PELAKSANAAN PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN) FASA 1 TELAH BERMULA PADA 29 JUN 2021 SEHINGGA TARIKH DIBERITAHU KELAK. #STAYHOME #STAYSAFE
Sign Up Now and Get RM5.00 Voucher
RM38.00
TINIMUNGAN TANGON KADAZANDUSUN HIMPUNAN CERITA RAKYAT KADAZANDUSUN
Price RM38.00
Brand UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
Size (L x W x H) 15 cm x 2 cm x 23 cm
Points Needed 3800
Availability 9
Shipping Fee
Quantity
Description

Himpunan Cerita Rakyat Kadazandusun ini merupakan koleksi khazanah sastera rakyat yang mengandungi dua puluh tiga buah cerita yang dikumpulkan daripada pelbagai subetnik keluarga Kadazandusun. Cerita rakyat ini terdiri daripada cerita binatang, mitos, asal-usul, dan penglipur lara. Ia didokumenkan dalam bentuk dwibahasa iaitu Bahasa Kadazandusun dengan mengekalkan dialek-dialek Liwan, Bundu, Dusun Labuk, Dusun Sungai dan Kimaragang dan Bahasa Melayu untuk memudahkan semua kaum di Malaysia memahami kandungan ceritanya.
Koleksi sastera rakyat ini boleh dimanfaatkan sebagai bahan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah, kolej dan institusi pengajian tinggi. Selain itu, koleksi ini juga patut dimiliki oleh masyarakat Kadazandusun untuk dijadikan bahan cerita kepada anak-anak dan cucu-cucu agar cerita lisan yang diperturunkan oleh nenek moyang tidak lenyap ditelan zaman. Penerbitan buku seperti ini, dapat membuka ruang lebih luas dalam penyelidikan sastera rakyat khususnya dalam kalangan penyelidik tempatan.