.

RM224.00
RM280.00

Pada tahun 1960 hingga tahun 1962, DYMM Tuanku mengambil cuti rehat tanpa gaji selepas melahirkan anak bungsu yang kelima. Pada tahun 1963, baginda kembali ke Kuala Lumpur dan mengajar di Sekolah Seri Ampang, Jalan Ampang. Baginda mengajar di sekolah ini selama 16 tahun. Pada tahun 1979, pada ketika itu sebagai Penolong Kanan Sekolah, DYMM Tuanku Bainun memohon untuk bersara awal, setelah berkhidmat dalam bidang pendidikan selama 22 tahun. Baginda ingin memberi sepenuh tumpuan kepada keluarga dan suami sebagai Hakim. Setelah Raja Muda Perak DYTM Raja Azlan Shah menaiki takhta Kesultanan Perak pada tahun 1984, DYMM Tuanku Bainun dimasyhurkan sebagai Raja Permaisuri Perak. Pada tahun 1989, DYMM Paduka Seri Sultan Perak dipilih dan ditabalkan oleh Majlis Raja-Raja Melayu sebagai DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kesembilan, dan DYMM Tuanku Bainun turut ditabalkan sebagai DYMM Raja Permaisuri Agong. Setelah tamat tempoh bersemayam lima tahun di Istana Negara, pada tahun 1993 baginda berdua kembali ke Negeri Perak Darul Ridzuan. Universiti Pendidikan Sultan Idris ditubuhkan pada 2 Mei 1997 dan DYMM Tuanku Bainun dimasyhurkan sebagai Canselor UPSI pada 1999. Berdasarkan pengalaman baginda selama 22 tahun sebagai pendidik, pelantikan baginda sebagai Canselor sebuah universiti pendidikan amat tepat dan wajar. Sebagai bekas pendidik, baginda amat prihatin terhadap isu-isu pendidikan. Hobi baginda pada masa lapang ialah membaca, menanam pokok bunga dan bermain golf. Baginda amat prihatin tentang isu wanita dan sosial, menjadi penaung kepada persatuan wanita Perak, Pandu Puteri dan persatuan anak yatim.

RM240.00
RM300.00