PELAKSANAAN KAWALAN PERGERAKAN SEPENUHNYA TELAH BERMULA DARI 1 JUN 2021 SEHINGGA 14 JUN 2021. #STAYHOME #STAYSAFE
Sign Up Now and Get RM5.00 Voucher
ENVIRONMENTAL DEVELOPMENT AND GEOGRAPHY
ENVIRONMENTAL DEVELOPMENT AND GEOGRAPHY
Sort by
Show result

Geografi mengkaji kedinamikan hubungan antara manusia dengan alam sekitar dan kebergantungan antara kedua-duanya. Hubungan yang dilakukan oleh manusia melalui aktiviti pembangunan menyebabkan banyak perubahan dan gangguan terhadap persekitaran fizikal khususnya ruang atmosfera, hidrosfera, litosfera dan biosfera. Empat ruang atau sistem ini perlu diurus dengan sewajarnya agar tidak memberi impak terhadap kemerosotan kualiti air, kualiti udara, peningkatan suhu mikro, kemusnahan hutan dan sebagainya akibat daripada pelbagai aktiviti pembangunan guna tanah seperti perindustrian, pembandaran, pelancongan dan lain-lain.

RM3.20
RM32.00

Geografi merupakan suatu disiplin ilmu yang pantas mengalami perubahan kerana ia berkait langsung dengan elemen ruang dan masa. Segala perubahan yang berlaku dalam ruang akan memberi impak langsung kepada bidang geografi. Oleh itu, pendidik geografi seharusnya sentiasa bersedia di samping berupaya memberi respons yang sebaik mungkin kepada perubahan-perubahan yang berlaku dalam bidang geografi. Jika diperhatikan dalam tempoh terdekat ini, pembangunan dalam aspek pengetahuan geografi bersama-sama dengan aplikasi kemahiran, konsep dan nilai telah memberi suatu dinamisme baharu kepada pendidikan geografi.

RM7.00
RM35.00

Dahulu dipanggil Ilmu Alam, sekarang Geografi kerana seluruh dunia memanggilnya geografi. Di sekolah menengah atas daripada mata pelajaran teras, geografi dijadikan elektif menyebabkan semakin kurang pelajar diajar geografi. Sebaliknya di universiti, daripada sebuah 'rumah sembelihan' yang digeruni oleh kebanyakan pelajar dalm tahun-tahun 1960-an, Jabatan Geografi di Universiti Malaya dan di mana-mana universiti di Malaysia semenjak 1970-an telah bertukar menjadi semakin popular sehinggalah tahun 1990-an akibat pertukaran taraf kepada elektif di sekolah menengah atas.

RM2.00
RM10.00

Projek-projek awam merupakan 'kenderaan' untuk membawa masyarakat ke matlamat pembangunan ekonomi seperti meningkatkan produktiviti dan pendapatan golongan berpendapatan rendah, membasmi kemiskinan dan buta huruf serta membaiki taraf dan kualiti hidup rakyat. Buku ini menghuraikan secara agak mendalam proses merancang, menilai dan mengurus projek-projek pembangunan yang diasaskan oleh sektor awam. Banyak contoh projek-projek pertanian digunakan dalam buku ini; ini agak bersesuaian dengan fokus semula kerajaan Malaysia kepada sektor ini akhir-akhir ini. Minat orang ramai terhadap projek-projek awam lazimnya berpunca daripada tersiarnya berita mengenai kegagalan sesetengah projek awam. Buku ini boleh dimanfaati oleh siswa siswi ekonomi pembangunan, ekonomi sumber alam serta pegawai-pegawai Kerajaan yang terlibat secara langsung dalam pengurusan projek awam.

RM9.00
RM30.00

Disiplin: geografi yang mengkaji tentang kedinamikan hubungan antara manusia dengan alam sekitar dan saling bergantung antara kedua-duanya merupakan satu bidang yang penting untuk dipelajari dan difahami oleh setiap lapisan masyarakat. Proses pembangunan yang pesat di negara ini telah menyebabkan banyak perubahan dan gangguan terhadap persekitaran fizikal khususnya ruang atmosfera, hidrosfera, litosfera dan biosfera. Empat ruang sistem ini perlu diuruskan dengan sewajarnya bagi atau meminimumkan impak terhadap kemerosotan kualiti air, kualiti udara, perubahan suhu mikro, kemusnahan hutan dan sebagainya akibat daripada pelbagai aktiviti pembangunan guna tanah seperti perindustrian, pembandaran, pelancongan, pertanian dan lain-lain. Masalah yang wujud dalam persekitaran fizikal tersebut perlu ditangani dengan segera memandangkan jika kemerosotan alamn sekitar fizikal ini berlarutan, akan memberi impak yang lebih besar kepada kehidupan manusia. Kefahaman tentang pengurusan alam sekitar secara bersepadu serta pelaksanaan yang telus dan berhemah mampu membawa negera ke satu peringkat yang lebih baik demi menjamin kelestarian sumber-sumber alam sekiter fizikal yang dianugerahkan oleh Tuhan.

RM7.50
RM25.00

Buku ini membincangkan penggunaan sistem maklumat geografi (GIS) sebagai alat dalam proses membuat keputusan yang boleh digunakan oleh syarikat minyak untuk mengenal pasti tapak-tapak yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai stesen minyak. Ini kerana persaingan antara syarikat dalam memberikan perkhidmatan yang paling dekat dengan penggunanya adalah tinggi. Setiap syarikat mencuba mendapatkan satu lokasi yang membolehkan mereka mendapat keuntungan yang maksimum. Buku ini juga mencuba memberikan pendekatan-pendekatan yang boleh diguna pakai untuk membangunkan sistem aplikasi yang berasaskan kepada GIS dan amat sesuai dijadikan bahan rujukan kepada banyak pihak terutamanya pelajar universiti yang sedang belajar GIS. Buku ini menyentuh secara langsung pendekatan-pendekatan yang boleh digunakan untuk membina suatu aplikasi sistem GIS yang boleh diaplikasikan kepada pelbagai bidang kajian yang diingini kerana ia mempunyai struktur pembangunan sistem yang boleh diubah suai untuk semua aplikasi GIS.

RM4.00
RM40.00

Buku ini bertujuan menunjukkan tentang keupayaan sistem maklumat eografi dalam perancangan pembangunan guna tanah menerusi emodelan pembangunan guna tanah komersil. Di samping itu, banyak onsep, teori dan model yang berkaitan dengan pembangunan guna anah dibincangkan secara terperinci. Sistem maklumat geografi menyediakan keupayaan untuk menginput, menyimpan, mengurus, mengolah, menganalisis dan memaparkan data yang merujuk pada ruang. Sistem maklumat geografi menyediakan kerangka bagi mengintegrasikan jumlah data reruang yang banyak daripada pelbagai sumber dan jangka masa serta pembentukan sistem sokongan pembuatan keputusan bagi aktiviti pengurusan dan perancangan, Oleh itu, buku ini amat berguna kepada para pelajar di institusi pengajian unga, pegawai kerajaan dan swasta yang berminat dalam sistem maklumat geografi.

RM2.50
RM25.00

Clearly, the world today is more complex and challenged as never before, and therefore needs a Security Council that is active, even pro-active, efficient and effective. Each one of the reform proposals, either by the Secretary-General or by others, has very clear aims: to make the Council not only more effective but also more representative, accountable, legitimate, democratic, transparent, and fair or even-handed, with no double standards.

RM2.80
RM28.00