PELAKSANAAN KAWALAN PERGERAKAN SEPENUHNYA TELAH BERMULA DARI 1 JUN 2021 SEHINGGA 14 JUN 2021. #STAYHOME #STAYSAFE
Sign Up Now and Get RM5.00 Voucher
GENERAL READING
GENERAL READING
Sort by
Show result

Buku "Coffee Table" ini adalah sebagai meraikan sambutan ulang tahun 10 tahun UPSI (1997 - 2007)

RM24.00
RM60.00

Buku "Coffee Table" ini adalah sebagai meraikan sambutan ulang tahun 10 tahun UPSI (1997 - 2007)

RM20.00
RM100.00

MPSI ini dulu gedung pendidik nasionalis melayu bertahun-tahun kutinggalkan pergi sudah ke Timur Matahari terbit kini aku datang lagi ke dewan kecil rumah utara selatan udara berdesari di Hulu Bernam desa Tanjong Malim ini dawam jua sebagai anak tua aku merasa titiwangsa ini tetap gahara mengawasi warisan gedung MPSi ini mendakwah cita-cita idaman hala ke gerbang bebas merdeka

RM25.00
RM250.00

This book was made possible through the Exploratory Research Grant Scheme (ERGS) awarded by the Ministry of Higher Education, Malaysia from July 2012 to July 2012 to July 2014. We are indeed grateful to the Ministry for supporting this research project and enabling the documentation of the Orang Aslis folktales, which that embody their cultural aesthetics, worldview and wisdom.

RM24.50
RM35.00

buku ini merupakan koleksi ucapan pilihan Y. Bhg. Dato'Prof . Ir Dr mohamad noor Haji Salleh, naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idiris (UPSI) ke-2 sejak 1 Jun 2001 hingga 12 Disember 2003

RM9.00
RM60.00

buku ini merupakan koleksi ucapan pilihan Y. Bhg. Dato'Prof . Ir Dr mohamad noor Haji Salleh, naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idiris (UPSI) ke-2 sejak 1 Jun 2001 hingga 12 Disember 2004

RM4.00
RM40.00

Kehidupan dalam dunia kontemporari memungkinkan kita berhubung dengan orang dari pelbagai bahasa dan budaya. Ini membuatkan pengajaran bahasa pertama dan kedua berkembang untuk memenuhi cabaran abad ke-21 dengan memberi keutamaan kepada pembelajaran tentang komunikasi, atau keupayaan berkomunikasi. Buku ini mengutarakan bahawa perubahan yang lebih banyak perlu dilakukan untuk memberikan kesan afektif dan kognitif apabila terdapat pertembungan dengan individu berlainan identiti budaya, nilai sosial dan tingkah laku. Dengan kata lain, pelajar bahasa perlu berupaya untuk berkomunikasi antara budaya.

RM10.00
RM25.00

Buku ini ditulis untuk digunakan dalam kursus makmal fizik. Ia mengandungi tujuh bab yang memuatkan pengenalan kepada makmal fizik, kaedah pengukuran, statistik dan maklumat untuk memahami prinsip asas reka bentuk uji kaji. Di samping itu, kaedah untuk menilai hasil uji koji dan cara untuk menulis laporan saintifik juga diberikan. Buku ini boleh dimanfaatkan oleh pelajar di peringkat prauniversiti dan universiti dalam bidang sains khususnya Fizik. Buku ini boleh juga boleh digunakan oleh para penyelidik sebagai rujukan asas tentang prinsip asas uji kaji.

RM8.00
RM40.00

Hasil penyelidikan yang termuat dalam buku ini mendokong semangat dan usaha berterusan pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris untuk mempertingkatkan mutu akademik di samping memperluaskan keupayaan kesarjanaan dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, sains dan teknologi, sosial, kebudayaan, alam sekitar dan ICT. Hasil penyelidikan ini boleh dijadikan asas untuk penyelidikan-penyelidikan selanjutnya, Antaranya:

RM9.00
RM90.00

kompilasi penyelidikan Universiti Pendidikan Sultan Idris tahun 2004

RM2.00
RM40.00

Sir Richard Olaf Winstedt atau panggilan R. O Winstedt, begitu banyak meninggalkan jasa dan sumbangannya yang cukup besar terhadap bidang pengajian dan khazanah persuratan Melayu. Buku ini menelusuri kembali bagi melihat asas-asas yang telah dikumpulkan dan dibinanya menjadi ciri0-ciri penting berhubung persuratan serta tamadun keilmuan bangsa Melayu

RM24.50
RM35.00
RM14.00
RM20.00

Pada tahun 1960 hingga tahun 1962, DYMM Tuanku mengambil cuti rehat tanpa gaji selepas melahirkan anak bungsu yang kelima. Pada tahun 1963, baginda kembali ke Kuala Lumpur dan mengajar di Sekolah Seri Ampang, Jalan Ampang. Baginda mengajar di sekolah ini selama 16 tahun. Pada tahun 1979, pada ketika itu sebagai Penolong Kanan Sekolah, DYMM Tuanku Bainun memohon untuk bersara awal, setelah berkhidmat dalam bidang pendidikan selama 22 tahun. Baginda ingin memberi sepenuh tumpuan kepada keluarga dan suami sebagai Hakim. Setelah Raja Muda Perak DYTM Raja Azlan Shah menaiki takhta Kesultanan Perak pada tahun 1984, DYMM Tuanku Bainun dimasyhurkan sebagai Raja Permaisuri Perak. Pada tahun 1989, DYMM Paduka Seri Sultan Perak dipilih dan ditabalkan oleh Majlis Raja-Raja Melayu sebagai DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kesembilan, dan DYMM Tuanku Bainun turut ditabalkan sebagai DYMM Raja Permaisuri Agong. Setelah tamat tempoh bersemayam lima tahun di Istana Negara, pada tahun 1993 baginda berdua kembali ke Negeri Perak Darul Ridzuan. Universiti Pendidikan Sultan Idris ditubuhkan pada 2 Mei 1997 dan DYMM Tuanku Bainun dimasyhurkan sebagai Canselor UPSI pada 1999. Berdasarkan pengalaman baginda selama 22 tahun sebagai pendidik, pelantikan baginda sebagai Canselor sebuah universiti pendidikan amat tepat dan wajar. Sebagai bekas pendidik, baginda amat prihatin terhadap isu-isu pendidikan. Hobi baginda pada masa lapang ialah membaca, menanam pokok bunga dan bermain golf. Baginda amat prihatin tentang isu wanita dan sosial, menjadi penaung kepada persatuan wanita Perak, Pandu Puteri dan persatuan anak yatim.

RM60.00
RM300.00

buku wairsan maktab kirkby 1951-1962 adalah kumpulan penulisan dan gambar yang mengisahkan detik-detik kehidupan para alumni maktab kirkby pada tahun 1950-an. Para pelajar pada masa itu, menghadapi dua zaman yang berbeza, iaitu detik-detik menyambut kemerdekaan pada tahun 1957 dan zaman awal kemerdekaan.

RM56.00
RM280.00