NIKMATI DISKAUN HEBAT DARI 20% SEHINGGA 95% BAGI BUKU TERPILIH
Sign Up Now and Get RM5.00 Voucher
RM6.00 RM30.00
TEORI PENDIDIKAN PEMIKIRAN GLOBAL
End In :
Price RM6.00 RM30.00
Size (L x W x H) 23 cm x 15 cm x 2 cm
Availability 4
Shipping Fee
Quantity
Description
Highlight

Bidang pemikiran sebagai salah satu disiplin falsafah moden menjadi teras dalam sistem ilmu pendidikan millenium ke-21. Buku ini berhasrat mencuba mengemukakan teori bagaimana cara dan kaedah mendidik, menyedari, memahami, menghayati dan mempraktiskan bidang pemikiran dalam proses pembelajaran dan pengajarannya di peringkat awal prasekolah, di sekolah rendah, sekolah menengah, institusi pengajian tinggi dan dalam kalangan masyarakat umum.

Bidang pemikiran sebagai salah satu disiplin falsafah moden menjadi teras dalam sistem ilmu pendidikan millenium ke-21. Buku ini berhasrat mencuba mengemukakan teori bagaimana cara dan kaedah mendidik, menyedari, memahami, menghayati dan mempraktiskan bidang pemikiran dalam proses pembelajaran dan pengajarannya di peringkat awal prasekolah, di sekolah rendah, sekolah menengah, institusi pengajian tinggi dan dalam kalangan masyarakat umum. Buku terbahagi kepada sembilan bab. Bab 1 membicarakan definisi Pemikiran dan Falsafah Pendidikan. Bab 2 mulai memperkatakan Pendidikan Pemikiran Kerohanian. Bab 3 membicarakan tentang Pemikiran ke arah Kebitaraan dan Kecemerlangan Insan. Dari hemisfera otak kiri atau hoki tercetus pemikiran kesaintifikan, manakala dari hemisfera otak kanan atau hoka tercetus potensi pemikiran kekreatifan. Kedua-dua aspek ini dibincangkan masing-masing dalam Bab 4 dan Bab 5. Dari perbincangan bab bab itu, terhasillah teori empat paradigma pemikiran iaitu Kerohanian, Kebitaraan, Kesaintifikan dan Kekreatifan. Bab 6 dan Bab 7 masing-masing membincangkan tentang aspek-aspek keagamaan lain dan aspek-aspek akhlak dan etika dalam pengurusan global. Manakala Bab 8 memperjelaskan bagaimana Pemikiran Islam Hadhari dapat menyelesaikan masalah global. Bab terakhir iaitu Bab 9 membuat kesimpulan bahawa Teori Pendidikan Pemikiran Global adalah cantuman kedua-dua modul SPB4K dan SEB4K.