NIKMATI DISKAUN HEBAT DARI 20% SEHINGGA 95% BAGI BUKU TERPILIH
Sign Up Now and Get RM5.00 Voucher
RM4.95 RM33.00
KAUNSELING MOTIVASI BERJAYA KE UNIVERSITI: MODUL DAN AKTIVITI KENDIRI MENCIPTA KEJAYAAN KE UNIVERSITI
End In :
Price RM4.95 RM33.00
Size (L x W x H) 25.5 cm x 18 cm x 1 cm
Availability 158
Shipping Fee
Quantity
Description
Highlight

Kaunseling Motivasi Berjaya ke Universiti menggabungkan pengetahuan, panduan dan aktiviti-aktiviti latihan kendiri yang sangat berguna, menarik dan praktikal untuk semua. Buku ini dihasilkan berdasarkan modul dan aktiviti kendiri bagaimana seseorang pelajar bertindak memotivasikan dirinya sendiri untuk berjaya dalam akademik dan kehidupan. Proses peningkatan kemahiran ini dipercayai sangat berkesan kerana ia selaras dengan kaedah bimbingan dan kaunseling. Modul Kaunseling Motivasi Berjaya ke Universiti dicipta berdasarkan pengetahuan, pengalaman dan penilaian penulis selama lebih 15 tahun dalam psikologi, kaunseling, pembangunan modul dan bimbingan pelajar cemerlang. Berdasarkan modul ini, pelajar akan dibimbing secara sistematik untuk meningkatkan motivasi dan berjaya ke Universiti.

Kaunseling Motivasi Berjaya ke Universiti menggabungkan pengetahuan, panduan dan aktiviti-aktiviti latihan kendiri yang sangat berguna, menarik dan praktikal untuk semua. Buku ini dihasilkan berdasarkan modul dan aktiviti kendiri bagaimana seseorang pelajar bertindak memotivasikan dirinya sendiri untuk berjaya dalam akademik dan kehidupan. Proses peningkatan kemahiran ini dipercayai sangat berkesan kerana ia selaras dengan kaedah bimbingan dan kaunseling. Modul Kaunseling Motivasi Berjaya ke Universiti dicipta berdasarkan pengetahuan, pengalaman dan penilaian penulis selama lebih 15 tahun dalam psikologi, kaunseling, pembangunan modul dan bimbingan pelajar cemerlang. Berdasarkan modul ini, pelajar akan dibimbing secara sistematik untuk meningkatkan motivasi dan berjaya ke Universiti. Secara khusus, buku ini dibahagikan kepada tujuh bab iaitu, Bab 1: Mencetus Kesedaran Kendiri, Bab 2: Membina Motivasi Belajar, Bab 3: Mengembangkan Potensi Diri, Bab 4: Menetapkan Matlamat Kehidupan, Bab 5: Mengurus Masa dan Belajar, Bab 6: Menguasai Kemahiran Belajar dan Bab 7: Menjauhi Gejala Sosial. Justeru, pelajar akan mengalami proses kendiri bagi menginsafkan diri, meningkatkan pengetahuan dan mengamalkan strategi berdasarkan keperluannya sendiri untuk cemerlang. Perbezaan kaedah ini ialah pelajar tidak perlu berjumpa dengan kaunselor, bahkan memadai dengan membaca buku ini dan membuat tugasan-tugasan kendiri yang diberikan. Namun, kaedah ini akan lebih berkesan jika pelajar dapat berbincang secara langsung atau tidak langsung dengan individu yang lebih berkemahiran seperti guru, ibu bapa, fasilitator atau kaunselor sendiri. Pelajar juga boleh berbincang secara terus melalui e-mel penulis iaitu aziz.shah@fppm.upsi.edu.my atau web interaktif: http://kaunseling motivasiberjayakeuniversiti.blogspot.com.