PELAKSANAAN KAWALAN PERGERAKAN SEPENUHNYA TELAH BERMULA DARI 1 JUN 2021 SEHINGGA 14 JUN 2021. #STAYHOME #STAYSAFE
Sign Up Now and Get RM5.00 Voucher
EDUCATION AND HUMAN DEVELOPMENT
EDUCATION AND HUMAN DEVELOPMENT
Sort by
Show result

Bimbingan dan penasihatan : Falsafah, kemahiran, proses dan etika menjelaskan konsep bimbingan dan penasihatan dalam kursus 'Bimbingan dan Penasihatan' dan kepentingan pelaksanaannya di sekolah-sekolah

RM3.00
RM15.00

This book will take you on a short journey into the world of creativity. It will clearly define the creative process and will also assist you in answering the three (3) key questions of life. - Who are you?; Why are you here?; What is your message?

RM6.25
RM25.00

Buku ini bertujuan berkongsi maklumat dalam bidang teknologi pendidikan, khususnya dalam domain penilaian. Domain penilaian ialah satu daripada lima domain yang terdapat dalam bidang teknologi pendidikan.

RM3.40
RM34.00

Issues discussed in this volume relate to the four major goals of Education For All, namely: ensuring the learning needs of young people and adults are met through equitable access to learning and living skills programs; achieving 50 percent improvement in adult literacy especially for women by 2015 besides providing equitable access to basic and continuing education for all adults; achieving gender equality in primary and secondary education by 2015; and improving all aspects of the quality of education and ensuring excellence for all so that recognized and measurable leaarning outcomes are achieved in literacy, numeric and essential living skills.

RM4.00
RM40.00

Proses modenisasi dan globalisasi, telah mewujudkan trend dan fenomena baru dalam kehidupan semua golongan masyarakat di negara ini. Fenomena ini menjadi cabaran kepada proses kaunseling. Perkara ini memberikan implikasi dan cabaran besar kepada pengamal perkhidmatan kaunseling yang memerlukan anjakan paradigma yang menyeluruh bagi memanifestasikan ilmu pertolongan demi kesejahteraan masyarakat.

RM3.50
RM35.00

Buku ini menghuraikan dengan jelas dan mendalam pendekatan-pendekatan terkini yang merangkumi pendekatan kontekstual, masteri, koperatif, kolaboratif dan konstruktif. Di samping itu penggunaan peta konsep dan peta minda turut dimuatkan untuk menambah keragaman pendekatan yang boleh dipilih guru agar aktiviti di bilik darjah itu lebih menarik dan menyeronokkan pelajar.

RM30.00
RM75.00

Kaunseling Motivasi Berjaya ke Universiti menggabungkan pengetahuan, panduan dan aktiviti-aktiviti latihan kendiri yang sangat berguna, menarik dan praktikal untuk semua. Buku ini dihasilkan berdasarkan modul dan aktiviti kendiri bagaimana seseorang pelajar bertindak memotivasikan dirinya sendiri untuk berjaya dalam akademik dan kehidupan. Proses peningkatan kemahiran ini dipercayai sangat berkesan kerana ia selaras dengan kaedah bimbingan dan kaunseling. Modul Kaunseling Motivasi Berjaya ke Universiti dicipta berdasarkan pengetahuan, pengalaman dan penilaian penulis selama lebih 15 tahun dalam psikologi, kaunseling, pembangunan modul dan bimbingan pelajar cemerlang. Berdasarkan modul ini, pelajar akan dibimbing secara sistematik untuk meningkatkan motivasi dan berjaya ke Universiti.

RM4.95
RM33.00

Mendengar bukanlah tugas yang senang. Penulis cuba mendedah dan menimbulkan kesedaran terhadap aktiviti mendengar (listening) kepada sesiapa sahaja yang berniat baik untuk menolong insan lain dalam menjalani kehidupan mereka sama ada untuk tujuan dunia mahu pun akhirat atau kedua-dua sekali. Tugas menolong dilakukan oleh manusia dalam kehidupan sehari-hari pada setiap masa. Banyak faedah jika kita dapat mendengar aktif. Kandungan perbincangan buku ini menyentuh pendengaran dan mendengar yang diperlukan oleh seseorang penolong. Penekanan utama ialah kepada konsep mendengar (listening), khusus daripada aspek fizikal telinga dan aspek mendengar psikologikal, iaitu melalui hati, perasaan dan pemerhatian.

RM8.40
RM28.00

This book makes a welcome contribution to the research literature about retlective practice in teacher education by moving beyond the Western focus of much of the existing literature. Chapter 1 and Chapter 2, provide Western readers with insights into Islamic beliefs and their relevance to the professional preparation of Malaysia student teachers. It is also highlights how religious beliefs can be instrumental in fostering a commitment of reflection in classroom. From Pedagogue point of views this book designed for developing effective head teachers, head of researcher in school and universities learning about Teaching Knowledge Base and can be use as a casebook. Learning to rationale and underline and support the specific principles and practice being discussed. It is an introduction to the nature of second order action research in be Reflective tries to provide readers with the theory and schools and universities.

RM5.60
RM28.00

The efficiency and productivity of the higher education sector play crucial roles in the development and growth of a nation, both as a major source of human capital and as a main driver of the knowledge economy. During the last decade, the Malaysian government has placed greater emphasis on productivity improvement in the public higher education sector as means of promoting the development of quality human capital. This sector has undergone some fundamental changes, which have led to its rapid expansion. This book employed Data Envelopment Analysis (DEA), Malmquist Productivity Index (MPI) and Hicks-Moorsteen Index (HMI) which are non-parametric approaches to analyse the efficiency and productivity changes of Malaysian public higher education institution from the year 2006 to 2009.

RM18.20
RM26.00
RM17.50
RM25.00

Objektif pengajaran merupakan asas kepada pengajaran yang berkesan. Pengajaran yang dirangka dengan baik, membolehkan anda mengenalpasti isi kandungan yang sesuai untuk pengajaran anda, mengatur pengajaran mengikut cara yang sebaik mungkin dan menyediakan alat bantu untuk memastikan dengan tepat sama ada pengajaran yang dijalankan telah mencapai matlamatnya atau tidak. Buku paling laris yang pernah ditulis tentang subjek ini, Menyediakan Objektif Pengajaran ialah panduan sistematik bagi mengenal pasti, memilih dan menulis objektif untuk pengajaran yang berkesan. Edisi kemaskini dan terbaru ini, memberikan panduan tentang cara menulis objektif yang membolehkan anda:

RM24.50
RM35.00
RM20.00
RM50.00

Modul-modul Kelompok: Aplikasi Pendekatan dan Teknik Bimbingan adalah langkah proaktif untuk menggalakkan perbincangan, kajian-kajian dan penulisan ilmiah yang lebih mendalam dan menyeluruh mengenai modul-modul kelompok, kaunseling dan bimbingan. Bagi memantapkan aplikasi agar praktikal kepada pengguna, setiap bab membincangkan dengan jelas asas sesuatu kelompok dari segi objektif, strategi dan prosesnya. Buku ini dibahagikan kepada bab pengenalan dan tujuh modul iaitu Pengenalan Kelompok dan Modul-modul Kelompok, Modul Kelompok Suai Kenal, Modul Kelompok Membina Hubungan, Modul Kelompok Membina Kepercayaan, Modul Kelompok Menerokai Potensi Diri, Modul Kelompok Membina Konsep Kendiri, Modul Kelompok Renungan Kembali dan Modul Kelompok Penamatan Manakala Modul-Modul Kelompok:

RM12.00
RM40.00

Modul-modul Kelompok: Aplikasi Pendekatan dan Teknik Birmbingan adalah langkah proaktif untuk menggalakkan perbincangan, Kajian-kajian dan penulisan iimiah yang lebih mendalam dan menyeluruh mengenai modul-modul kelompok, kaunseling dan bimbingan. Bagi memantapkan aplikasi agar praktikal kepada pengguna, setiap bab membincangkan dengan jelas asas sesuatu kelompok dari segi objektif, strategi dan prosesnya. Buku ini merupakan lanjutan buku Modul Kelompok:

RM6.60
RM22.00

Tanggungjawab guru sebagai pendidik dan penyampai ilmu pengetahuan sentiasa penting dan relevan sepanjang zaman. Malah, dari segi professionalisme, keupayaan dan kemampuan guru pada hari ini lebih penting dan mencabar berikutan pelbagai perubahan baharu dalam sistem pendidikan, terutamanya ketika negara berhadapan dengan era baharu dunia globalisasi.

RM2.50
RM25.00

Buku Pembelajaran Teradun dalam Pendidikan Moral: Amalan untuk Pensyarah dan Guru, ialah hasil koleksi penulisan oleh para pensyarah Pendidikan Moral, Jabatan Pengajian Moral, Sivik dan Pembangunan Karakter, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Para pensyarah menulis setiap bab dalam buku ini sebagai satu usaha perkongsian pengalaman, pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan serta aplikasi pendekatan pembelajaran teradun (Blended Learning) yang dilaksanakan dalam kursus masing-masing.

RM24.50
RM35.00

Dalam Siri Wacana Ilmu ini, satu teori pendidikan pemikiran dikemukakan dan perlu diterapkan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjong Malim. Institusi pengajian UPSI ini yang mempunyai sejarah, visi, misi, sistem pendidikan, fakulti-fakulti, aspirasi dan inspirasi dan keunggulan terulung, wajarlah mempunyai satu teori yang mantap.

RM2.00
RM10.00

Buku Pemikiran Global Sasterawan Negara Shahnon Ahmad mengandungi 10 bab. Bab Satu memperkenalkan bidang pemikiran dan teori pemikiran. Bab Dua memperlihatkan pemikiran global pengarang secara keseluruhannya. Bab Tiga dimulakan dengan pemikiran kedesaan dengan novel-novel kampungnya. Bab Empat adalah perbincangan tentang pemikiran sosio-ekonomi dalam karya. Analisis karya tentang keagamaan dilakukan dalam Bab Lima. Bab Enam adalah kajian tentang aspek-aspek politik dalam karya fiksyennya. Manakala analisis tentang kepancarobaan pemikiran terdapat pada Bab Tujuh. Bab Lapan disambungkan dengan pemikiran introspeksi diri. Bab Sembilan adalah tentang tema sufisme sebagai pemikiran mutakhir. Bab terakhir , Sepuluh, adalah kesimpulan perjalanan kreatif dari desa ke antarabangsa

RM7.00
RM35.00

Penaksiran dalam Pendidikan & Sains Sosial merupakan sebuah buku hasil penulisan gabungan dua pensyarah yang berpengalaman dan diterima sebagai pakar dalam bidang masing-masing. Mereka ialah Profesor Dato' Dr. Abu Bakar Nordin dan Profesor Madya Dr. Hj. Bhasah Hj. Abu Bakar. Penulisan dalam buku ini banyak meneliti aspek-aspek penting yang perlu diketahui oleh semua pihak yang terlibat dalam aktiviti penaksiran psikologi dan pendidikan tanpa mengira sama ada pembacanya terdiri daripada seorang pakar atau seorang pelajar dalam bidang ini. Bagi seorang pelajar pula, sudah pasti banyak perkara baru yang akan diketahui dan dengan satu pendekatan yang baru mereka akan lebih mudah memahami serta dapat mendalami bidang ini. Bagi seorang pakar pula, butiran yang diolah dan disampaikan melalui perspektif baru akan mencabar pandangan dan pendirian yang sedia ada, dan justeru itu banyak perkara yang berkaitan dengan bidang mungkin dapat ditinjau dari perspektif yang agak berbeza dari yang lazimnya.

RM17.40
RM87.00

Pengalaman dan teori hasil pembacaan penulis dalam menangani kanak-kanak khas membuahkan penulisan Pendidikan Kanak-kanak Berkeperluan Khas ini. Penggabungjalinan antara pengalaman penulis dan teori yang dikemukakan dalam buku ini cuba membawa pembaca untuk memahami dengan lebih jelas mengenai kanak-kanak berkeperluan khas. Perbincangan mengenai teori, model, terapi, strategi, proses pengajaran dan pembelajaran, penglibatan ibu bapa serta ahli profesional dalam berhadapan dengan kanak-kanak berkeperluan khas telah sedikit sebanyak memberi pendedahan kepada pembaca agar lebih memahami keperluan kanak-kanak khas.

RM28.00
RM40.00

Buku ini menyediakan penulisan yang amat sederhana sifatnya, merupakan garapan beberapa tulisan yang telah diusahakan sekadarnya untuk permanfaatan bersama dalam kerangka yang setitis jadikan selaut, dan yang sekepal jadikan segunung'. Agenda pendidikan pembangunan negara memberikan tumpuan khas terhadap usaha membangun modan insan berminda kelas pertama acuan Malaysia tanpa mengetepikan khazanah tradisi warisan budaya bangsa. Penulisan ini dipersembahkan dan didedikasikan kepada seluruh warga pendidik, mahasiswa, warga pembaca dan peminat di pelbagai peringkat untuk direnungi sebagai mewakili dan menzahirkan segala macam amanah dan pertanggungjawaban untuk menggilap bukan sahaja suasa dan perak menjadi emas dan permata, tetapi juga sampah sarap yang berselut di pelimbahan juga dituntut agar disepuh menjadi kemilau sinar modal insannya.

RM9.00
RM22.50

Pendidikan Seks: Suatu Perspektif Sosial adalah sebuah buku yang secara khusus membicarakan pendidikan seks dalam konteks Malaysia. Pendidikan Seks sebenarnya telah menjadi suatu isu yang kontroversi dalam masyarakat. Sementara terdapat pihak-pihak yang melobi untuk memperkenalkan pendidikan seks. terdapat pula pihak-pihak yang menentangnya. Pelbagai alasan telah diberikan oleh kedua-dua belah pihak. Dalam masa yang sama, fenomena-fenomena sosial moden termasuklah isu-isu berkaitan seksual yang dianggap masalah terus melanda masyarakat. Seringkali pula generasi muda yang dikaitkan dengan masalah-masalah sosial berkenaan. Apakah penghalang kepada pendidikan seks, mengapakah ia perlu, apakah kandungannya dan bagaimana pelaksanaannya adalah antara perkara-perkara yang dihalusi dalam buku ini.

RM4.20
RM28.00

Buku ini bertujuan memberikan pengetahuan yang perlu diketahui, kemahiran, dan strategi kepada pendidik dan ibu bapa bagi memupuk kemahiran berfikir, dan yang lebih penting kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan pelajar dan kanak-kanak.

RM45.50
RM65.00