PELAKSANAAN KAWALAN PERGERAKAN SEPENUHNYA TELAH BERMULA DARI 1 JUN 2021 SEHINGGA 14 JUN 2021. #STAYHOME #STAYSAFE
Sign Up Now and Get RM5.00 Voucher
RELIGION AND ISLAMIC
RELIGION AND ISLAMIC
Sort by
Show result

Konsep pertama dibawa oleh pemikiran kuasa-kuasa besar Barat bagi mengeksploitasi kuasa-kuasa kecil dalam bidang politik, ekonomi, pendidikan, sains dan teknologi dan sosiobudaya. Buku ini berusaha menjelaskan bagaimana pendekatan yang membawa kaedah baharu Islam yang bersifat hadhari atau bertamadun yang positif bagi menangani gelombang globalisasi yang mungkin membawa akibat negatif kepada dunia dan manusianya. Buku yang mengandungi sepuluh bab ini membahaskan definisi dan strategi globasisasi Islam Hadhari, mengikut perspektif negara Malaysia. Ia turut membicarakan takrif dan konsep Islam Hadhari oleh para ilmuan Islam dengan mendalam. Dalam membicarakan Islam Hadhari sebagai asas kepada pemikiran global, aspek-aspek pendidikan, pembangunan insan, dan perhubungan dengan sains dan teknologi, juga dikupas dengan panjang lebar.

RM8.00
RM40.00
RM21.00
RM30.00

Pemakaian qarinah dalam kesalahan hudud merupakan perkara yang tidak disepakati oleh para ulama. Perbincangan tajuk-tajuk seperti definisi qarinah, pembahagian qarinah, penghujahan qarinah dan kedudukan qarinah dalam kesalahan hudud diperincikan mengikut kesalahan-kesalahan hudud itu sendiri iaitu kesalahan zina, meminum arak, mencuri, pemberontakan, merompak dan murtad. Keistimewaan Qarinah Sebagai Instrumen Pensabitan Kesalahan Hudud ini ialah, ia tidak memfokuskan kepada mazhab Syafie tetapi membincangkan pelbagai pandangan ulama dan dalam bentuk perbandingan. Metode perbandingan penting kerana ia mampu memberikan pendedahan dan kefahaman yang lebih luas dan mendalam terhadap sesuatu isu dan masyarakat pembaca akan lebih bersikap terbuka sekali gus menjadikan mereka bersikap terbuka dalam berhadapan isu-isu khilafiah. Selain itu, buku ini juga turut memuatkan dalil-dalil yang telah digunakan oleh para ulama dalam mengutarakan pandangan masing-masing sebagai sandaran yang telah digunakan oleh para ulama tersebut. Penulisan padat dan terperinci ini mampu memberikan gambaran mengenai pandangan-pandangan ulama dalam pelbagai mazhab secara menyeluruh tentang kedudukan qarinah dalam kesalahan hudud

RM37.80
RM54.00

Firman Allah SWT yang bermaksud "Bacalah Al-Quran secara tartil" jelas menunjukkan mengenai kewajipan membaca Al-Quran dengan bertajwid. Tartil sebagaimana yang didefinisikan oleh Sayyidina Ali ialah mentajwidkan huruf serta mengetahui hukum-hukum yang berkaitan dengan wakaf ibtida'nya. Mentajwidkan huruf bermaksud menyebut huruf-huruf hijaiyyah berpandukan tempat keluar dan sifatnya yang betul di samping memelihara hukum-hukumnya yang mendatang berkaitan dengan nun mati dan tanwin, mim mati, hukum mad, tebal nipis dan sebagainya. Sementara mengetahui hukum-hukum wakaf bermaksud memelihara teknik pembacaannya yang betul berkaitan pernafasan, yang melibatkan cara untuk wakaf dan memulakan semula bacaan.

RM29.40
RM42.00

Buku Ulama dan Politik Kedah 1842-1960 dihasilkan untuk mengetengahkan peranan dan sumbangan ulama dalam sama-sama membantu pemerintah untuk mentadbir sebuah negara khususnya Kesultanan Melayu Kedah. Malah buku ini turut memaparkan peranan ulama dalam masyarakat khususnya dalam bidang pendidikan dalam usaha membentuk masyarakat yang rabbani.

RM19.60
RM28.00

Buku ini menerangkan bagaimana kaedah pengurusan Masjid yang terbaik.

RM7.00
RM20.00