NIKMATI DISKAUN HEBAT DARI 20% SEHINGGA 95% BAGI BUKU TERPILIH
Sign Up Now and Get RM5.00 Voucher
RM22.50 RM30.00
KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN TEORI DAN AMALAN
End In :
Price RM22.50 RM30.00
Size (L x W x H) 15 cm x 2 cm x 23 cm
Points Needed 3000
Availability 9
Shipping Fee
Quantity
Description

Kajian tindakan dalam pendidikan telah lama dijadikan pendekatan untuk meningkatkan amalan guru. Sebagai pendekatan kajian pengamal (practitioner research), kajian tindakan boleh dilihat sebagai satu kaedah penyelidikan ataupun sebagai satu kaedah pedagogi. Dalam kedua-dua pendekatan itu, guru dapat meningkatkan amalan dan profesionalisme mereka melalui proses refleksi yang sistematik ke atas amalan dari semasa ke semasa.

Tugas guru bukan sahaja tertumpu pada tugas mengajar, tetapi menjadikan tugas mengajar itu menarik, berinovasi dan mendatangkan kepuasan kepada pelajar. Kajian tindakan dalam pendidikan ini telah lama dijadikan pendekatan untuk meningkatkan amalan dan profesionalisme guru. Sebagai satu pendekatan kajian pengamal (practitioner research), kajian tindakan adalah sebagai kaedah penyelidikan ataupun sebagai kaedah pedagogi yang dapat digunakan untuk meningkatkan amalan dan profesionalisme guru melalui proses refleksi yang sistematik ke atas amalan dari semasa ke semasa.

Usaha-usaha telah dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui rangkaiannya untuk menggalakkan kajian tindakan dan membincangkan hasil kajian tindakan yang telah dibuat oleh guru-guru di sekolah. Buku Kajian Tindakan dalam Pendidikan ini dihasilkan untuk membincangkan teori dan amalan kajian tindakan, langkah-langkah menjalankan kajian tindakan, dan set contoh-contoh kajian yang boleh dimanfaatkan oleh pelajar-pelajar perguruan, guru-guru dan pengkaji amalan guru di dalam bilik darjah dan di sekolah.