NIKMATI DISKAUN HEBAT DARI 20% SEHINGGA 95% BAGI BUKU TERPILIH.
Sign Up Now and Get RM5.00 Voucher
RM87.00
PENAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL
Price RM87.00
Size (L x W x H) 23 cm x 15 cm x 2.45 cm
Points Needed 1740
Availability 13
Shipping Fee
Quantity
Description
Highlight

ISBN 978-983-3759-27-9

Penaksiran dalam Pendidikan & Sains Sosial merupakan sebuah buku hasil penulisan gabungan dua pensyarah yang berpengalaman dan diterima sebagai pakar dalam bidang masing-masing. Mereka ialah Profesor Dato' Dr. Abu Bakar Nordin dan Profesor Madya Dr. Hj. Bhasah Hj. Abu Bakar. Penulisan dalam buku ini banyak meneliti aspek-aspek penting yang perlu diketahui oleh semua pihak yang terlibat dalam aktiviti penaksiran psikologi dan pendidikan tanpa mengira sama ada pembacanya terdiri daripada seorang pakar atau seorang pelajar dalam bidang ini. Bagi seorang pelajar pula, sudah pasti banyak perkara baru yang akan diketahui dan dengan satu pendekatan yang baru mereka akan lebih mudah memahami serta dapat mendalami bidang ini. Bagi seorang pakar pula, butiran yang diolah dan disampaikan melalui perspektif baru akan mencabar pandangan dan pendirian yang sedia ada, dan justeru itu banyak perkara yang berkaitan dengan bidang mungkin dapat ditinjau dari perspektif yang agak berbeza dari yang lazimnya.

Penaksiran dalam Pendidikan & Sains Sosial merupakan sebuah buku hasil penulisan gabungan dua pensyarah yang berpengalaman dan diterima sebagai pakar dalam bidang masing-masing. Mereka ialah Profesor Dato' Dr. Abu Bakar Nordin dan Profesor Madya Dr. Hj. Bhasah Hj. Abu Bakar. Penulisan dalam buku ini banyak meneliti aspek-aspek penting yang perlu diketahui oleh semua pihak yang terlibat dalam aktiviti penaksiran psikologi dan pendidikan tanpa mengira sama ada pembacanya terdiri daripada seorang pakar atau seorang pelajar dalam bidang ini. Bagi seorang pelajar pula, sudah pasti banyak perkara baru yang akan diketahui dan dengan satu pendekatan yang baru mereka akan lebih mudah memahami serta dapat mendalami bidang ini. Bagi seorang pakar pula, butiran yang diolah dan disampaikan melalui perspektif baru akan mencabar pandangan dan pendirian yang sedia ada, dan justeru itu banyak perkara yang berkaitan dengan bidang mungkin dapat ditinjau dari perspektif yang agak berbeza dari yang lazimnya. Bermulanya buku ini dengan bab pertama pembaca akan tercabar dengan penjelasan tentang istilah-istilah yang sehingga ini tidak dilihat dalam konteks perkembangan sains psikometrik. Bab-bab seterusnya tidak hanya diulas tetapi dikemukakan dengan cara supaya pembaca dapat berinteraksi dengan idea-idea baru dan diharapkan pembaca akan lebih kritikal supaya pandangan yang dikemukakan itu tidak terus diterima tanpa banyak persoalan atau sekurang-kurangnya merangsangkan minda untuk lebih berfikir dengan cara yang lebih kritis. Adalah menjadi harapan kami buku ini tidak semata-mata menjadi sebagai sebuah buku rujukan bagi pelajar di institut pengajian tinggi tetapi juga bagi semua mereka yang berminat dengan bidang psikometrik sama ada mereka ini ahli psikologi, kaunselor, guru, ibu bapa atau pegawai yang terlibat dengan kerja-kerja sosial atau orang awam.