NIKMATI DISKAUN HEBAT DARI 20% SEHINGGA 95% BAGI BUKU TERPILIH
Sign Up Now and Get RM5.00 Voucher
SPECIAL PROMOTIONS
SPECIAL PROMOTIONS
Sort by
Show result

Kursus Bahasa Melayu Mudah ini memuatkan tatabahasa bahasa Melayu yang ditulis khusus lagi terancang, bertujuan membantu para pelajar dan pengguna bahasa Melayu mempelajari dan menguasai bahasa Melayu dengan mudah. Buku ini ditulis dengan berpandukan buku Tatabahasa Dewan dan menyampaikan isi pelajaran mengenai bahasa Melayu dengan cara yang Cukup mudah Buku ini mengandungi dua bahagian, iaitu Bahagian 1: Perkataan dan Bahagian 2: Ayat.

RM5.00
RM25.00

Za'ba sangat cinta kepada bahasa, bangsa dan tanah airnya. Peranan beliau yang sentiasa berlandaskan keahlian, kecintaan dan kecekalan ternyata disedari dan diakui oleh masyarakat bangsanya. Beliau ialah pemikir dan pencetus beberapa gagasan besar dalam pelbagai bidang - agama, ekonomi, bahasa, sastera, politik, pendidikan dan kebudayaan sebagai suatu keseluruhan yang menandai tamadun Melayu.

RM5.00
RM25.00

Tanggungjawab guru sebagai pendidik dan penyampai ilmu pengetahuan sentiasa penting dan relevan sepanjang zaman. Malah, dari segi professionalisme, keupayaan dan kemampuan guru pada hari ini lebih penting dan mencabar berikutan pelbagai perubahan baharu dalam sistem pendidikan, terutamanya ketika negara berhadapan dengan era baharu dunia globalisasi.

RM5.00
RM25.00

Buku ini bertujuan menunjukkan tentang keupayaan sistem maklumat eografi dalam perancangan pembangunan guna tanah menerusi emodelan pembangunan guna tanah komersil. Di samping itu, banyak onsep, teori dan model yang berkaitan dengan pembangunan guna anah dibincangkan secara terperinci. Sistem maklumat geografi menyediakan keupayaan untuk menginput, menyimpan, mengurus, mengolah, menganalisis dan memaparkan data yang merujuk pada ruang. Sistem maklumat geografi menyediakan kerangka bagi mengintegrasikan jumlah data reruang yang banyak daripada pelbagai sumber dan jangka masa serta pembentukan sistem sokongan pembuatan keputusan bagi aktiviti pengurusan dan perancangan, Oleh itu, buku ini amat berguna kepada para pelajar di institusi pengajian unga, pegawai kerajaan dan swasta yang berminat dalam sistem maklumat geografi.

RM5.00
RM25.00

This is a documentation of the papers and reports of International Seminar and Workshop on English Language Teaching and Teacher Training which was held in Universiti Pendidikan Sultan Idris (Sultan Idris Education University) on June 2001 and National Seminar on Second/Foreign Language Learner and Learning which was held at Kuala Lumpur in August 2002. The theme chosen for the International Seminar is "Innovative Thinking for the 21st Century". During the National Seminar, the theme chosen is "Awareness of Understanding for Change and Innovation". The compilation of papers is an attempt to provide readers with an opportunity to share what interested quarters have to say about language learner and learning, ELT and teacher training.

RM5.00
RM25.00

Terjemahan dalam Bidang Pendidikan adalah buku yang memaparkan maklum balas daripada beberapa sarjana yang menjalankan terjemahan dalam bahasa Melayu, Arab, Inggeris, Cina dan Korea. Mereka membincangkan isu-isu dan dapatan-dapatan yang penting dalam terjemahan dan aplikasi terjemahandalam mengajar dan belajar bahasa. Beberapa teknik baharu dikemukakan bagi menterjemah, menilai dan menyunting terjemahan. Kedua, beberapa teknik baru juga dikemukakandalam menangani isu makna dan teknik menganalisis teks sumber dan sasaran. Ketiga, terjemahan juga dilihat sebagai suatu kaedah yang dapat membantu guru mengajar bahasa asing dengan lebih mudah. Judul-judul ini relevan dengan keperlua mengajar bahasa sekarang.

RM5.00
RM50.00

satu gambaran umum yag diberi tentang Malaysia ialah sebuha negara pelbagai kaum. ungkapan " pelbagai kaum dalam fikiran kebanyakan orang yang merujuk kepada adany suku kaum melayu pada rakyat Malaysia itu juga bersumber sahaja terdapat pukuhan suku kaum yang sebahagian besarnya bermastautin di sabah dan sarawak. Di semenanjung Malaysia masih terdapat sejumlah besar etnik tersendiri dengan bahasa dan adat, yang berbeza dengan kumpulan etnik yang lain

RM5.50
RM55.00

This book makes a welcome contribution to the research literature about retlective practice in teacher education by moving beyond the Western focus of much of the existing literature. Chapter 1 and Chapter 2, provide Western readers with insights into Islamic beliefs and their relevance to the professional preparation of Malaysia student teachers. It is also highlights how religious beliefs can be instrumental in fostering a commitment of reflection in classroom. From Pedagogue point of views this book designed for developing effective head teachers, head of researcher in school and universities learning about Teaching Knowledge Base and can be use as a casebook. Learning to rationale and underline and support the specific principles and practice being discussed. It is an introduction to the nature of second order action research in be Reflective tries to provide readers with the theory and schools and universities.

RM5.60
RM28.00

The road to happiness is long and full of obstacles. Often, in the quest to get to the end, we make all the wrong decisions. These decisions sometimes bring us a lot of sadness. But, that does not mean we don't embark on the journey of life altogether. Each mistake we make is an experience or lesson for tomorrow. We become stronger through the lessons we learn as we walk along the road called life. Thus, Road to Happiness is a compilation of six short stories that focus on values that are essential for a happy life. Among others, the values that are focused on are: respect for one's parents, obeying law and order, hard work, dedication, respecting one's neighbours and the community, abiding to the social contract, honesty and moderation. The stories touch on everyday issues such as drugs, determination, neighbours, dishonesty, love and the internet. They are suitable for everybody but should be read most importantly by teenagers and young adults who are ready to embark on the journey of life.

RM5.60
RM28.00

Polish your english was written as a text for students doing proficiency courses. This textbook focuses on skills such as speaking, reading, writing and grammar. It contains many examples and exercises for students to enhance their proficiency of the English language. The book is classified into themes and each theme exemplifies one genre of writing. Furthermore, students can refer to the answer key to compare their answer with those suggested by the writers. It is hoped that by referring to the examples of different genres, students will be more confident in producing their own essays.

RM6.00
RM40.00

Bidang pemikiran sebagai salah satu disiplin falsafah moden menjadi teras dalam sistem ilmu pendidikan millenium ke-21. Buku ini berhasrat mencuba mengemukakan teori bagaimana cara dan kaedah mendidik, menyedari, memahami, menghayati dan mempraktiskan bidang pemikiran dalam proses pembelajaran dan pengajarannya di peringkat awal prasekolah, di sekolah rendah, sekolah menengah, institusi pengajian tinggi dan dalam kalangan masyarakat umum.

RM6.00
RM30.00

This book will take you on a short journey into the world of creativity. It will clearly define the creative process and will also assist you in answering the three (3) key questions of life. - Who are you?; Why are you here?; What is your message?

RM6.25
RM25.00

Modul-modul Kelompok: Aplikasi Pendekatan dan Teknik Birmbingan adalah langkah proaktif untuk menggalakkan perbincangan, Kajian-kajian dan penulisan iimiah yang lebih mendalam dan menyeluruh mengenai modul-modul kelompok, kaunseling dan bimbingan. Bagi memantapkan aplikasi agar praktikal kepada pengguna, setiap bab membincangkan dengan jelas asas sesuatu kelompok dari segi objektif, strategi dan prosesnya. Buku ini merupakan lanjutan buku Modul Kelompok:

RM6.60
RM22.00

Kandungan buku ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat bahawa kaum wanita juga berkemampuan menjadi seorang pemimpin dan ahli korporat. Selain itu wanita juga mampu memberikan sumbangan kepada masyarakat dengan menceburi bidang politik.

RM7.00
RM35.00

Buku Pemikiran Global Sasterawan Negara Shahnon Ahmad mengandungi 10 bab. Bab Satu memperkenalkan bidang pemikiran dan teori pemikiran. Bab Dua memperlihatkan pemikiran global pengarang secara keseluruhannya. Bab Tiga dimulakan dengan pemikiran kedesaan dengan novel-novel kampungnya. Bab Empat adalah perbincangan tentang pemikiran sosio-ekonomi dalam karya. Analisis karya tentang keagamaan dilakukan dalam Bab Lima. Bab Enam adalah kajian tentang aspek-aspek politik dalam karya fiksyennya. Manakala analisis tentang kepancarobaan pemikiran terdapat pada Bab Tujuh. Bab Lapan disambungkan dengan pemikiran introspeksi diri. Bab Sembilan adalah tentang tema sufisme sebagai pemikiran mutakhir. Bab terakhir , Sepuluh, adalah kesimpulan perjalanan kreatif dari desa ke antarabangsa

RM7.00
RM35.00

Sejarah suatu bangsa dicipta oleh tokoh-tokoh politik dan negarawan, tetapi kaum wartawanlah pemula dan perangka sejarah itu. A. Samad Ismail tidak sekadar menyingkap dan menghuraikan detik sejarah kewartawanan tetapi dengan tajam mentafsir denyut jantung masyarakat serta warna-warna politik, ekonomi dan budaya yang mencerminkan watak nasional kita.

RM7.50
RM25.00

Kesusasteraan sebagai satu ciptaan seni merupakan tonggak utama kebudayaan sesuatu bangsa di dunia. Cabang kesenian itu bukan sahaja memainkan peranan penting dalam proses pembinaan sahsiah malahan juga mencanai daya intelek seluruh warga bangsa yang melahirkannya. Sumbangan kesusasteraan terhadap aspek-aspek yang telah disebutkan itu tidak pernah dipertikai sejak dahulu lagi. Peri pentingnya keselesaan dalam mengharungi hidup bagi mengelakkan kecelaruan dan tekanan telah diterima sebagai keperluan yang mendesak. Aneka macam kesenian diwujudkan demi mencapai maksud itu.

RM7.50
RM25.00

Pembaca dihidangkan dengan perbincangan mengenai pertumbuhan perwatakan dalam novel-novel Malaysia, aspek sosial budaya dalam cerpen Malaysia, kesusasteraan Malaysia tahun-tahun enam puluhan dan novel tahun dua puluhan.

RM7.50
RM25.00

Tun Abdul Razak Bin Dato' Hussein merupakan seorang tokoh negarawan yang telah berkorban kehidupannya untuk keamanan dan pembangunan rakyat di Malaysia. Tun Abdul Razak adalah seorang perancang yang cekap dan berwibawa dalam melaksanakan pelbagai dasar sama ada dalam ataupun luar negara sejak tahun 1970-1976. Ketokohan Tun Abdul Ruzak terserlah setelah beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia Kedua terutamanya dasar-dasar yang beliau jalankan dalam bidang pentadbiran dan hubungan diplomatik Malaysia dengan negara-negara luar. Sebagai seorang pemimpin negara yang berjiwa rakyat, era pemerintahan Tun Razak melalui pelbagai proses transformasi yang begitu besar di atas dasar-dasar yang dijalankannya yang bersifat menyeluruh dan pragmatik. Beliau telah berjaya mengatasi masalah komunis, menyelesaikan masalah perkauman, menjuruterakan pembangunan luar bandar, mewujudkan rantau ASEAN, dan menjalin hubungan diplomatik dengan pelbagai negara sama ada dengan negara Asia mahupun negara Barat.

RM7.50
RM25.00

Topik-topik seperti Elektrostatik, Medan Elektrik, Hukum Gauss, Keupayaan Elektrik, Kapasitor dan Dielektrik, Arus Terus, Litar Arus Terus, Medan Magnet, Punca Medan Magnet, Aruhan Elektromagnet dan Litar Arus Ulang Alik yang menjadi mata pelajaran asas subjek Fizik di universiti dijelaskan dalam buku ini boleh dijadikan rujukan kepada para pelajar.

RM8.00
RM80.00

Modul-modul Kelompok: Aplikasi Pendekatan dan Teknik Bimbingan adalah langkah proaktif untuk menggalakkan perbincangan, kajian-kajian dan penulisan ilmiah yang lebih mendalam dan menyeluruh mengenai modul-modul kelompok, kaunseling dan bimbingan. Bagi memantapkan aplikasi agar praktikal kepada pengguna, setiap bab membincangkan dengan jelas asas sesuatu kelompok dari segi objektif, strategi dan prosesnya. Buku ini dibahagikan kepada bab pengenalan dan tujuh modul iaitu Pengenalan Kelompok dan Modul-modul Kelompok, Modul Kelompok Suai Kenal, Modul Kelompok Membina Hubungan, Modul Kelompok Membina Kepercayaan, Modul Kelompok Menerokai Potensi Diri, Modul Kelompok Membina Konsep Kendiri, Modul Kelompok Renungan Kembali dan Modul Kelompok Penamatan Manakala Modul-Modul Kelompok:

RM8.00
RM40.00

Pendidikan Seks: Suatu Perspektif Sosial adalah sebuah buku yang secara khusus membicarakan pendidikan seks dalam konteks Malaysia. Pendidikan Seks sebenarnya telah menjadi suatu isu yang kontroversi dalam masyarakat. Sementara terdapat pihak-pihak yang melobi untuk memperkenalkan pendidikan seks. terdapat pula pihak-pihak yang menentangnya. Pelbagai alasan telah diberikan oleh kedua-dua belah pihak. Dalam masa yang sama, fenomena-fenomena sosial moden termasuklah isu-isu berkaitan seksual yang dianggap masalah terus melanda masyarakat. Seringkali pula generasi muda yang dikaitkan dengan masalah-masalah sosial berkenaan. Apakah penghalang kepada pendidikan seks, mengapakah ia perlu, apakah kandungannya dan bagaimana pelaksanaannya adalah antara perkara-perkara yang dihalusi dalam buku ini.

RM8.40
RM28.00

Buku kecil ini menyusuri sejarah dan pengalaman yang dilalui oleh puisi Melayu moden di negara ini bermula pada awal pertumbuhan dan perkembangannya hingga ke tahun-tahun awal abad ke-21 bagi melengkapkan sebahagian daripada keperluan usaha tersebut.

RM8.75
RM25.00

Disiplin: geografi yang mengkaji tentang kedinamikan hubungan antara manusia dengan alam sekitar dan saling bergantung antara kedua-duanya merupakan satu bidang yang penting untuk dipelajari dan difahami oleh setiap lapisan masyarakat. Proses pembangunan yang pesat di negara ini telah menyebabkan banyak perubahan dan gangguan terhadap persekitaran fizikal khususnya ruang atmosfera, hidrosfera, litosfera dan biosfera. Empat ruang sistem ini perlu diuruskan dengan sewajarnya bagi atau meminimumkan impak terhadap kemerosotan kualiti air, kualiti udara, perubahan suhu mikro, kemusnahan hutan dan sebagainya akibat daripada pelbagai aktiviti pembangunan guna tanah seperti perindustrian, pembandaran, pelancongan, pertanian dan lain-lain. Masalah yang wujud dalam persekitaran fizikal tersebut perlu ditangani dengan segera memandangkan jika kemerosotan alamn sekitar fizikal ini berlarutan, akan memberi impak yang lebih besar kepada kehidupan manusia. Kefahaman tentang pengurusan alam sekitar secara bersepadu serta pelaksanaan yang telus dan berhemah mampu membawa negera ke satu peringkat yang lebih baik demi menjamin kelestarian sumber-sumber alam sekiter fizikal yang dianugerahkan oleh Tuhan.

RM8.75
RM25.00

Evolusi Bahasa Melayu 2000 tahun dari Zaman Purba ke Budaya Elektronik merakamkan 2000 tahun evolusi bahasa Melayu di Nusantara dengan perincian terhadap pragmatik bahasa Melayu di alam siber atau budaya elektronik yang menjadi mercu tanda komunikasi hari ini.

RM8.80
RM44.00

Buku ini menyediakan penulisan yang amat sederhana sifatnya, merupakan garapan beberapa tulisan yang telah diusahakan sekadarnya untuk permanfaatan bersama dalam kerangka yang setitis jadikan selaut, dan yang sekepal jadikan segunung'. Agenda pendidikan pembangunan negara memberikan tumpuan khas terhadap usaha membangun modan insan berminda kelas pertama acuan Malaysia tanpa mengetepikan khazanah tradisi warisan budaya bangsa. Penulisan ini dipersembahkan dan didedikasikan kepada seluruh warga pendidik, mahasiswa, warga pembaca dan peminat di pelbagai peringkat untuk direnungi sebagai mewakili dan menzahirkan segala macam amanah dan pertanggungjawaban untuk menggilap bukan sahaja suasa dan perak menjadi emas dan permata, tetapi juga sampah sarap yang berselut di pelimbahan juga dituntut agar disepuh menjadi kemilau sinar modal insannya.

RM9.00
RM22.50

Hasil penyelidikan yang termuat dalam buku ini mendokong semangat dan usaha berterusan pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris untuk mempertingkatkan mutu akademik di samping memperluaskan keupayaan kesarjanaan dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, sains dan teknologi, sosial, kebudayaan, alam sekitar dan ICT. Hasil penyelidikan ini boleh dijadikan asas untuk penyelidikan-penyelidikan selanjutnya, Antaranya:

RM9.00
RM90.00

Nilai-nilai Melayu: Satu Sudut Pandangan Orang Luar ini ternyata membawa kita melihat nilai masyarakat Melayu daripada persepsi bangsa asing. Pandangannya telus dan membina tentang masyarakat Melayu dari pelbagai sudut ternyata akan membantu kita untuk menyelami apakah benar yang diperkatakannya tentang masyarakat Melayu.

RM9.80
RM28.00

Clearly, the world today is more complex and challenged as never before, and therefore needs a Security Council that is active, even pro-active, efficient and effective. Each one of the reform proposals, either by the Secretary-General or by others, has very clear aims: to make the Council not only more effective but also more representative, accountable, legitimate, democratic, transparent, and fair or even-handed, with no double standards.

RM9.80
RM28.00